Sunday, January 30, 2011

grandma... get well soon

my dear grandma, please get well soon. please... please... please....

kebahagiaan selama 3 tahun

ni pertama kali aku berhubungan yang lama macam ni, paling lama dalam sejarah. dia yang pertama mampu menerima aku seadanya. aku sangat sayangkan dia. dia yang dipilih dah direstui ibu dan ayah aku. walaupun dia kuat membuli aku, tapi aku tau hanya dia sayangkan aku sepenuh hati dia.

inilah dia, kekasih hati aku

kali pertama aku nampak dia masa semester satu program pra ijazah aku, awal lagi masa tu. baru masuk maktab kan? tapi pada masa tu, aku just nampak bahagian belakang dia. dia jalan didepan aku. kawan aku kenalkan dia, dia lelaki yang sangat senyap dan sopan (tatau perangai sebenar dia lagi kan). aku suka gaya jalan dia, nampak gah, yakin and pasti selamat berada kat sebelah dia. kali pertama aku bercakap dengan dia adalah pada semester kedua program pra ijazah aku. dekat depan libary. yang pasti masa tu dia mintak aku belanja dia.

28hb januari 2008,

aku mesej dia. mahal kot masej dia. 20sen satu mesej. yela, pakai rangkaian lain dari dia. aku ingat dia sekali dua mesej je, sekali berjangkit2 sampai habis krdt kitaorang. tapi bagi aku sekrang, berbaloi habis krdt tu. mana aku nak dapat lelaki sebaik dia lagi? jeng3, baik ke? baiknya dia, hanya aku yang tau. walaupun kami masing-masing banyak kekurangan tapi itu yang menguatkan lagi hubungan kami. esoknya, terus dia guna nombo dia lagi satu yang sama rangkaian dengan aku, dia topup tu. selama tu, jarang sesangat dia nak topup. terharu i tau!

aku ni, spesis perigi cari timba. tak malu nak ngaku sebab aku dapat seorang lelaki yang betul2 aku nak. yang betul2 sayangkan aku. yang betul2 jaga aku. kali pertama aku nangis sebab dia ialah masa aku dapat pendrive dia. dia tulis semua tentang aku. betapa dia sayangkan aku (kalau dia tipu, aku tataula. setakat ni aku yakin dengan dia). mak aih, terharunya aku masa tu.

29hb januari 2008
, aku berpasangan dengan dia.


lepas aku bersama dia, aku dapat tau banyak benda. rupa-rupanya dia senior aku masa dekat teknik dulu. dia tinggal dekat sangat dengan aku. dekat sesangat. bukanlah sebelah rumah, tapi dekatla. yang paling tak boleh blah, dia dah lama usha i tau! (ops... i like!)

yang pastinya, aku sangat2 bersyukur dapat dia. aku sangat2 gembira bersama dia. aku sangat2 bahagia dengan dia. aku sayangkan dia! love him so much~~~

p/s: missing u rite now

Saturday, January 29, 2011

3 years passing by...

tak sangka dah 3 tahun aku bersama kekasih hati aku yang juga teman aku selama ni. bahagia, gelak, tangis, kecewa, semua rasa dah aku alami bersama dengan dia. dugaan demi dugaan kami harungi bersama. mekasih sayang.... =)

thanks dear

Mohamad Hafis Bin Jalani

Friday, January 28, 2011

C E R I T A H A T I

dihati
adanya dia
yang aku sayangi
yang aku hormati
yang aku kehendaki
yang pasti ditemani

hingga ke akhir nafas dia

kesungguhan aku
bukan hanya dari pintasan hati
bukan hanya sekadar kata-kata
bukan hanya menjadi igauan diri

kerna aku ikhlas mencintai


kalau benar
dia milikku
akan aku rebut dia
akan aku jaga dia
akan aku temani dia
akan aku sayangi dia

tanpa rasa sedikit pun payah

kalau benar
dia bukan milikku
jauhkan dia dari aku
jauhkan dia dari anganku
jauhkan dia dari pandanganku
jauhkan dia dari kehidupan aku

tanpa rasa sedikit pun payah

sungguh aku menyayangimu
sungguh aku mencintaimu
sungguh aku mengharapkanmu
sungguh aku menginginkanmu


kerna hanya engkau yang akan menemani aku

bukan aku mencari kesempurnaan
hanya mencari yang benar-benar mampu
mampu untuk menemani aku hingga hujung nafasku

terima kasih cinta
terima kasih untuk segalanya

Thursday, January 27, 2011

kesempatan yang ada

jika kau ditakdirkan bertemu jodoh kau ketika ini, apa kau akan buat? rebut peluang atau abaikan saja tanpa berfikir panjang? jika kau ditakdirkan kehilangan orang yang paling kau sayangi, kau dah bersedia untuk menerimanya dengan redha atau meratap sampai tak ingat dunia? jika kau rasa kau gembira hari ini, mampukah kau berhadapan dengan kedukaan pada esok-esok hari?

