Wednesday, September 28, 2011

makna sebenar CINTA manusia

kadang kita rasakan cinta itu telah mati dalam jiwa, kita salah dalam memberi pengertian pada diri sendiri. sedangkan cinta tidak pernah mati dalam kehidupan kita. cuma kita yang sendiri tidak mahu mengaku cinta itu masih ada.

dalam kehidupan kita seharian menempuh dengan pelbagai rintangan dan cabaran di dalam mencari satu keutuhan jiwa di dalam diri sama ada kita kuat atau mampu mencari satu hakikat. mencari satu keyakinan di dalam diri dalam watak diri sendiri. untuk perubahan demi perubahan.

giving up does'nt always mean you are weak. sometimes it just means your strong enough to let go

sekadar gambar hiasan
kita manusia yang sentiasa berubah. bentuk perubahan yang berlaku terlalu mudah untuk dikesan puncanya. namun untuk berubah demi sesuatu melalui punca itu, selalunya kita akan berhenti. kita akan gagal menilai diri. seringkali kita berubah namun sayangnya perubahan-perubahan yang kita lakukan hanyalah sekecil zarah. hingga tidak meninggalkan kesan kepada kita dan juga pada insan lain. maafkan aku teman seperasaan.

jiwa mengharapkan setiap mimpi indah menjadi suatu realiti dalam kehidupan. jiwa sentiasa mendesak untuk menggapai impian itu. namun jiwa sentiasa kecundang di sebalik erti kehidupan, kerana kita manusia hanya mampu merancang, dan Allah yang akan menentukan yang terbaik buat kita.


kau teman, kekasihku, penemanku...

kau mengajar aku tentang erti setia. maaf kerana hati ini terlalu ampuh hingga aku leka dalam mimpi aku sendiri. hingga kau terluka. kau sabar dan terus bersabar. menjadi duka dan tersenyap pilu akan satu tangisan. tersentap lagi dan terus hanyut..

benar cinta itu membahagiakan. dan bukan untuk mengecewakan. tidak ada seorang pun manusia yang inginkan kebahagiaan bersifat sementara dan bahagia sementara ini tidak lebih dari jajaan sahaja. kita perlukan cinta dan bukannya nafsu cinta. kita perlukan cinta kerana kita perlukan kebahagiaan bukan kerana cinta itu sendiri.

dan aku masih lagi mencari ertinya cinta. masih lagi mencari ertinya kebahagiaan dan tercari cari. hingga kini masih lagi mencari.

maafkan aku. jemari aku terus kaku untuk menulis tentangmu. hatiku beku untuk mengenangi kerana aku masih berada dekat denganmu. kerana aku mahu berada disisimu selalu. kerana kau kesayanganku. dengan adanya kamu, memberi suatu kebahagiaan buat kita.

aku temui di sebalik senyumanmu. aku dakap mesra lirikan matamu. aku temui kebahagiaan dengan melihat wajahmu. cinta juga yang membuat aku gundah dan terluka. dan penawarnya hanya pada kamu. memberi seribu kebahagiaan kepada aku.

Hanya Aku Cinta Kau Seorang... MHJ

Saturday, September 24, 2011

kasih abadi jiwa terhenti

diam bukan bermakna benci. diam bukan bermakna pergi. kadang rasa dalam hati ngilu. diam. jiwa seakan tak mengerti, ingin mengejar sesuatu yang tak pasti. yang takkan dimiliki. masa seolah terhenti. argh! orang lain pun takkan mengerti.

berikan cinta kepada sesuatu yang pasti. yang sedia menanti. berikan jiwa kepada yang berhak. supaya kau tak bisa memilih lagi. andai hati masih alpa, andai hati masih ragu, serahkan semuanya kepada yang SATU. kau boleh membenci. kau boleh mengkhianati takdir kau sendiri. namun jika kau ambil bukan  hak jiwa kau, kau pasti akan menangis suatu hari nanti.

kadang kita terlalu asyik dengan angan yang lalu. hingga kaki terhenti melangkah. kuatkan hatimu. biarkan derap langkahmu pergi. biar jiwa mengenang, jangan kita tertawan. angan lalu takkan hadir lagi. kerana kisah itu hanya tamat di situ. jangan dibenci, jangan dikesali, kerna ia bisa menghantui.

jiwa sudah punya sekeping hati. yang terlalu rapuh. perlu dijaga seolah anak kecil. terlalu mudah untuk dilukai dan sukar untuk diubati. jangan kau sakit sekeping hati. maaf kalau jiwa bisa calarkan hati. kerna hati itu berhak untuk dikasihi.

buat teman hati, teman jiwa. harap kau mengerti. hanya kau di hati. andai kita punya jodoh, hanya kau yang ku nanti. hingga hembus nafas ku yang terakhir.

