Monday, April 18, 2011

aku nak bebel, ada aku kesah ko nak baca ke tak?


aku ni manusia yang dah banyak kecewakan hati orang. betul. napa? tak caya? jangan tak caya sebab itulah realitinya. kebelakangan ni, aku asyik teringat tentang hati-hati yang pernah aku patahkan bila aku lihat orang disekeliling aku. hati aku pernah pedih, tp alhamdulillah luka tu dah pulih sikit demi sedikit. jatuh cinta tu tersangatlah mudah, tp nak kekal mencintai dan setia itu sangat menguji kesabaran. lagi2 orang macam aku ni. tapi alhamdulillah, genap hari lahir aku tahun ni, cukup 3 tahun 3 bulan dan 3 hari aku bersama si dia.

back to main topic. nak melukakan hati orang, sangatlah mudah. percayalah. tapi nak yakinkan hati yang pernah kita lukakan boleh makan masa bertahun-tahun, bahkan kekadang sampai terbawa ke liang lahad (faham tak?). kepada insan yang selalu melukakan hati orang, hentikanlah perbuatan tu. yang sakit nanti diri kita sendiri. bukan orang lain. sia-sia je nanti orang membenci kita, maki kita dan hilang rasa hormat pada kita. kau nak hidup begitu?

bagi yang telah terluka. perlahan-lahan ubati sakit di hati tu. aku tahu, bukan mudah. sebab hati kita dah terluka dan terlalu sakit. sapa nak terluka? takde sapa yang nak. semua orang nak dicintai, disayangi dan dikasihi. mana ada manusia hidup untuk berduka. Tuhan sentiasa ada disamping kita. percayalah. Dia mendengar rintihan kita setiap masa. setiap nafas yang kita hela tu, Dia tahu segala-galanya. tak kiralah kau muslim ke non muslim. semua orang ada kepercayaan tersendiri rite?

kepada semua. hati dan perasaan kita ni tak boleh dipaksa-paksa. andai kata kau mencintai seseorang (dalam diam), lebih baik kau luahkan. kalau dia menolak, memang dia bukan jodoh kau. kalau dia menerima, alhamdulillah. teruskan kalau ada jodoh. tak salah mencuba rite? siti khhadijah melamar Rasulullah sendiri untuk dijadikan suami. kau taknak ke?suami yang baik, pilihan kau sendiri. TAPI, andai kau membenci seseorang, aku cadangkan kau biarkan rasa benci itu berlalu pergi. bukan mudah, but kau ignore je perasaan benci tu. ketahuilah, apabila kau membenci seseorang, kau sebenarnya masih ada hati pada dia. sebabnya perasaan benci itu datang dari hati. sempadan antara benci dan cinta tu tersangatlah rapat. silap-silap benci boleh bertukar menjadi sayang, sayang boleh bertukar kepada benci.

biarkan perasaan itu berlalu pergi umpama angin lalu.

cinta itu satu perasaan yang indah. mengindahkan lagi satu perhubungan bila kita jatuh cinta pada seseorang itu berulang-ulang kali. percayalah. aku pernah rasa perasaan tu. dan sentiasa merasai perasaan tu. sesungguhnya, aku merasa sangat bahagia.

Qulutt sayang Hafis

Sunday, April 17, 2011

pelik tapi indah dan menggembirakan

gambar: bunga yang cantik untuk kumbang yang kacak

sebelum aku terlupa dan melupakan benda yang terjadi. perkara yang tersangatlah pelik, tapi sangat indah dan gembira bila benda tu terjadi. walaupun hanya dalam alam MIMPI.

tak tahu bagaimana benda tu bermula (biasalah, mimpi. tau2 dah jadi). aku betul2 terkejut. tak nampak muka dan tak tu siapa. dalam hutan, dia mencari ubat untuk menyembuhkan aku hinggakan dimarah ketua dia sebab dia tetiba menghilangkan diri dari kumpulan dia. dia pulak aku ingat sangat yang dia berpakaian askar. (haip, malu lak nak cete lebih). dia sanggup pertahankan aku depan ketua dia.

aku dihantar pulang ke kampung aku. aku ingat, memang rumah atuk aku kat Paloh.

gambar: warna baju sebegini. fuhh

bertemakan baju dark blue dan putih. majlis pun sama. perasaan gembira bila berjalan dari rumah ke rumah. aku lihat sepupu dan sedara mara aku sekeliling aku. yang pasti aku bahagia sangat. then mimpi tu stop kat situ gak sbb aku dengar suara INTAN NABILAH AHMAD. haih. mimpi indah aku tergantung kat situ...

aku tak tau siapa gerangan jejaka itu. yang pasti rasa bahagia disisi dia itu yang akan aku tunggu. gila happy.

p/s: tak sabar nak kahwin tp bila realize tanggungjawabnya maha besar.. mengeluh. haish..

Thursday, April 14, 2011

Entry untuk Amirah Fatin

dia pergi belajar kuala Terengganu, MRSM. Bonda tak pernah hantar dia pergi daftar, mahupun pergi ambil dia masa dia tamat SPM. namun aku tahu, dia tabah lantaran bonda sentiasa mendoakan kejayaan dia. bonda hanya pernah menjenguk dia sekali sahaja, itupun kerana kebetulan bonda ada sedikit urusan di sana. aku tahu, dia sangat gembira apabila bonda datang melawat, biarpun sekejap.

ayahanda pula suka sentiasa bersama dia. ayahanda sentiasa cuba penuhi permintaan dia. biarpun dia tidak pernah meminta-minta, lansung juga tak pernah hendak menyusahkan. namun ayahanda tahu, apa yang anakandanya mahu, dan apa yang dia impikan.