dikesempatan ini, aku nak katakan aku sangat menyayangi keluarga aku, mak ayah abang maman mia and adli. kepada kekasih hati yang sabar menanti dan melayan kerenah aku, Mohamad Hafis Bin Jalani... aku amat menyayangimu jua. tiada yang serupa dengan kamu. hanya kamu yang memahami aku seadanya. kepada sahabat-sahabat lama, ikah m, ikah j, ikah r, alyssa, oja, moon, raihan, mira.. aku amat-amat merindui kamu semua. kepada rakan-rakan di teknik KL, wawa tim farah izzah izni wani dll, thanks dan aku takkan dapat lupakan korang. kawan-kawan kat maktab tusya rin cici amal ikin wani farah adaw makcik kecik miza, u all the best..

p/s: ta sabar nak tunggu sabtu ni =)

Tuesday, January 25, 2011

beban @ tanggungjawab?

bila dah 3 minggu kat sini, baru terasa stressnya. aku memang sedar semester ni akan menyibukkan aku. tapi tak sangka sibuk sesangat. alahai maktab, kenapa aku sayang kau sangat? kenapalah? aku rasa nak hentak kepala kat dinding bila macam ni. ok, kita tengok apa yang aku akan buat semester ni.

lawatan ke badan-badan sukan di Malaysia

satu bacth bertugas untuk menganjurkan Kejohanan trek dan padang IPTHO 2011 dan merupakan bacth yang pertama terlibat secara menyeluruh

lawatan benchmarking (penanda aras) ke sekolah terpilih sekitar Batu Pahat

ambil MUET (Malaysian University English Test) kalau sempat daftar esok

praktikum selama sebulan di sekolah (yang ni memang dah tau dari dulu lagi)

haish... macam mana nak lalui semester ni tanpa rasa stress yang amat? sekrang ni aku bertambah stress sebab tetiba dapat kerja dari lecture EDU aku! damn! malam2 gini baru dapat tau. esok dah nak tengok. mak aih....

p/s: aku tak bertangguh, tapi keje terlalu banyak!!!!!!!!!!!


The Darkness

semester ni kena buat amali untuk ikan hiasan dan haiwan kesayangan. sila rujuk pada entri sebelum ini and yang ni jugak. jadi kumpulan aku mula setup akuarium dalam minggu ni. hasilnya?

zahrin tengah buat apam balik katanya. untuk first layer dia letak gula, pastu kacang, pastu ntah hapa-hapa dia letak. haha. menjadi juga lah. bersemangat sangat dia buat, cuma apam balik dia tak boleh dimakan apatah lagi dikunyah.


ni hasilnya apam balik rin. hitam! hitam itu menawan kan? tema akarium ni hitam. dengan menggunakan pasir hitam dan background hitam, diharapkan warna putih yang mewakili sungai itu menyerlah, memang menyerlah pun. selain itu, warna pokok aqua and ikan akan menyerlah. gunakan lampu putih jugak untuk pastikan warna-warna itu naik. hitam itu kan tiada warna, putih tu semua warna. berpegang pada ayat itu, kami memberanikan diri buat akuarium ni macam ni. ternyata berbaloi.


ni masa nak masukkan air. kerja budak2 laki kumpulan aku. boleh dikatakan sangat berhati-hati supaya keladak tak naik and pasir tak berterabur.


ni hasilnya lepas masukkan air. menarik kan? lepas tu maintainance kami, sediakan pam. bila pam dah jalan, kitaorang masukkan ikan. banyak sangat ikan. nanti i tangkap gambar lagi ye? . terbaik. sebab akuarium kitaorang lain daripada yang lain. yes! itu yang aku mahukan. rare tu =)

p/s: boleh bukak kedai ikan pasni. alang-alang dah belajar ikan hiasan and perniagaan sem ni =)

Friday, January 21, 2011

teruja a.k.a excited

ini ikan aku

Excited sangat bila aku akhirnya untuk pertama kali membela ikan, sebelum ni ayah aku bela. aku tolong tengok-tengokkan je. yebedabedooo!! ikan ni aku nak bela untuk projek amali aku, ikan hiasan dan haiwan kesayangan. semester ni kena membela ikan dan hamster. hamster aku lemah sikit, berbau. jadi aku excited dengan ikan. buat sementara ni aku ada seekor ikan laga betina. nak letak nama apa ey? kesian ikan aku, tak ada teman lagi, petang nanti nak beli seekor lagi. biar dia ada teman masa aku g kelas ke mana-mana ke nanti. beli ikan laga betina juga.

