Saturday, November 26, 2011

kamu [sahabat]

kamu,
seorang yang kuat menongkah arus kehidupan dulu
sentiasa membantu tika aku memerlukanmu
akan bersedia menemani aku
kata katamu menjadi hikmah kepada aku

namun aku lihat kau makin lemah
semangat kau terus menerus hilang
aku kecewa
aku mahu kau terus tersenyum
apa yang berlalu biarlah berlalu
tabahkanlah hatimu

aku rasa diri aku lemah melihat kau lemah
aku lemah melihat insan sekeliling aku lemah
kemana aku bila kamu kamu semua memerlukan aku?
buntu...
diam...

maaf, aku memang bukan seorang sahabat yang cukup baik untuk sesiapa pun
maaf, aku seorang manusia yang terlalu banyak cacat celanya
maaf, aku telah berusaha untuk menjaga hati semua orang dengan sebaiknya


sungguhnya aku gagal
walaupun aku telah berusaha
menjadi yang lebih baik untuk kamu kamu

hanya mampu tinggalkan jejak dalam hidup kamu
maafkan aku sahabat

Friday, November 25, 2011

realiti hati

kadang kadang mimpi itu terlalu ngeri untu diterokai

aku marah, kecewa, sakit hati pada insan lain
namun selalunya si dia menjadi mangsa amukkan aku
kejamnya aku...

buntu.
kenapa aku sukar nak marahkan insan lain
sedangkan bila bersama si dia
aku lepaskan semuanya
salah insan insan lain
dia menjadi mangsanya

air mata mengalir
akibat terluka dengan kehidupan
dia tetap disisi
meminjamkan bahunya untuk dibasahi

namun
dalam pada itu
aku bersyukur dikurniakan seorang insan yang memahami
biarpun dia disakiti
tapi dia teguh berdiri disisi

mengharapkan bahagia ini terus disemi


p/s: Usah diratapi perpisahan dan kegagalan bercinta kerana hakikatnya jodoh itu bukan ditangan manusia. Atas kasih sayang Tuhan kau dan dia bertemu dan atas limpahan kasihNya jua kau dan dia dipisahkan bersama hikmah yg tersembunyi. Pernahkah kau terfikir kebesaranNya itu???

Wednesday, November 23, 2011

kasih sayang tiada sempadan

terima kasih
terima kasih
terima kasih

sebab cintakan saya
sebab sayangkan saya
sebab sukakan saya

saya sukakan awak
saya sayangkan awak
saya cintakan awak


p/s: I love You

bahagia itu hanya persinggahan

sekarang
hanya aku dan kamu

soalan: adakah kamu yakin denganku?
soalan: adakah kamu tahu perasaanku?
soalan: adakah kamu tahu mana komitmenku?

Jawapan:
aku yakin dengan kamu. cinta kamu. sayang kamu. perasaan suka kamu. tolonglah yakin padaku sebegitu juga. aku benar benar ingin memulakan hidup baru denganmu. aku suka, sayang dan cintakan kamu. benar. aku memang dah bersedia hidup denganmu. kamu? jadi, yakinlah pada suka, sayang dan cintaku ini. komitmen aku hanya pada kamu. pada ikatan kita ini. aku benar benar ingin bina hidup bersamamu.


maafkan aku sebab kecewakan kamu. hati ni menangis kamu tahu??

Tuesday, November 22, 2011

bahagia

apa erti kebahagiaan?

aku bahagia dengan hidup aku sekarang
harap berkekalan hingga ke akhirnya

p/s: sayang kamu <3

Thursday, November 17, 2011

perfection!

just nak share gambar yang memikat hati aku ;p







Wednesday, November 16, 2011

realiti ini

mimpi itu
penawar rindu
menutup duka seribu
.
.
.
.
.
kalau benar kamu milikku
pasti kita akan bersatu
hanya menunggu detik dan waktu
.
.
.
.
.
dalam hati tak siapa yang tahu
mungkin bukan kamu
namun aku tahu
aku yakin pada dirimu
.
.
.
.
.
jodoh itu rahsia illahi
menikmati bahagia hakiki




Andainya lelaki tahu rajuk seorang perempuan minta di pujuk,
Marah seorang perempuan perlu di dekati,
Sedih seorang perempuan perlu di dengari,
Gembira seorang perempuan ingin di kongsi,

nota kaki: dah lama tak menulis begini. hanya aku dan kamu

Tuesday, November 8, 2011

kahwin lari

“Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan sesuatu berpasang-pasangan, baik tumbuhan mahupun diri mereka sendiri dan lain-lain yang mereka tidak ketahui”


topik kita hari ni. KAHWIN LARI. topik dah lapuk ditelan zaman, tapi percayalah masih ramai yang buat. hish. manusia manusia.

tapi yang menariknya. kalaulah kahwin lari ni dapat restu mak ayah, kita takkan kehilangan keluarga kita, pastinya.. AKU ORANG PERTAMA AKAN BUAT! but the thing is, i won't do it! kenapa ye? benda baik pun, nak nikah. boleh nak elak maksiat. tapi parent tak kasi kahwin.