ayahanda dan bonda sentiasa bersamanya, sentiasa mendoakannya.

dia anak yang bijak. adik yang naif, terlalu naif kadang kala. pernah satu ketika, dia sampai di perhentian bas, KL sentral pada jam melewati 1 pagi. kebetulan ayahanda baru pulang dari KLIA atas urusan bersama sahabatnya. dia tahu dan dia hanya meminta ayahanda berehat sementara dia menunggu train yang pertama jam 5 pagi untuk ke Bangi. alahai adik, kenapa engkau begitu naif? sedarkah engkau dunia berganjak terlalu pantas hinggakan banyak manusia hilang pegangan? ayahanda terus bergegas ke KL sentral untuk mengambil dia. dia rasa serba salah kerana keesokkannya ayahanda demam. adikku, tahukah kau pengorbanan ayahand itu ternyata berbaloi?

dia tamat SPM dengan keputusan yang sangat cemerlang, 10A. dia salah seorang daripada 6 orang yang mendapat straight A's di MRSM Kuala Terengganu (Kopok Lekor nyaman). ternyata biarpun dia belajar jauh, hanya pulang 4 4-5 kali setahun, nanum kejayaannya bukan calang-calang kerana aku pun tak secemerlang itu hanya kerana aku terhanyut dalam arus sosial yang menggila.

pagi tadi aku dikejutkan dengan brita dia pergi interview JPA untuk sambung study ke Jerman course engineering. aku bangga dengan dia. mudah2an segalanya mudah bagi dia, dan mudah2an dia dapat mencapai bintang di angkasa =)

p/s: doakan dia berjaya dalam interview dia. Amirah Fatin Ali Ahmad
p/s/s: bonda, Fatimah bt Tambi dan ayahanda, ALi Ahmad Bin Seman pasti akan berbangga dengan kejayaan dia =)

Sunday, April 10, 2011

cikgu ohh cikgu...

Yalah, macam ni ke cikgu zaman sekarang. TT pun tak faham! Kalau betul anak murid awak tu bermasalah, kenal pasti kenapa dia macam tu, tanya, kenali anak murid dan bantu selesaikan masalah tu. Mak bapak jaga anak kat rumah, kat sekolah, cikgu la pulak, bukannya bila anak murid ada masalah kat sekolah, terus pass balik kat mak bapak! Senang sangatlah kerja cikgu kalau macam tu...

sentap hati hamba bila org Media Massa tulis artikel sebegini. kamu semua nak kata hamba emo, katakan sahaja lah. bukan hamba nak ambil peduli. tersinggung benar rasanya.

wahai ibu bapa:

bukan "hamba" menolak untuk mendidik anak bangsa. bahkan hamba bersemangat nak melihat anak-anak didik hamba cemerlang, bila anak didik hamba cemerlang, kembangnya rasa dada, bahagianya rasa jiwa.yang paling membahagiakan apabila anak didik yang nakal, tak mendengar kata, tidak suka membuat kerja sekolah, akhirnya mendengar kata hamba. biarpun terpaksa membimbing sedikit demi sedikit hamba sanggup. biar lambat dia belajar dan memahami, hamba rela. namun akhirnya dimarahi ibu bapanya juga kerana dikatakan mengambil masa yang banyak sehinggakan anaknya lambat pulang. hamba sedar ibu bapa banyak perkara hendak dikejar, rezeki perlu dijaga untuk memberi nafkah kepada keluarga, namun bila si anak yang tidak mendengar kata dan sukar untuk melihatnya menghadap buku mahu belajar, hamba tak sanggup hendak menghantarnya pulang kerna si anak MAHU belajar.

dunia sudah jauh berubah. dulu dengan kini banyak sungguh bezanya. kiranya guru memegang ROTAN sekalipun, boleh disaman ibu bapa kerana rotan itu mampu menakutkan anak murid. salah disisi psikologi. hinggakan guru takut hendak mengajar kerana takut sekiranya tersalah langkah, penjara padahnya. STRESS dalam pekerjaan, dulu dengan sekarang pun besar luasnya perbedaan. tanggungjawab yang digalas bukan sedikit bilangannya, kaulah cikgu BM, kau lah cikgu KH, kau lah cikgu bola baling, kau lah tanda kehadiran, kau lah tanda kerja rumah, ka lah tanda kertas peperiksaan, kaulah setiausaha peperiksaan, kau lah timbang berat murid-murid, kau lah melihat tahap kesihatan murid-murid. pelbagai pekerjaan, kaulah yang tanggung. tugas pengkeranian di sekolah sudah cukup banyak, sedangkan tugasnya pada mula hanya mendidik mendidik dan mendidik anak bangsa.

benar kata orang, hampir separuh rumah sakit jiwa diisi oleh guru-guru yang sudah sampai limit mereka hinggakan tidak mampu untuk menghadapi cabaran anak-anak murid kini. hamba tak salahkan murid-murid hamba kiranya mereka calarkan kereta guru, ugut guru, pukul guru, dan banyak lagi. kecewa menyelubungi lebih dari perasaan marah.

katakanlah ibu bapa, tidak semua guru yang jahat. hamba melihat, guru yang cepat melenting kerana tugas mereka terlalu banyak. sejak hamba menjadi guru (belum secara rasmi), tahap kesabaran hamba benar-benar teruji dengan anak-anak didik hamba. namun hamba tahu, besar rahmatnya menjadi seorang guru.

satu kisah benar. sudahlah anak diserahkan bulat-bulat kepada guru untuk mendidik di siang hari, pada malamnya pula tugas menjaga anak-anak diserahnya pada polis pula. ada ke call polis memalam tanya anaknya ke mana.. lawak tol ibu bapa skrg.

p/s: jagalah anak bangsa... ok?