pandangan atas akuarium mini aku

untuk amali, setiap kumpulan kena ada sepasang ikan guppy and laga. guppy nanti-nanti la aku tengok. aku berminat dengan ikan laga betina ni sebab rare! aku tanya banyak kedai, banyak tak jual sebab permintaan kurang and jangka hayat tak lama macam si jantan. lagipun dunia haiwan ni kan terbalik dari manusia, jantan lagi cantik dari betina. kami kena bela sampai ikan-ikan ni membiak. ikan laga ikan yang bertelur, ikan guppy lak buntingkan dalam perut (macam manusia lak). untuk pasangan ikan laga ni, ada special kes sikit. menurut pensyarah yang mengajar kami, seekor jantan memerlukan dua ekor betina. wow! tak puas ke hapa ni? eh eh, taklah. takut nanti kalau seekor je tak menjadi. mana la tau kan si jantan ni memilih ke hapa. reason sebenar masih menjadi tanda tanya. takpe, nanti aku tanya lecture dengan lebih lanjut.

p/s: mana nak cari daun ketapang ni?

kisah disebalik segalanya

aku mula aktif membaca blog-blog orang masa cuti semester yang lepas. kat rumah kan? boring. kisahnya bermula masa Bf aku bagi satu link kat aku, blog aidid mua'ddib. (mesti dia hensemkan?) kisah tentang MLM semata-mata. satu demi satu program MLM dijatuhkan, semua disenarai hitamkan. semua perniagaan yang perlu mencari orang ni, semua dihentam. ada baiknya, ramai dah tersedar daripada ditipu. semua yang dibahaskan, semua entry disertakan dengan bukti yang kukuh dan tak dapat disangkal. ilmu logik akal dan ilmu agama disertakan. apa kau nak kata kan?


tapi blog ni tak sesuai bagi kanak-kanak bawah 13 tahun untuk membacanya sebab ayatnya terlalu 'menakutkan'. kang tak memasal terkencing masa tidur. (gambar tu 18sx yang tiada motif disebaliknya)


ada satu group muka buku yang menarik minat aku. berkait rapat dengan blog mamat ni. group ni dah banyak kali kena band or dengan kata lainnya dispam orang. seingat aku, sejak aku join group ni, dah 2 kali aku kena join balik sebab ada manusia pendengki yang kejam dan tak ada otak. yelah, bisnes merundum sejak adanya group ni. takut masing-masing. group muka buku tu adalah SAY NO to MLM. (erm.. gambar diatas ni aku ambil dari group tu. menarik kan?)

p/s: check it out! tak rugi baca.. its fun!

Thursday, January 20, 2011

rindu...

kalaulah aku tau menanggung rindu ni boleh buat aku terseksa sampai macam ni sekali..... hish. rasa sesak dada, sakit... terbeban!

MAAF

p/s: rasa nak pecah dada

Wednesday, January 19, 2011

sayangku

Untuk kali ke seratus lima puluh juta

Mereka tanyakan engkau soalan yang sama

“Hey kenapa kau masih lagi mahukan dia?”

“Apa kau buta, apa kau pura-pura suka”


Di seratus lima puluh juta kali itu

Di depan semua engkau tarik tangan aku

Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu

Sambil ketawa engkau bilang satu per satu


“Dia mungkin bengis seperti singa”

“Tapi dia nangis tonton cerita Korea”

“Dia mungkin keras bila bersuara”

“Tapi dia jelas, jujur apa adanya”


“Aku lagi kenal dia”


Dah lebih seratus lima puluh juta kali

Aku pesan pada mu apa yang bakal jadi

Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi

Engkau sangat manis, aku ini pula dawai besi


Di setiap seratus lima puluh jutanya

Aku pun dalam hati semacam tak percaya

Apa kau lihat pada aku jujurkan saja

Terus kau cubit dagu aku, sambil berkata


“Sayang mungkin baran tak kira masa"

“Tapi sayang tahan kalau salahnya saya"

“Sayang mungkin saja keras kepala"

“Tapi sayang manja bila kita berdua"


“Saya kenal sayang saya”


Buat apa dicerita

Bahagia kita rasa

Biar tak dipercaya

Peduli orang kata

Baju ronyok tak apa

Asal pakai selesa

Berkilau tak bermakna

Kalau hati tak ada


Aku lebih bengis dari sang naga

Tapi bisa nangis semata demi senja

Suara ku keras tak berbahasa

Kerna aku rimas gedik mengada-ngada


Aku mudah baran tidak semena

Mana boleh tahan angin cemburu buta

Dan aku sengaja tunjuk keras kepala

Aku punya manja, kau saja boleh rasa


Rahsia kita berdua..

aku anak Melanau

aku anak Melanau, keturunan aku hebat mengalahkan singa, pahlawan berani tanpa yang berani melawan, bengis dan menakutkan. maruah bukan taruhan, bukan murah untuk diinjak-injak. yang lelaki gagah, yang wanita tabah. aku bangga dengan diri aku.

tapi kini aku lemah. dalam diam-diam aku bersujud. hanya berserah pada yang Esa, mengharapkan ihsan dari Nya. banyak kali aku alpa, menongkah dunia penuh kepura-puraan. mencari diri hingga tersesat entah kemana. semangat yang tinggi kian luntur, dicantas pula kerna dugaan yang maha hebat. kejamnya dunia, kini aku mencari tuah yang entah dimana. hanya pada Tuhan aku berserah.

aku mencari diri aku yang kian jauh menghilang. dirimba atau dilautan. hilang dalam arus dan ombak yang ganas!

kemudian mutiara menitis...