Tanggungjawab...
kau nak menjawab kat akhirat kelak? kenapa kau nak nikah, nak galas tanggungjawab sedangkan kau tak mampu lagi? nafkah zahir dan batin tu penting. tak usah kira la nafkah batin, kalau dah nama lelaki, nafkah batin memang diutamakan. yang penting sekarang nafkah zahir. kau dah mampu bela anak orang? nafsu lelaki ada satu, SEKS! nafsu perempuan ada sembilan tau, nafsu shopping, nafsu makan, nafsu barang barang kemas, and macam macam.(tak terhitung gamaknya)

but then, mama told me that, kat Malaysia ni senang cari makan. selagi kau ada tulang empat kerat, kau mampu dan sihat, kau boleh bela anak orang. kau masih belajar pun kau mampu nak bela anak orang sebab macam macam keje kau boleh buat. selagi benda tu halal.

yang penting sekarang tanggungjawab. sekali lelaki tu lafaz akad, sebeban tanggungjawab kau kena pikul. dosa isteri dosa kau. dosa kau, kau tanggung sendiri. nak bagi makan, minum, tempat tinggal, keselamatan untuk isteri. kau dah sedia?

Restu...
ada sesetengah ibu bapa yang masih rasa anak anaknya masih kecil. umpama baby. kalau dah umur 24 tahun tu, still young kah? ok, parent know us better than anybody else. zaman dulu mungkin ya. sekarang tak lagi. melainkan anak tu polos dan bagitahu semua benda kat mak ayah. pergi keluar makan pun bagitahu parent sedangkan parent kat selatan nun, kau kat utara sana. susah nak jumpa budak budak macam tu sekarang. really.

kalau macam aku, ya aku cerita macam macam kat mak ayah aku. tapi tak semua. every body has secret right? aku tak pernah cakap kat mak ayah aku yang aku nak sangat kahwin. why? i got my own reason. one of my reason is, parent aku nak aku sambung lagi study until i got my master. bila aku buat kira kira, paling cepat aku dapat kahwin masa umur aku 26. itu pun kalau aku sambung terus master after grad degree ni. mak ayah aku takkan percaya aku mampu jaga suami dalam masa yang sama aku belajar. sebab mereka dah nampak ramai macam tu... perempuan susah and tak mampu buat dua tanggungjawab yang besar dalam masa yang sama. walaupun mak ayah aku sambung degree, master and doctored masa mereka dalam sebuah ikatan perkahwinan. benda tu memerlukan satu pengertian yang sangat sangat sangat besar pada suami dan isteri kalau nak sambung belajar dalam masa yang sama tanggungjawab pada rumah tangga perlu dijaga. reasons kedua aku, memang aku jenis manusia yang tak mampu nak fokus dua benda dalam satu satu masa. see... my parent known me very well.

"kau nak bapak aku kejar aku dengan parang kalau aku nak kahwin sekarang?"

kenapa aku nak kahwin lari sedangkan benda tu akan menyebabkan aku membelakangkan keluarga aku? weii, serius! aku tak sanggup gadai keluarga hanya semata mata nak kahwin dengan lelaki yang aku kenal baru 4-5 tahun sedangkan mak ayah aku jaga aku dari aku mula bernafas kat muka bumi ni. KEDUA, kenapa aku nak kahwin lari sedangkan parent aku suka 'pasangan' aku, bagi aku berkawan dan bercinta dengan dia?weii, tunggu masa and green light je pun nak kahwin... bersabar sikit je.. tak salah pun kan?

Modal...


"Carilah untuk dijadikan maskahwin walaupun sebentuk cincin yang dibuat daripada besi."

(Riwayat Al-Bukhari Muslim)

sekarang ni, susah nak hidup kalau semata mata atas dasar cinta. puii, kalau kau nikah atas nama cinta semata mata. bini kau tu, kau nak bagi makan cinta? minum cinta? tempat tinggal cinta? anak anak kau tu, nak bagi susu cinta? lampin cinta? mati juga anak bini kau nanti kalau kau suap dengan cinta semata mata.  sungguhpun kegagahan seorang wanita tu terletak pada ketabahan dan rasa tidak takut pada kemiskinan, namun fikir sikit. dalam sejuta, berapa orang wanita je yang tak takut pada kemiskinan? aku takut, aku takut aku tak makan, anak anak aku tak makan. aku bukan seorang perempuan yang benar benar baik hingga langsung tak ada perasaan takut pada kemiskinan.


