Saturday, February 20, 2016

Aqilah Zulaikha

manisnya nama dia. hampir sama dengan nama mama dia, Adila Farhana. sedar tak sedar dah 11 bulan anak mama. anak mama yang mama dambakan dahulu. betapa sibuknya life selepas jadi mama ni. keutamaan hanya pada anak, suami barulah kerja. life berama kawan-kawan hampir tiada. masa yang ada hanya di tempat kerja iaitu sekolah. itupun masa breakfast, lepas tu sibuk dengan kelas dan lain-lain.

sepanjang jaga anak mama ni, alhamdulillah dia hanya demam 4-5 kali. tapi sekali demam mesati lama. kadang-kadang cecah seminggu. alhamdulillah juga Aqilah masih fully breastfeed hingga saat ini. makanan solid masih bubur yang dimasak ayahnya. ha ha ha. niat fully breastfeed bukanlah sebab nak anak sihat, bijak dan sebagainya. aku cuma nak bagi yang terbaik (bagi aku) untuk dia. setiap ibu nakkan yang terbaik untuk anak masing-masing. so apa pun pilihan anda, itulah yang terbaik yang anda mampu sediakan. susu aku pun dah semeriah dulu. masih ada, cukup-cukup untuk Aqilah. nasib dia banyak makan skrg. fuhh.. lega.

bab vaksin, maaf. aku bukan anti vaksin. malah semua vaksin anak aku ambil. termasuk vaksin pneumococcal yang berharga RM250.00 sekali suntik di hospital serdang. aku tak nak pertikai orang yang tak mahu ambil vaksin untuk anaknya, tapi pandangan aku, Malaysia banyak "pelancong" luar yang mungkin sihat atau tak, bawa penyakit atau tak. aku tak boleh tahan tengok anak aku melawan virus-virus tersebut dengan bersendirian. ini salah satu ikhtiar aku. 


Aqilah, mama sayang yang teramat sangat pada awak. awaklah penghibur mama, mampu menghilangkan penat mama dan penyejuk hati mama. i love u always.

Perjalanan ini terlalu indah! AKU MENGANDUNG!!! Kelahiran anak pertama

sambungan dari entry

Perjalanan ini terlalu indah! AKU MENGANDUNG!!! Part 2


ALHAMDULILLAH, ALHAMDULILLAH, ALHAMDULILLAH :)

Baby Aqilah Zulaikha Binti Mohamad Hafis selamat dikeluarkan dari rahim aku jam 10:58am 19/03/2015 bersamaan 26 Jamadilawal 1436H. Aqilah membawa makna "yang bijak" manakala Zulaikha pula bermaksud "kecantikan yang menawan".

al kisahnya, masa usia kandungan masuk 7 bulan, setiap kali scan baby, baby dalam keadaan breech. dalam bahasa melayunya, baby songsang. bontot di bawah, kepala di atas. ye, kepala baby Aqilah di rusuk kanan aku. tak pernah-pernah nak turun. Doktor di HUKM suggest untuk biarkan dulu baby pusing sendiri. tapi tak pusing-pusing. makin tipis harapan nak normal :'(

jadinya doktor buat suggestion kedua iaitu buat ECV. Hmmm.. sebelum setuju tu aku search la kat google. adakah ecv ni menyakitkan? rata-rata aku jumpa memang cakap sakit. ada yang tak sakit langsung. pelik! dan peluang pun 50-50 je. nak amik risiko? takpe, kita cuba dulu. jadi atau tidak, ketentuan Allah. 

jadi, pada 18 Mac 2015 aku pun buatlah ECV. memula sekali aku buat CTG, nak cek heartbeat baby. ada contraction, tapi slow je. lagipun masa tu kandungan aku dah 37 minggu 6 hari. lepas buat CTG, aku masuk dalam bilik kecik. 3 orang doktor dalam bilik kecik tu, seorang nurse. Dia scan dulu baby, untuk confirmkan kedudukan baby. bila dia confirm baby masih breech, terus dia mula,doktor muda, jeffry namanya. orang sabah. mula-mula dia seorang, pusing ke kanan tak boleh, ke kiri pun tak boleh. jadi doktor perempuan tolong dia (maaf tak ingat nama). dengan kekuatan 2 orang, baby pusing sikit ke kiri. tapi malangnya, kejap je. pastu dia balik ke kedudukan asal :'( . sakit! sakit yang amat! kau bayang la, benda dalam perut kau dipaksa untuk pusing. aku diam je sepanjang proses, tak keluar suara langsung. tapi air mata mengalir. sebab sakit. selepas beberapa kali cubaan gagal, doktor pun cakap, ECV failed! hurm, aku redha dalam keadaan sakit. doktor2 macam pelik kenapa aku tak bersuara. dieorang cakap aku kuat. kuat tu memang kuat, tapi sakit oi! jadi doktor jeffry tanya bila nak czer? seriau aku dengar. aku cakap ikut doktorlah bila yang terbaik. masa tu tengah cuti pertengahan semester, aku boleh rilek2 la. doktor jeffry cakap esok jelah czer, tunggu-tunggu pun nanti czer gak. aku dengan hafis pun pasrah. ok je.