Tuesday, January 18, 2011

derita merinduimu

Ahli Fiqir - Derita Merindu

Kau katakan cinta gunakan akal
Bila aku gunakan
Kau yang menyangkal
Bagaimana nak kekal
Kau katakan cinta gunakan minda
Bila aku gunakan
Kau yang tak percaya
Bagaimana nak bahagia

Maafmu tak bererti
Kau mudah sesali
Berulang kali telah kau mungkiri
Manis mulut berjanji terpedaya lagi
Menanti biar terus didustai

Chorus
Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu
Tak ku kenal lagi engkau siapa

Dan aku cuba sedaya upaya
Telah ku usaha dengan sepenuh jiwa
Bagaimana hendak ku lupa
Bayangan wajahmu selalu di depan mata
Harum baumu masih dapat ku hidu
Bagaimana ingin aku membencimu
Jikalau setiap hari merindu
Sekiranya derita merinduimu
Itu sebenarnya bahagia
Aku pilih derita

Ulang Chorus

Mungkinkah esok atau lusa
Walau biarpun lama
Akan ku biar tiada
Ku tetap kan setia
Entah bila akan tiba
Sampai jua harimu yang sama
Esok seperti semalaman yang tak berubah

Kaulah tanda tanya
Kau tiada titik noktah
Ku dibuai mimpi lena
Dikejut igau semula
Kaulah tanda tanya
Kau tiada titik noktah
Ku dibuai mimpi lena
Dikejut igau semula

Seandainya kau berada di depan mata
Mudah untuk aku berkata-kata
Supaya dapatku melihat seraut wajahmu
Walaupun belum tentu kau mahu bertemu
Apalagi memandangku
Setelah ku turutkan segala kemahuan
Kau mainkan perasaan
Begitu mudah kau ucapkan
Terimalah saja kenyataan
Aku masih terkilan

Maafmu tak bererti kau mudah sesali
Berulang kali telah kau mungkiri
Manis mulut berjanji terpedaya lagi
Menanti biar terus didustai

Ulang Chorus 2X

Jika kau dapat memahami
Hati seorang perindu
Baru kau tahu derita hatiku
Jika suatu hari nanti giliran kau merindu
Baru kau ingat derita diriku
Segala yang berlaku bukan kemahuanku
Apa gunanya bahagia
Jikalau bahagia bersamamu
Hanyalah untuk sementara waktu
Aku pilih derita merinduimu

Maafmu tak bererti
Kau mudah sesali
Berulang kali telah kau mungkiri
Manis mulut berjanji terpedaya lagi
Menanti biar terus didustai

Ulang Chorus 2X

kata pengakhiran: aku pilih derita merinduimu, maafkan aku kekasih.

tempat letak hati

"jangan disebut pasal jodoh nak oi, jodoh kita, kita tak tau sapa lagi selagi belum sampai masanya." kata mak.

"selagi ko tak ada master, kalau boleh bapak taknak ko kahwin lagi." kata ayah.

Oh, my love
my darling
I've hungered for your touch
a long lonely time
and time goes by so slowly
and time can do so much
are you still mine?
I need your love
I need your love
Godspeed your love to me

Lonely rivers flow to the sea,
to the sea
to the open arms of the sea
lonely rivers sigh 'wait for me, wait for me'
I'll be coming home wait for me

Oh, my love
my darling
I've hungered for your touch
a long lonely time
and time goes by so slowly
and time can do so much
are you still mine?
I need your love
I need your love
Godspeed your love to me

and for somehow i remembered this song. i sing it loud, very loud. maybe i missing someone, but what suppose i do? the only thing i can do is waiting for him. for the person i love, please be happy with me and wait for me. i'm waiting for you all this while, please don't leave me =,= kadang-kadang, aku rindu masa lama kita. terlalu rindu. namun yang pasti, perkara yang paling jauh dari kita adalah masa lalu kita. nak digapai makin menjauh, dan mustahil akan berulang balik. apa yang kita mampu, adalah menjadikan masa depan lebih baik dari masa lalu.

jangan dihapuskan perasaan kita, kerana hati itu kurniaan kepada kita. adalah menjadi lumrah seorang manusia NORMAL untuk mempunyai perasaan. adalah lumrah kita sebagai manusia akan menyukai seseorang. namun, apa yang kita harus buat hanyalah kawal hati kita. yang mana aku sendiri kadang-kadang tak mampu nak kawal. kehendak hati dan kehendak realiti jauh berbeza, dengan itu, wujudnya akal untuk menentukan mana yang terbaik untuk kita.