 “Satu dinar yang kamu nafkahkan di jalan Allah, satu dinar yang kamu nafkahkan untuk memerdekakan budak, satu dinar yang kamu berikan kepada orang miskin dan satu dinar yang kamu nafkahkan kepada keluargamu, maka yang paling besar pahalanya yaitu satu dinar yang kamu nafkahkan kepada keluargamu.”
(Hadis Riwayat Muslim)


berbalik pada perkara pokok, percaya pada satu perkara. DUIT BOLEH DICARI, rezeki Tuhan ada di mana mana. tinggal kau nak usaha atau tak je. sedangkan orang orang kafir pun Allah bagi rezeki, kalau kau rebah dan tak berdaya menahan dugaan hingga tak mampu nak menyuap keluarga (mencari rezeki) usah bermimpi nak berkahwin.

CONCLUSION..
“Barang siapa menikah, maka ia telah melengkapi separuh dari agamanya. Dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah dalam memelihara yang separuhnya lagi."
(Hadis Riwayat Thabrani dan Hakim)

kalau parent aku kasi aku kahwin awal, aku nak tapi tu atas dasar kehendak. bukan keperluan. aku mana mampu lagi... bila aku mampu nanti, itu satu keperluan kepada aku. sungguhpun dah jatuh hukum WAJIB untuk aku bernikah sekarang, yelah. dah lama asyik bercinta entah bila nak sampai masa untuk jumpa titik noktah.

nota kaki: JOM KAHWIN!!

Wednesday, November 2, 2011

kawan aku kejam

kawan ni kan.. pergi tag aku dengan pos dia. okeh. nak tau sgt kan pasal aku (bajet femes sat)

aku ditag oleh pemilik blog ni, kawan lama aku. cara cara benda ni berjalan adalah;


Step 1:Cakap 11 pasal diri korang yang orang lain tak tahu
Step 2:Jawab 11 soalan dari kawan lama aku yang tag aku
Step 3:Tag 11 orang,kenakan orang yang seterusnya.hahaha :p


Step 1: apa la agak2 yang korang tak tahu pasal aku?

  1. aku susah nak ingat nama artis artis. cuba tanya nama nama Rasul, aku pasti ingat. 
  2. aku memang suka baca novel
  3. aku tak suka k-pop tp aku layan je drama korea. 
  4. aku ni kadang kadang baik sangat sampai orang boleh pijak pijak aku. 
  5. tapi aku ni pun kadang kadang boleh jahat dengan orang sampai orang tu menderita nak mampus
  6. aku susah nak maafkan orang
  7. bakal jadi cikgu (well tak semua org tahu lagi)
  8. suka makan, tapi tak suka masak. (kecik masak sedap)
  9. tak suka makan benda pedas, perut sensetif pedas2 ni
  10. sedang cuba belajar untuk setia, and akan terus belajar
  11. weih, bapak aku tak bagi kawen awal. kena ada 'master' lu baru leh kawen. malasnya nak sambung belajar...
step 2: nak kena jawab pulak kawan aku punya soalan ni. kenapa nak tahu pasal aku ni?