Tuesday, September 20, 2011

bahagia dalam sepi. sepi kerana hati

hubungan persahabatan bukan satu perkara yang boleh dicuba cuba, bukan perkara yang bila gagal kamu cuba dan cuba lagi tanpa usaha untuk menjaganya

hati ini rasa tersiat siat apabila sebuah perhubungan persahabatan yang dijaga, yang dibangga, yang dilaungkan persahabatan takkan terputus di tengah jalan... kini lebur. mata hanya mampu memandang. hati sakit. terasa amat sakit dan ngilu. tiada siapa dapat memahami apa rasa hati. dibiarkan semakin sakit dan menjadi dendam tak sudah sudah. amat kecewa dan tiada lagi harapan seolah olah tiada lagi hari esok.

sepi ini telah mencengkam jiwa dan menghimpit perasaan. aku terlalu terluka. sedang bersendirian melihat kepayahan diri mencari siapa kita dalam diri sendiri. tiada siapa mahukan perasaan sepi ini, walau kemana arah kita menjauh pergi melarikan diri ke sana ke sini. sepi itu hadir jua..

bukan aku menyalahi insan lain, tak! silap ini datang dari hati aku sendiri

dan kadang perpisahan itu bukan mengajar kita untuk terus lemah, namun memberi kekuatan pada diri sendiri untuk menilai sesuatu perhubungan itu sama ada bahagia atau tidak dengan bersahabat dengannya. dan apabila hubungan yang menyusahkan, lebih baik dilepaskan saja dari terus menyakitkan hati dan menyiksa diri.

"kekuatan sebenar manusia terletak pada hatinya.. semakin kuat hatinya, semakin kuatlah dirinya"

kadang kala kita tidak menyedari betapa dalamnya kita menyayangi seseorang. di saat kita apabila kehilangannya.. dan kadang kala kita tidak menyedari betapa perlunya sayang seseorang terhadap kita, di saat kita amat memerlukannya.

aku bangga melaungkan aku bahagia dengan jalan aku sendiri 

biar apa pun rasa orang, biar apa pun bicara orang. aku tetap sebegini. meniti hari hari bahagia setelah permasalahan datang dan pergi. aku tabah mengharungi hari hari duka semalam dan pasti akan tabah menghadapi hari hari yang mendatang. aku bahagia dengan jalan sendiri. dari jauh aku tadahkan tangan, mengharapkan kau bahagia dengan jalan kau sendiri. bicara maaf untukmu. aku rendahkan ego diri, aku rendahkan rasa hati, aku memohon sejuta kemaafan daripada kamu. dari aku hamba yang penuh salah ini.

renungan diri. biar kalam berkata kata

ada kalanya kenangan dan ingatan kita terhadap kata kata atau perbuatan seseorang selalu sahaja bermain di dalam jiwa kita. saban masa kita akan terasa akan cerita lama yang sering kita ingat dan terus menghantui kita. terasa seolah menghiris dan meninggalkan kesan parut yang darahnya masih hangat. aku diam. kaku. aku teringat. sakit di dada terasa. sesak nafas bila teringat. aduh!

dan kita jua rasa, yang kita rasakan yang amat dalam jiwa. jangan biarkan hati ini diselimuti dengan rasa benci yang kuat hinggakan tiada nilai kemaafan yang dapat diluahkan dengan rela dan ikhlas. sesungguhnya kita manusia penuh dengan salah dan pasti akan kalah pada sesuatu.






Saturday, September 17, 2011

kesayangan saya

aku bukan hendak bercerita tentang percintaan aku. Ini berkenaan hal lain. ketamakkan aku. aku sudah kehilangan sesuatu yang sangat berharga dalam kehidupan, sesungguhnya, aku sangat menyesali perbuatan aku itu. keyakinan, kepercayaan dan keakraban yang terjalin punah sebegitu sahaja. namun, itu pilihan aku. yang aku rasa terbaik bagi aku. perkara ini akan memakan masa untuk pulih sedia kala semula.