jangan ditanya siapa jodoh kita, walaupun kita dah meet someone, mungkin Allah dah tentukan jodoh kita dengan orang lain. satu cara je, REDHA. memang itu satu perkara yang sukar, namun sebagai hamba-Nya, kita harus ingat Dia ada rancangan yang lebih baik dari kita. mak aku selalu berpesan macam ni.

selalunya apa yang kita mahu, bukanlah yang terbaik untuk kita. kadang-kadang, benda yang kita ada bukanlah milik kita sebenar-benarnya. kenyataan yang perit, tapi besar hikmahnya.

p/s: orang disekeliling asyik melayan perasaan, rasa terpanggil lak~ hoi2

Monday, January 17, 2011

suara aku sebagai belia negara

berdasarkan satu artikel aku baca melalui blog MARHEAN berkenaan surat pelajar kepada Najib yang sedikit sebanyak telah membuatkan aku ingin menyuarakan pendapat sebagai seorang belia di Malaysia, tanah air aku ini. sungguh pedas dan bergaya ayat-ayat pelajar tersebut, sedikit sebanyak menyedarkan aku. aku kagum dengan remaja 19 tahun mampu menyuarakan pendapat dan kritikan yang bernas dan nasihat yang membina.

pada pendapat aku yang tidak seberapa luas pengetahuan dan ilmu didada, secara rambangnya, aku bersetuju dengan setiap bait kata yang dikatakannya. sebagai seorang remaja, dia mengharap untuk dimergertikan. dan aku sebagai belia, sedar apa yang dia katakan. namun aku yang serba lemah ini, dengan keterbatasan had dalam berpolitik kerana aku bakal bertugas sebagai seorang pendidik menjadikan aku lemah tak terdaya. namun, aku perlu tahu tanggungjawab aku sebagai seorang rakyat, sekiranya aku tidak mengundi, aku dikira berdosa kerana mengabaikan tanggungjawab aku untuk membina sebuah negara yang makmur, walaupun hanya dengan satu undi. sekiranya aku tersalah memilih pemimpin juga aku dikira berdosa kerana boleh menghancurkan sebuah negara Islam.

namun, sedih aku apabila melihat remaja semakin hanyut dan lalai terutamanya apabila mereka tidak mahu menjalankan tanggungjawab mereka atas alasan politik terlalu kotor hinggakan mereka tak mahu terlibat walau seinci pun iaitu dengan hanya membuang 1 undi. dengan dunia yang sudah tua sebegini, aku hanya mampu memilih pemimpin yang terbaik kerana setiap pemimpin yang ada sekarang ini ada celanya. aku sanggup cabar anak-anak muda zaman sekarang untuk sertai politik dan jernihkan suasana dalam politik di negara kita ini. kerana mereka ini bakal pemimpin negara pada masa akan datang. ini bukan satu tugas mudah namun tidak mustahil.

ibu bapa aku pernah berkata, pilihlah yang kita lihat banyak membantu bangsa kita. jadi segalanya terpulang kepada diri masing-masing. aku disekolahkan di sekolah bantuan penuh kerajaan dari tadika hingga ke sekolah menengah. aku juga menuntut di institut pendidikan guru dan diberi elaun melebihi rm3000 setiap semester dengan duit kerajaan. ibu dan bapa aku membesarkan aku dengan gaji mereka yang bekerja dengan kerajaan. kampung aku di pendalaman sarawak, dibangunkan sedikit demi sedikit oleh kerajaan walaupun jauh tercicir daripada bandar-bandar besar. pensyarah aku pernah berkata, sekali kamu fikir duit kerajaan tu haram, maka haramlah gaji dan elaun yang kamu dapat. fikirkanlah.

aku tak mahu menyalahkan Dato' Seri Najib dan mantan-mantan perdana menteri kita. dari pandangan kasar aku, mereka sudah lakukan yang terbaik bagi mereka untuk negara yang mereka dan kita cintai ini. aku juga akan cuba sedaya yang mampu aku untuk negara yang aku cintai ini. dan aku mengharapkan anak-anak muda untuk faham dan hayati dengan memerhati sekeliling mereka serta cuba menjadi rakyat yang terbaik juga.

negara kita mempunyai berbilang bangsa, harus diingatkan kita tidak boleh menindas mereka. sekiranya kita menjaga kebajikan kita, insyaallah mereka akan menjaga kebajikan kita juga. harus diingat, ALLAH itu maha adil.

sebagai bakal guru, tugas aku juga bukan mudah. aku perlu mendidik anak-anak Malaysia ini agar mampu berdikari dan mampu berfikir secara rasional, bersahsiah baik dan mampunyai jati diri yang waja. aku gentar dengan tanggungjawab yang bakal aku pikul ini. setiap orang mempunyai tanggungjawab masing-masing. jalankan tanggungjawb kamu sebaik-baiknya dan jadi mukmin yang cemerlang.

