Monday, May 28, 2012

rasional hidup

dah lama sangat tak update menantang ni memandangkan aku seorang yang tersangatlah sibuk! semalam aku date dengan member aku kat iceroom. ada beberapa soalan aku tanya dia
  1. ada tak rasionalnya kenapa perpisahan tu terjadi?
  2. adakah alasan dia tu memang kuat dan kukuh untuk teruskan perpisahan tu?
  3. adakah kau boleh hidup dengan "rahsia" dia? sanggup terima dia seadanya?
bukan aku berniat nak kondem orang okay? banyak pengajaran kita dapat dari sini. kalau perpisahan tu tak terjadi, mungkin kita akan jadi lebih kecewa, tertekan dan rasa hidup ni tak adil bagi kita nanti. mampukah kita tabah nak harungi hidup dikemudian hari? 

kita bercinta, kita gembira, kita bahagia. bila putus cinta, kita kecewa, akal mula tak rasional. mula fikir bukan-bukan. satu cara sahaja nak atasi, kita kena kuat. bila dah lama, hati dah tenteram, fikir balik. ada tak rasionalnya perpisahan tu terjadi. cari hikmah disebalik semua ni berlaku. 

The person we want to grow old with! seharusnya kita perlu terima pasangan kita seadanya. kalaulah dulu dia pencuri, perompak, perogol, pembunuh, kita harus terima. (kata cinta kan?). percayalah, masa tengah hangat bercinta kita akan kata, aku terima si dia seadanya. lepas dah lama bercinta, mula lah datang fikiran2 tak negatif tu. "ahh, dia bukannya baik sangat pun dulu". think again, kata-kata manis dulu mana?

Get Over it and enjoy your life! macam-macam cara kita akan jumpa kebahagiaan. dengan family, kawan-kawan.. hidup kita bukan ada dia sahaja. akan sampai masanya, bila kita benar-benar dah bersedia, Tuhan akan jumpakan kita dengan jodoh kita. tu kan janji Tuhan :) peace yo!

sesungguhnya aku teramat bersyukur dapat pendamping yang sangat tabah dan mampu terima aku seadanya. walau apa pun terjadi, dia yang tebaik pernah aku miliki. kalau bukan sebab aku alami perpisahan demi perpisahan dulu, mungkin aku tak kan jumpa dia. kalau benar jodoh aku dengan dia, memang aku bersyukur yang amat.

so, rasionalkan diri anda.