kadang-kadang, aku memilih untuk menyendiri. menangis seorang diri. biar sepi itu menyelubungi. sepi  indah buat yang mengerti, walau derita yang ditanggung terkadang sepi itu membuat kita tenteram, mengajak hati menghayati setiap kejadian yang terjadi. bukan sepi yang membuat kamu sengsara namun sepi akan menyedarkan kita bahawa dunia ini tidak selalu indah. kerana kadang duri di dalam setiap cerita pasti ada dalam hati

masa takkan kembali kepada kita. apa yang kita lakukan, putuskan dan tinggalkan takkan kembali. aku sedar, aku tidak boleh terlalu bergantung pada seseorang kerana aku tahu setiap insan mempunyai kehidupan masing-masing. dan yang pastinya, kamu tidak akan memilih aku untuk bersama susah senang. aku terlalu banyak menusuk duri dalam hati. [aku tegaskan sekali lagi, hal ini bukan berkaitan dengan soal percintaan aku] dan aku juga sudah terlalu serik. lama aku fikirkan perkara ini. aku seimbangkan kelebihan dan juga kekurangan. namun aku masih kalah dengan hati. hati aku terlalu degil. aku utamakan dia. dia seperti adik aku. keluarga aku. sepatutnya, aku tak boleh benarkan begitu. aku takut dia lakukan sesuatu yang melukakan aku, seperti yang aku alami baru-baru ini. hinggakan aku terpaksa pergi. mengubat luka ini sendiri. aduh, sepi itu lebih baik bagi aku.

p/s: kadang rasa duduk di dalam sangkar emas adalah lebih mudah daripada melalui kehidupan sebegini.

Tuesday, September 6, 2011

apa yang saya suka

  1. saya suka makan! makan dengan banyak. tapi makan tak pernah abis sbb perut terlalu cepat penuh.
  2. saya suka makan buah, macam2 jenis buah. tapi saya tak suka makan apa2 yang berkaitan strawberri, timun, and apa2 buah yang boleh buat saya rasa mual.
  3. saya suka makan nasik! tapi saya tak suka makan nasik goreng. kenapakah? kalau makan confirm tak abis dan tekak rasa ta besh. really..
  4. saya suka berkawan, tapi bukan semua suka berkawan dengan saya. terima kasih rakan-rakan.
  5. saya suka keluar jalan-jalan tapi bila kat rumah mak ayah, saya lebih suka duduk terperap je dalam rumah kerana saya rasa selamat di sana!
  6. saya suka memasak tetapi saya lagi suka makan masakan orang. sebab bila saya masak, saya makan ciput jek dah kenyang.
  7. saya suka shopping tapi jarang jumpa barang yang saya berkenan. jimat duit saya.
  8. saya suka tidur, tidur dalam masa yang lama. tetapi lama-lama mesti saya akan sakit kepala bila bangun.
  9. saya suka orang kejut saya dari tidur, sebab saya jarang dapat sedar sendiri. tapi kalau saya tak puas tidur dan orang tu kejut dengan cara yang salah, kecian orang tu sebab mesti kena maki. (tapi hari tu saya istighfar bila kawan saya kejut dengan cara yang mengejutkan! satu pembaharuan bg saya)
  10. saya suka MOHAMAD HAFIS BIN JALANI, tapi saya masih perlukan masa untuk suka dia lagi banyak dari setakat suka tu.. ta faham? erk.. malas nak terang.
nota kaki: banyak pulak suka tak suka. diam2 sudah

Friday, September 2, 2011

untuk seseorang


Untuk seseorang bukan bermakna “seseorang” tu untuk seorang je, sebab aku nak cete pasal beberapa orang tp dispesifikkan kepada seseorang. Kalau korang tak faham, lantaklah! 

Firstly, Tak lambat lagi rasanya aku nak ucap selamat hari raya aidilfitri buat semua pembaca blog(bajet ramai orang baca). Aku kat kampong, tenet memang tade la kat sini. Line talipon pun kureng, hp kena lekat kat dinding jugak lagi. Tapi ada pembaharuan jugak, kampung aku dah ada jalan tar! Tar tau… yang berturap! Siap ada sign board okay! Jalan dari kampong aku, paloh ke kampong kedang. Line talipon kat sana (kat simpang okay, bukan kat tempat lain) full. But, celcom je ada. This is celcom territory. Tapi bukan aku nak msj sapa2, so aku berjalan-jalan je la sampai ke kedang. Ayah aku g petik buah pedadah (in melanau language, tatau nak translate camno). 

Nanti-nanti la aku cerita pasal kampong aku lagi. Aku compile kan sekali dengan kampong bonda aku. (bagi yang masih tak tau, paloh adalah kampong ayah aku, kanowit pula kampung bonda aku)

Untuk seseorang yang pertama,
Aku tak menyesal dengan keputusan aku. Biarkan aku hidup macam ni dulu. Terus terang, aku masih sayang dan cintakan kau. Bagi aku nikmati hidup ni dulu. Kalau jodoh kita kuat, kita pasti akan bersama. Insyaallah. Janganlah kau risau, aku belum mahukan apa-apa komitmen, so aku takkan pergi pada orang lain. Dan apabila aku dah bersedia nanti, aku akan bagitahu kau. Sama ada aku akan terus memilih kau atau tidak, aku tetap akan bagitahu kau. Kau pun tau antara kita ada “pengikat”. So, don’t worry too much. By the way, my mom likes u. and keluarga aku kat kampung banyak bertanya tentang kau. Aku tau kau baca blog aku, jadi aku still nak kau tahu, aku tak pernah lupakan kau, dan aku pasti takkan lupakan kau. Kau paling lama bersama aku, paling banyak bersabar, dan kau tahu semua tentang aku. Tapi isu kau hacked fb aku tu buat aku susah nak terima kau sekarang ni. Kalau tak percaya kat aku sekalipun, janganlah buat sampai macam tu sekali. Maafkan aku.