p/s: terlalu serius kenyataan ini =)

keghairah yang membebankan

seronok kalau apa yang diimpikan datang tanpa perlu kita berusaha. tapi walau macam mana kita kena usahakan apa yang kita nak, dapat ke tak tu belakang kira. tapi nak berusaha tu, langkah pertama tu kita pasti akan takut nak mulakan. kita mesti akan fikir risiko tu dulu, timbang pro dan kontra baru kita berkira-kira untuk memulakan langkah kita. tu pun masih berkira-kira. kenapa perlu macam tu? kalau main redah pun tak boleh ke?

sakit, geram and sedih bila apa yang paling kita nak tu di depan mata kita sendiri. macam ditayang-tayang lak kat kita. kadang-kadang rasa nak pegang je, baru rasa puas hati sebab kita takde benda tu. contohnya macam PSP or Ipod. aku nak sangat, tapi tak mampu nak beli, kena dahulukan benda lain yang lebih penting dulu contohnya beli barang-barang assigment dulu, buku-buku, barang-barang amali and paling penting, duit untuk makan.

ada benda yang paling aku nak kat dunia ni, tapi takut nak usahakan. dah 3 tahun impikan tapi takut nak usahakan sebab banyak risikonya. contohnya nak beli PSP, cukup ke duit aku nak makan sampai akhir sem (selalunya tak cukup). but still, aku perlu fikir baik and buruk sesuatu tindakan dulu. bila dah fikir panjang, apa pun risiko dan pengakhiran, kita tetap akan puas hati gak.

secara azalinya, tak semua yang kita nak tu kita akan dapat. sebab Tuhan dah tentukan yang terbaik untuk kita. kenyataan yang menyakitkan tapi sebagai manusia kita kena redha. nak redha tu agak sukar, tapi kita tempat berharap kan? tak rugi meletakkan harapan pada Dia. Dia dah rancang yang terbaik untuk kita. insyaallah.

p/s: ada cerita tentang masa yang indah =)

Sunday, January 16, 2011

ketenangan jiwa

Waktu terasa semakin berlalu
Tinggalkan cerita tentang kita

Akan tiada lagi kini tawamu
Tuk hapuskan semua sepi di hati

Ada cerita tentang aku dan dia
Dan kita bersama saat dulu kala
Ada cerita tentang masa yang indah
Saat kita berduka saat kita tertawa

Teringat di saat kita tertawa bersama
Ceritakan semua tentang kita

lagu yang benar-benar menusuk kalbu. masih aku teringat saat-saat kita mula berkenalan dulu. dugaan demi dugaan yang kita hadapi. semakin sukar dan semakin mematangkan kita. sedar tak sedar, mematangkan hubungan kita jua. aku menghitung hari demi hari sehingga saat kita diijab kabulkan. seolah-olah rasa aku makin tak sabar. bukan aku tak sabar, tapi aku memikirkan masa depan hubungan kita, tak salah kan? walaupun ikut prancangan, masih lambat lagi, namun jika terkeluar dari mulut kamu yang hal-hal perkahwinan itu masih lambat, buat apa difikir-fikirkan. sedih dan kecewa aku yang mendengarnya. entah kenapa. aku pun tak tahu kenapa aku kecewa.

hanya perempuankah yang asyik memikirkan masa hadapan? terlalu jauhkah masa depan tu? setahu aku yang jauh tu masa lalu, bukan masa depan. kalau tak difikirkan masa depan, mana nak merancang. ye, semua orang tahu, kita hanya mrancang, ALLAH yang mnentukan. sebab tu kita kena RANCANG! rancang bajet, duit poket untuk masa dpan, keluarga, perancangan utk memajukan diri.. banyak lagi. soal kahwin, salah satunya. (serius sangat ni- da wajib kawin kot)

apa-apa pun, sekarang ni, saat ni aku hendakkan ketenangan dan mengharapkan perutku ni dapat diisi secepat mungkin. aku lapar ni.. jangan dekat!

p/s: prot pun nyanyi2 lagu "semua tntang kita". kira blum hardcore lagi la ni...

Saturday, January 15, 2011

happy couple sehhh

sedih aku tengok seorang mamat yang kononnya agak style 'low' kat pasar malam tadi. berambut panjang, tak kesah lagi. mybe dia ada angan-angan nak jadi akhil hai kot. malas nak tengok lebih-lebih mamat ni, nanti dia perasan dia femes gitu. ish-ish-ish... tetiba ternampak kat tangan dia ada tatu. temporary ke permanent ke, i dun know. takkan aku nak tanya dia, "bang2, tatu abg tu permanent ke temporary? haram kan bang cacah tatu ni?" mau aku kena penyepak maut dari mamat tu kang. tambah pulak kat telinga dia bertindik and pakai subang. aku pun tak pakai subang (bukan subang jaya ye). boleh jadi imam ke bang selagi lubang tindik tu tak tertutup? macam mana nak bina sebuah keluarga kalau macam ni gayanya. awek dia ok je aku tengok, walaupun tak bertudung tapi berpakaian sopan la aku tengok. tak terdedah or tergelebeh mana-mana bahagian. tak nampak lak body dia ada tatu ke tidak.