  1. Lagu pe yang kalau korang dengar buat korang nanges or sedih???
  2. Movie pe yang korang tengok mesti tacing giler ahhh..
  3. Mana lagi korang suke??? Belaja ke Kerja??
  4. Korang suke makan apa??
  5. Korang suke keluar ngan member ke ngan bf/gf korang??
  6. Apa yang korang suke buat??kalau bley hari-hari mesti korang nak buat??
  7. Korang suke kumpol barang apa???
  8. Sape pelakon yang korang suke???
  9. Penyanyi, korang suke sape???
  10. Bile korang suke blogging??
  11. Ok tak blog Eira neh??Ce komen skett jer :)
ni jawapannya okeh?
  1. latest song la, So Far Away- Avenge Sevenfold. maksud dia mendalam sgt. tp ta nangis la. ta rock la nangis2 ni.
  2. SEPI. aku tgk banyak2 kali.
  3. belajar la makcik, keje banyak benda kena pikir. belajar boleh mintak duit kat mak bapak lagi. haha
  4. aku suka makan makanan yang orang masak, lagi2 cik kecik and cik intan masak. okeh, menjawab tak?
  5. keluar dengan bf lagi best sebab boleh paw dia. and boleh buat perangai kanak kanak mengalahkan bayi. kalau nak kata happy, keluar dengan bf and kawan memang menghiburkan! dan menghabiskan duit. yeay!
  6. berjalan jalan, meaning jelajah 1 malaysia. tp selalu ta dapat. duit tak penah mengizinkan keluar dari bandar batu pahat or bangi selalu. kalau rajin tiap sem aku g jejalan, tiap hari memang ta dapat la makcik.
  7. aku suka kumpul bil. contoh2nya, bil air, letrik, talipon, broadband. then aku g bayar cepat2. kalau bil talipon and broadband, selalunya aku bayar untuk 6 bulan terus. style kan?
  8. pelakon?? mak aih. nak kata addict tu taklah. aku suka tgk Vin Diesel berlakon. TENGOK je k, tak la sampai jd DIE-HARD-FANS.
  9. penyanyi? One republic. hahaha. mana mungkin aku suka penyanyi Melayu. 
  10. aku tak suka pun blogging. aku suka menaip je. hahaha. 
  11. makcik eira, blog kamu okeh je. kenapa? ko rasa tak ok ke? tapi aku ta minat pink -ada kaitan tak?
aku ada 11 soalan untuk orang orang yang ditag oleh aku... buktikan kejujuran korang. heee ;)
  1. pukul berapa sekarang? tengok jam dulu.
  2. korang berkawan dengan orang atas dasar apa? material? status sosial? memang nak berkawan? saja berhibur?
  3. adakah korang ni jenis manusia yang berkawan dengan orang hanya sekadar nak mengambil kesempatan? -maksudnya, untung dapat berkawan dengan "tutt" sebab dengan dia senang nak tiru assignment, banyak kabel or banyak duit. haha
  4. berapa orang friends dalam facebook/ myspace/ foller tweeter/ tagged korang? -salah satu je.
  5. dalam ramai ramai friends korang tu, berapa orang yang korang rapat?
  6. dalam ramai ramai yang korang rapat tu, berapa ramai yang korang rasa sanggup susah senang dengan korang?
  7. dalam beberapa orang yang sanggup susah senang dengan korang tu, berapa ramai yang korang percaya?
  8. antara orang yang korang percaya tu, berapa orang yang korang sayang? kalau tak sayang sorang pun, cakap je TAK SAYANG.
  9. mencabar tak soalan soalan aku ni?
  10. korang jujur ke tak jawan soalan soalan aku ni?
  11. berapa lama korang amik masa untuk menjawab 10 soalan di atas. hahaha
insan insan yang terpilih adalah
  1. cik eira, aku jahat, sila jawab soalan aku ni pulak. berani kau tag aku kan. haha
  2. ofcos la orang yang banyak aku sebut dalam entry ni, miss kecik.
  3. orang yang suka berblogging, cik amal.
  4. orang yang setia menunggu dan sayangkan aku, mr Apis.
  5. makcik yana, nama kau memang aku takkan tinggal.
  6. siapakah ini? ce teka...
  7. awek comel, kamukah? hahaha
  8. orang tak berapa aku kenal, tp awek ni aku pernah jumpa n mesej. cik eila ;)
  9. kawan teknik aku, awek cun tu... rama rama
  10. awek cun yang banyak tolong aku masa sekolah tak TIKL. miss....?
  11. ops, ni siapa ek
nota kaki: korang nak jawan ke tak, terpulanglah. tiada paksaan di sini ;p

Tuesday, November 1, 2011

kita hidup bermasyarakat

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)

setiap yang bergelar Islam perlu percaya ayat diatas.sungguh, akan terdapat sesetengah perkara akan kita benci  kerana pada kita perkara itu nampak buruk pada pandangan kita. pernah atau tidak kita bertanya pada orang orang yang lebih makan garam dari kita?

ada perkara baru yang dipelajari berdasarkan keadaan dan masalah insan insan di sekeliling. manusia mudah lupa. betul? sungguh mudah manusia melupakan orang yang sudah dikenal dalam satu tempoh yang lama untuk insan yang baru hadir dalam hidup dia. cuma ingat ini:

A wise man learns by the mistakes of others, a fool by his own.
-Latin Proverb-

sumber

kita hidup bermasyarakat, kita hidup bersosial, kita hidup pasti akan bergantung kepada insan lain yang berada disekeliling kita. kenapa membuang masyarakat sedangkan masyarakat banyak membantu kita? "kita datang bersambut, pulang haruslah berhantar". mana hilangnya norma norma masyarakat kini? sesedap rasa hidup senang lenang sedangkan terdapat orang yang ditimpa musibah bahana daripada sikap kita yang tamak haloba. pernahkah kamu terfikir bahawa kesusahan yang menimpa orang itu sangat membebankan mereka? sedangkan kamu ke hulu ke hilir tanpa memikirkan masalah yang menimpa mereka? kenapa kamu sangat mementingkan diri sendiri?

tahukah kamu Tuhan itu Maha Adil? tahukah kamu apa yang kamu lakukan hari ini akan memberi kesan pada kehidupan kamu pada masa akan datang? percayakah kamu sekarang ni apa apa perbuatan kita Allah bayar cash? 

peringatan ini untuk kita semua, renung renungkan dan selamat beramal.