Thursday, April 4, 2013

Jawapan dan penjelasan

Assalammualaikum...

berita hot & spicy hari ni.. aku telah berjumpa dengan Mantan Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Ir Dr Wee Ka Siong bersama wakil BPSM & BPSH.. kepada sesiapa yang tak tahu apa benda tu, sila google.. Insha Allah ada jawapan kepada persoalan anda.

Berbalik kepada pertemuan td, jangan risau, tiada pertumpahan darah berlaku.

kami mula berkumpul kat presint 9, putrajaya. untuk berbincang apa yang patut ditanya dan buat kertas kerja. lama borak & berbincang, kami bergerak ke pejabat kementerian pelajaran. susahnya nak cari parking. last-last parking kat Alamanda. nasib baik tak lah jauh sangat. sanggup menapak.

pertemuan bermula jam 12 tengah hari. ramai pertikai kenapa WKS buat masa tu sedangkan parlimen bubar 11:30pagi. jangan salah anggap, kami berjumpa bukan dengan WKS je. perjumpaan ni bersama wakil dari BPSH & BPSM. salah seorang wakilnya Dr Roziah. <--siapa dia? cari sendiri

banyak perkara yang dijelaskan. ternyata kebanyakan kami berpuas hati. sebab alasan-alasan diberi tersangatlah kukuh. kenapa kukuh? sebab isu-isu ini sememangnya telah lama berlaku. aku tahu sebab mak ayah aku berlatar belakangkan bidang perguruan, malah pernah berkhidmat di BPG. mak ayah aku ke hulu k ehilir buat kajian yang sangat banyak. sampai tidak ada masa kat rumah. sedih! kadang-kadang hanya sempat berbual di telefon sekejap sahaja. cuma sekarang kerja mereka berkurang sedikit. ok. bukan nak cerita pasal benda ni.

isu-isu penempatan yang lewat ni banyak sebabnya... seperti yang dijangka, umur pencen dinaikkan. janganlah marah sangat. kajian dah dibuat berkenaan anjakan usia pencen ni. apa salahnya bagi orang-orang banyak pengalaman teruskan perkhidmatan mereka? tak perlu ulas sangat isu ni.

dan lain-lain isu yang aku taknak kupas panjang-panjang

  1. Sekolah kebangsaan sudah penuh. SJK pula memerlukan guru major atau minor BC/ BT untuk ditempatkan. Melainkan guru agama & bahasa melayu.
  2. Warrant dari perbendaharaan tak bertambah, namun lambakan guru sudah berlaku. 
  3. Kini sudah 3000 guru akademik berlebihan seluruh Malaysia
  4. SPP “Short Handed” (kekurangan tenaga kerja). Mereka seramai 14 orang menguruskan proses temuduga bagi 8000 orang (lepasan IPG/ IPTA) dan proses kenaikan pangkat guru sedia ada seramai 10 000 orang. Panel-panel temuduga yang dilantik adalah orang-orang luar yang tidak mempunyai kepentingan. 
Ok. pada pendapat aku. penjelasan yang beserta bukti ini, bagi  aku dah cukup. bukan tidak akan ada penempatan, insha Allah ada. cuma tinggal cepat atau lambat sahaja. kita berada dalam situasi sama. aku tak bekerja, tidak diinterimkan dan baru selesai interview. REZEKI ada dimana-mana. tinggal kita nak usaha atau tidak je. aku ni buat bisnes kecil-kecilan secara online. sekurang-kurangnya aku xperlu mintak duit belanja dari mak ayah. nak konvo pun kumpul duit sendiri ok? ~nak kahwin apatah lagi. hahaha

janganlah terlalu lantang bersuara kerana apabila orang minta kita bertindak, kita tak mampu nak bergerak. dan apabila kita lantang bersuara, janganlah kita tutup peluang orang lain untuk bersuara. mereka punya hak yang sama dengan kita. jangan terus nak patah-patahkan hujah orang. apa yang mereka cakap, itu pendapat mereka. seperti mana kita tidak suka orang menidakkan hak kita, janganlah kita menidakkan hak orang. 