OLEH KERANA aku bakal menjadi seorang guru, aku rasa sedih bila tengok orang-orang sekarang ni. kalau yang dewasa banyak ragam, budak-budak? Malaysia makin maju sekrang, tp akhlak budak2 makin jadi cam haram lak (eh, macam tak cermin diri sendiri lak). tapi oleh sebab aku bakal jd pendidik sekarang, aku dah baik dah. takkan nak stay perangai budak-budak and memberontak lama-lama. bila nak sedar kalau gitu. aku nak ajar anak orang, bukan baby binatang. nak jadi role model yang baik. but i'm still sedih tengok budak-budak zaman sekarang.

p/s: melalut lak aku. haha

Thursday, January 13, 2011

moga cepat sihat!!

sepetang aku menemani kamu, aku rasa bahagia... weeee =) kenapa ye?

aku concern tentang kamu, aku mahu kamu sihat selalu, usik aku selalu, happy selalu... benar, kalau kita sudah bernikah, mesti aku akan temani kamu sepanjang malam, jaga kamu. aku mahu kamu happy and mahu kamu tahu, aku takkan biarkan kamu sorang-sorang. aku akan cuba jaga kamu dengan sebaik baiknya.

apa apa pun, aku harap kamu akan jaga diri kamu baik baik. aku risau bila kamu tak sihat sebab kamu jarang jatuh sakit. ok? moga cepat sembuh! =)

p/s: thing will never been the same without u =)

Wednesday, January 12, 2011

Goldfish =)

If I said my heart was beating loud, If we could escape the crowd somehow...
11.01.2011 bermula dengan hari yang indah. sejuk2 je sampai malas nak bangun dari katil till 11 o'clock! best cuti-cuti ni. (hari hol sultan Ismail) tengah hari ni aku keluar dengan ririen, kecik and kumpulan aqua aku. heh. bila kira-kira balik bajet sume, aiyoooo! lari bajet. hahahaha. biarlah. akan ditapis lagi barang2 yang bakal dibeli. banyak perhentian aku hari ni. mula2 makan dulu. dah lama mengidam twisted fries mcD. dapat gak merasa tadi. Nyaman na owh! lepas tu pergi pet shop. makaih ikan-ikan dia besau sungguh tapi sayangnya 'not for sale' pulak! dah amik semua senarai harga, bergerak ke kedai ikan kat bustand. banyak ikan-ikan yang cantik lagi 'fresh'. rasa nak bolot semua. tapi semuanya tak terlawan dengan lanskap dekat dalam kedai tu, plus with kolam ikan and kolam kura-kura. cantik bangat! kemudian kami ke penta. tengok (survey) baju uniform KRS. boleh tahan harganya. kalaulah aku hebat menjahit, aku beli kain jek! =)

then, aku, ririen and kecik going to CIMB utk keluar some money. after dat, pergi ke summit. berjalan-jalan dan bercanda bersama-sama. then pergi ke celcom centre tapi malangnya tutup. lastly pergi ke MK (mat kepong) beli makanan utk makan malam.

walaupun keluar sepanjang hari, aku rindu bangat sama kamu sayang (cewahh, nak romantik sekali sekala). aku ingat pada kamu sepanjang masa. kalaulah kamu tahu macam mana perasaan aku yang sebenar, pasti kita akan lebih bahagia. maaf ye sebab pernah buat kamu terluka. i'm very-very-very-very sorry dear...

p/s: ("3('_') you always makes me smile, just like this ---> =)

Monday, January 10, 2011

siapa sebenarnya Aidid Mu'addib?

one of my fav blog is blog Aidid Mu'addib atau lebih dikenali dengan You Know My Name @ Aididleak. siapa dia sebenarnya? tiada siapa yang tahu. bagi aku, tak perlu tahu la siapa dia. dah cukup bagus dia nak share pengetahuan dia.

yang mengagumkan aku, dia tak gentar walau sikit pun walaupun dia lantang bersuara tentang MLM ni. fenomena yang mana aku lihat sangat berleluasa sekarang ni. even aku pun hampir terjebak. dalam aku tengah mempertimbangkan penglibatan aku, aku ambil masa lebih setahun fikir nak masuk ke taknak, lastly aku terjumpa blog Aidid ni hasil penemuan my bf. OMG. banyak yang aku tak tahu sebelum ni terbongkar satu persatu. nasib baik tak terjoin. after that, dengan penuh yakin aku katakan TIDAK pada rakan-rakan aku yang menarik aku masuk. (takpe takde duit sekarang ni, asalkan tak menyesal kemudian hari)

hasil penulisan dia sangat2 aku kagumi, walaupun bahasanya agak kasar. namun penggunaan bahasa dia tak mampu nak menandingi apa yang dia cuba sampaikan kepada masyarakat sekeliling, khususnya orang-orang MELAYU. (aku bukan melayu).