Untuk seseorang yang kedua,
Walaupun kau tak lama sangat kenal aku (dekat 4 tahun, lama la juga), tapi aku tak jangka benda jadi macam ni. Aku sayangkan kau, persahabatan kita ni. Bukan sekejap tau. Kau di antara kawan aku yang aku percaya, dan sampai sekarang aku susah nak terima hakikat benda jadi macam ni. Aku rindukan kau. Dah lama sangat aku tak bercakap dengan kau, sms dengan kau. Tapi tindakan kau macam aku ada buat salah yang maha besar kat kau. Besar sangat-sangat. Tapi aku tak tau apa salah aku pada kau, kau bagitahu aku. Sms pun boley. Aku tak kesah. Asalkan benda ni boleh pulihkan keadaan ni. Aku tau, tindakan aku lari dari kau tu satu tindakan yang salah, aku cuma boleh mengharapkan jarak ni akan memperbaiki hubungan ni. Tapi aku pun terkejut sekali lagi bila kau pun buat tindakan yang serupa. Aku dah tak tau macam mana nak perbaiki hubungan ni, bukan aku tak sms kau bertanya apa salah aku, siap mintak maaf lagi. Tapi sampai ke hari ni, sms dari kau tak kunjung tiba. Memang aku sedia maklum kau seorang yang keras hati, tapi tak jangka sampai begini sekali. “gan bak keban kau ta au salak kau mun mau mei pubak kat kau. Nak mejah kau gaya ih”. Takpelah kawan, aku mintak maaf sangat-sangat kalau aku ada buat salah pada kau. Kalau dah terbukak hati kau nanti, kau bagitahu aku apa salah aku. Dan aku mohon ampun sangat2. Aku memang bukan insan yang sempurna.

Kesempurnaan dalam berkasih sayang, bercinta dan berkawan bukan yang aku cari. Aku nak seseorang yang boleh aku bergantung harap apabila aku susah dan bergembira bersama bila aku senang. 

Aku juga macam perempuan lain, yang boleh bergantung pada seseorang yang bergelar lelaki. Walaupun aku lasak ke hapa ke, aku tetap nak mengada-ngada kat lelaki. Kalau tak tahu, bertanya pada orang yang tahu, belajar dan jadi seorang lelaki yang tahu banyak perkara. Sebab aku akan rasa seronok dan excited apabila apa je yang aku tanya, kau mampu menjawabnya dengan berhemah dan berilmu. Aku suka lelaki macam tu. Okay, aku bukan manusia yang sempurna juga, maaf. Demand pulak aku ni.

Aku akan cuba sedaya yang boleh untuk jaga hati semua orang, tolong orang bila memerlukan dan tak berkira walau sekecil zarah pun dengan sesiapa sebab mak dan ayah aku dah didik aku macam ni. Aku tak pandai sangat nak mementingkan diri sendiri, walaupun kadang-kadang aku bertindak seperti penjual ikan ni, jauh di sudut hati aku, aku masih tetap memikirkan orang lain. Sampai kadang-kadang perangai aku ni memakan diri aku balik. walaupun dengan kata-kata aku, aku cakap ‘aku takkan memaafkan orang tu sampai mati’ tapi akhirnya Allah lembutkan jugak hati aku untuk memaafkan orang. Aku sedar aku bukan sempurna dan aku pasti pernah buat salah pada orang, jadi dengan memaafkan orang, aku mengharapkan kesilapan aku juga akan dimaafkan suatu hari nanti.

Dahla, banyak pulak aku merepek ni. Kepada insan yang terlibat secara langsung dan tak langsung dalam entry aku kali ni, aku mintak maaf banyak-banyak sebab aku tau pasti ada orang akan berkecil hati dengan kata-kata aku ni. (siapakah? Hanya Tuhan saja yang tahu). See u.. =)

Nota kaki: aku lekas marah dan marah aku tak lama sebab aku malas nak marah lama-lama. Aku pelik tengok orang suka pendam amarah lama-lama. Bukankah amarah tu boleh memendekkan usia?