buka minda, lihat dunia yang maha luas ni. kita tidak akan mampu nak puaskan hati semua pihak. apa yang aku tulis ni pun belum tentu semua orang akan berpuas hati. nak tahu macam mana rasa apabila kita buat sehabis baik, orang terus menerus menghentam kita, bayangkan dan letakkan diri kita dalam situasi mereka.

aku bukanlah manusia yang sempurna. perjumpaan ini dibuat atas dasar nak memuaskan hati ramai orang. SABAR ITU INDAH~


Monday, April 1, 2013

Setelah sekian lama

Lama dah tak update apa-apa kat blog. walaupun aku ada banyak masa terluang.

MASA TERLUANG????
oh ye... aku kan budak lepasan IPG yang tak dipostingkan lagi. jadi sekarang, aku menikmati "cuti" yang maha panjang ni dengan perkara-perkara yang sia-sia, kadang-kadang mendatangkan manfaat.

Disember 2012,


Peristiwa yang paling best berlaku. Keluarga MHJ datang meminang saya lah!!! Ok, dipendekkan cerita kami dah bersama. Bercinta 5 Tahun, akhirnya dah jumpa jalan untuk menghalalkan hubungan kami. Insha Allah. Doa-doakan kami ye. mudah-mudahan dipermudahkan semuanya.

Cuti-cuti ke Sarawak. niat sebenarnya nak bawa MHJ pergi jumpa dengan orang-orang tua di kampung. Alang-alang bersiar-siarlah kami di sana. KL-Kuching-Sarikei-Paloh-Sibu-Kanowit-Sarikei-Sri Aman-Kuching-KL. Masa ni dimanfaatkan sepenuhnya. oh yeaaaahhhh!!!!

Januari 2013,

saya dah tua! 24 tahun dah. hoho. Nothing special this month. Ok, noktah.


Febuari 2013,

Dapat tau interview bila. ok.... 7 Mac 2013 di Putrajaya. mak aih, sebulan lagi... dussss. apa nak buat?

Mac 2013,

Dah bosan menunggu berita bila nak posting... Hei, jangan cakap aku ni dok saja kat rumah! Walaupun aku "penganggur", aku ada tanam anggur tau! at least, aku tak minta duit mak ayah aku... ada duit poket sendiri... Bisnes kecil-kecilan secara online >>KLIK SINI<<.

Interview aku berjalan lancar, walaupun aku tergagap-gagap nak menjawab. Tapi Alhamdulillah, boleh. Insha Allah lulus.. Amin... (Doakan sekali ye). Panel tanya macam mana nak jana pemikiran kreatif kat murid-murid, jawab la! haha... apa beza soalan terbuka & tertutup. tertutup kejap mulut. 3 Domain taksonomi bloom, aku terlupa satu domain.. aiii... nasib baik aku ingat sikit-sikit.



CHANGLUN!!! Aku menghabiskan 3 hari 3 malam kat Kedah. Terima kasih kat tuan rumah, CIK Nurul 'Atikah sudi bawa aku jalan-jalan ke padang besar cuci mata, arau makan burger bakaq, Langkawi naik cable car, Alor Setar jumpa Mytan.. sangat seronok! tak puas lagi, tapi... (Malas nak habiskan ayat)

April 2013,

tunggu lagi, menunggu lagi... bilalah penempatan kami nak ada..

Nota kaki: bukan nak mengeluh kerana tahu Insha Allah rezeki tu ada. Aku bersyukur sebab diberi kesempatan yang sangat lama untuk dihabiskan bersama keluarga. Cuma mengharapkan satu hari nanti (yang pasti) aku dapat meringankan beban orang tua aku -BILA AKU DAH KERJA