kalau aku diantara salah seorang yang tersedar benda ni, mungkin ramai jugak yang dah sedar jugak. kenapa aku buat entry ni? supaya orang-orang sekeliling aku pulak sedar perkara ni. aku tak boleh la nak ulas semua tentang blog aidid ni. cuma nak share dengan kawan-kawan to stay away from MLM. biar jadi musuh MLM asalkan tak makan duit orang =)

p/s: blog yang lain aku suka hanyalah blog2 personal kawan2 aku. nak tau, tengok je link kat sebelah. =)

Sunday, January 9, 2011

kalaulah...

kenapa ye sekarang aku asyik bercerita tentang love, sayang, chenta....? sebab dalam hati aku ada benda2 ni.. kalaulah aku boleh luahkan perasaan ni pada si dia... hanya berkata2 manalah cukup untuk meyakinkan si dia. tapi mampukah aku bahagiakan dia?

kalaulah dia tahu hati aku berdebar, berdegup dengan kencang jantung aku sampai sakit dada aku bila dia dekat dengan aku... tak kira la dia duduk depan ke belakang ke sebelah aku.. pasti aku menahan rasa debar di hati ni supaya dia tak perasan. kalaulah dia tau bila aku cakap aku suka dia, aku gunakan seluruh kekuatan yang ada dalam diri aku untuk luahkan perkataan tu. haish, susahkan bila dah suka kat seseorang??

kalaulah dia faham semua tu... hurm...

bosan kan bila asyik bercerita pasal love ni?? hahahaha... tapi nak buat macam mana? aku selalu teringat kat dia walaupun hampir tiap hari aku jumpa dia. hahaha.. tak bosan ke hari2 jumpa? bagi aku tak! (aku tanya aku sendiri jawap)

p/s: payah bila jatuh cinta =(

Friday, January 7, 2011

mana satu pilihan hati?

jangan sesekali dipersoalkan mana satu pilihan hati aku. kerana aku dah tetapkan hati aku hanya pada kamu. nak tahu siapa kamu? hanya kamu, aku dan Allah saja yang tau. kalau direnungi balik semua dugaan yang kita harungi bersama selama ni, aku pasti aku dan kamu akan berasa sangat gembira dan terharu kerana KITA berdua berjaya melepasi semuanya walaupun amat perit untuk dilaksanakan dan diterima.

aku berasa beruntung kerana memiliki kamu. disamping kamu, keluargaku yang menyokong aku dan perhubungan kita amat aku hargai. mungkin aku boleh dapat yang lebih baik daripada kamu. namun hanya kamu pilihan hati aku. kenapa? kerana hanya kamu yang banyak bersabar melayan kerenah aku, kenakalan aku.

aku hanya mahukan kamu merasa bangga, bahagia, dan beruntung kerana bersama aku. aku mahukan apa yang telah kamu korbankan seperti kesetiaan kamu, kasih sayang kamu, masa dan wang kamu berbaloi untuk perhubungan kita. oleh kerana itu, aku berusaha untuk membahagiakan kamu.

p/s: big thanks to my family kerana menyokong dan MERESTUI hubungan kami =)

Thursday, January 6, 2011

sungguh aku menyayangimu

benar, hati dan perasaan tak boleh dipaksa-paksa. benar, bila kita mencintai sukar bagi kita melupakannya. benar, sekali kita kecewa pasti sukar untuk kita menyembuhkannya.

aku menyayangimu sepenuh hati aku. kalau kamu tahu.. sungguh tiada yang lain selain dirimu seorang. kerana tiada insan yang lain akan sama macam kamu. aku hendakkan kamu seorang, jadi tekadku hanya akan bersama kamu sahaja. hati aku tekal. namun ketentuan Tuhan takkan aku persoalkan sekiranya kamu bukan milikku. seharusnya akan aku berbangga kerana aku berusaha sehabis baik untuk menjagamu sepenuh hati aku. maaf sekiranya kadang kala aku terlalu mengikut emosiku, akal tak rasional aku apabila aku bertindak di luar batasan seorang perempuan, namun aku mahu kamu tahu.. hanya pada kamu aku letakkan harapan.

jangan sesekali kamu mengganggap aku membelakangi kamu. kerana aku sentiasa mengutamakan kamu, selain dari keluarga ku. tahukah kamu, apabila aku menjaga keluargaku sebaiknya, aku akan mampu menjaga kamu sebaiknya. kerana tanpa keluargaku, siapalah aku.

hati dan perasaan boleh berubah2, kerana ada pasang surutnya. namun aku mahu kamu tahu juga, aku hanya setia padamu. aku berharap kamu akan menjadi suamiku dan seterusnya menemanimu seumur hidupku..

p/s: hati dan perasaan bukan untuk dipermain2kan