Aku kononnya dah bersedia untuk czer akhirnya tewas. ha ha ha. sebelum masuk bilik bedah tu, hafis tunggu aku. dia teman aku sambil disorong masuk ke bilik bedah. aku rasa nak melompat turun dari katil dengan perut yang boyot tu. takut wei :'(. takut sangat! Hafis terpaksa tunggu di luar bilik bedah. jam 10 pagi aku masuk. masa doktor tu nak bius aku, dia pesan sakit sikit eh? siap suruh aku peluk bantal. wei, mana nada sakit sikit. macam kena terajang padu dekat belakang. kah kah kah. tapi jap jela. lepas tu half badan aku tak rasa apa-apa. doktor tu geletek tapak kaki aku, tapi memang tak rasa. (dah nama kena bius kan?)

proses tu, satu demi satu aku tengok pada pantulan cermin pada lampu. dari saat doctor baca bismillah, dia melukis atas perut tu, potong layer by layer. takut? opkos. tapi aku nak tengok (sampailah aku boring). air ketuban aku dieorg pecahkan dan sedut, then aku nampak baby biru keluar dari rahim aku, rahim aku beb! badan Aqilah masih berlendir-lendir. dia letak atas dada aku. sebak gila masa tu, tapi tak nangis. aku pegang dia jap je, dia cari p*ting aku. pandai anak mama nurse cakap then dia dibersihkan dan dibawa ke wad. aku pulak, tunggu tunggu dan tunggu doktor habis jahit aku. lama kot! tima ni la aku bosan. dah la bilik sejuk. Pukul 12 macam tu, aku keluar bilik bedah tapi masih ditempatkan dekat area-area tu juga untuk pemantauan oleh doktor bius. macam nak tunggu bius tu habis. aku dah mengantuk gila masa tu. 

pukul 1 aku keluar dari area tu! hafis orang pertama aku nampak. muka dia penuh kerisauan. bak kata nurse kat situ, suami awak tak keruan, kejap ke atas, kejap ke bawah. bilik bedah bawah, wad kata atas. aku tanya dia napa ke atas? Dia jawab, Aqilah kat wad dah. aku tak nampak qila sepanjang hari tu dah. memang aku tengok dia masa dalam bilik bedah td jelah. aku muntah-muntah, apa sahaja yang masuk dalam perut akan keluar semula termasuklah air mineral. badan pula gatal-gatal dan aku mengigil sepanjang masa. padahal aircond tak kuat mana, kipas pun tak laju. Hafis teman sampai tengah hari tu, then dia rushing balik untuk tanam uri Aqilah. pastu rushing pula tengok aku petang tu, kasihan dia.

esoknya aku dapat bersama aqilah. dia menangis sepanjang malam. nak aku peluk je sepanjang masa. dengan luka masih baru, aku gagahkan duduk dan susukan dia walaupun masa tu susu aku tak keluar lagi. sampai luka-luka p*ting aku. tabahkan juga. lastnya, luka aku terbuka sikit. kah kah kah. kena jahit buat kali kedua. seteah 4 hari (abu-sabtu) aku dok dalam wad, akhirnya dengan berat hati, doktor lepaskan aku keluar. tobat lepas ni taknak keluar wad sabtu and ahad! JAUH, JAUH DAN JAUH nak ke pintu keluar. kerusi roda tak ada. so dengan perlahan-lahan aku BERJALAN keluar. hampir semua pintu tutup. nak nangis gak masa tu. adoi! sakit!

hafis bawak aku balik rumah mak aku dan berehatlah aku dengan tenangnya dengan Aqilah yang comel. hiiii~

ni dia nangis sebab meneran isi (orang tu-tua cakap)




gambar pertama Aqilah Zulaikha