Showing posts with label Jiwa Jiwang. Show all posts
Showing posts with label Jiwa Jiwang. Show all posts

Thursday, June 25, 2015

Perjalanan ini terlalu indah! AKU MENGANDUNG!!! Part 2

eh wei.. aku dah habis pantang pun.. punya la lama nak ambil masa untuk update! :')

sepanjang aku mengandung, tak ada la teruk mana pun. for me lahhh. sebab setiap badan lain-lain. tak boleh la nak samakan antara satu sama lain. cuma aku melampau-lampau penat! well, biasalah tu. kau dari badan sekeping tetiba jadi muatan berat. lebih-lebih lagi bila dah hujung-hujung!

awal aku mengandung, ada la beberapa siri mabuk and muntah. tapi tak teruk. masih mampu makan dan minum. ada setengah orang tak boleh tengok itu ini, nanti muntah. tak boleh hidu bau itu ini, nanti mabuk. Alhamdulillah aku ok! hoyeahhhh! muntah sikit-sikit tu biasa laaaa~ manja! hiks.

then masa pertengahan kehamilan (cewahhhh), aku ada anemia. apa nak heran, berat tak selari dengan tinggi. ringan bebenar. so, kena on ubat. obimin je aku boleh telan. cooper? confirm pening sepanjang hari. aku sangat berdisiplin dalam makan ubat tau. baikkan aku? then, masalah kedua, hidung selalu berdarah! dah elok-elok ambil wudhuk, tetiba hidung berdarah. terpaksa tunggu sampai darah hilang baru boleh solat. hmm... aku ada pengalaman pitam kat tandas sekolah. oh yeah! tetiba gelap. nasib baik kejap je dan aku sempat berpaut pada dinding. masa tu perhimpunan sekolah. aku berdiri lama sebab ada nyanyian lagu (Negaraku, lagu wilayah dan lagu sekolah). then aku rasa kepala aku macam berat and pening-pening. mata aku dah tak boleh fokus. perut pun dah mula rasa tak sedap. so aku naik dan terus ke tandas. sampai je tandas, gelap jap.. then tersedar! fuhh.. nasib baik tak terhantuk je kat singki tu.

kalau bab scan ni, aku prefer pergi swasta sebab doctor akan terang habis-habis dan boleh mintak gambar scan. nak simpan. kenangan tu! kalau kat cheras, aku pergi medivron bandar sri permaisuri je. best sebab doc akan tunjuk mana kepala, tangan, kaki.. ketuban berapa bacaan, anggaran berat baby, heartbeats baby. best. bila dia pasang mic lg best. laju je heartbeat baby. tapi bila nak tgk jantina, baby suka tutup! last-last dia tunjuk juga. kalau kat bangi pula, aku suka pergi klinik as salam. 2x aku pergi untuk detail scan dan 4D scan. berbaloi walaupun mahal sikit. doc terang habis-habis and aku dapat CD. boleh aku tunjuk kat baby bila dia dah besar nanti. TAPI, setiap kali pergi scan perasaan aku bercampur baur. happy, terharu dan tak disangka-sangka aku akan melalui pengalaman ni. sangat bahagia!

masuk penghujung pregnancy. muatan makin berat. kalau bab temujanji KKIA (terima kasih misi KKIA Bandar Tun Razak yang sgt baik), temujanji HUKM.. aku tak pernah miss! baikkan aku? sangat berdisiplin. masa penghujung pregnancy ni la jadi penyebab aku akhirnya kena czer! wei, kena bedah tuuu... bab ni nanti iols cerita! sambungnya selepas entry ini (mungkin 2-3 bulan lagi kot. hiks!)

p/s: tujuan aku menaip kat blog ni supaya aku tak lupa, betapa aku menginginkan anugerah ini berlaku pada aku. Anda suka atau tidak, terpulang kepada anda. Kepada yang masih berusaha, teruskan berusaha, berdoa, berdoa, berdoa! In sha Allah, Allah akan makbulkan. Amin ^_^

Monday, December 15, 2014

Perjalanan ini terlalu indah! AKU MENGANDUNG!!! Part 1

Menjadi lumrah setiap wanita (cehhh, guna perkataan wanita dah sekarang!) teringin mempunyai zuriat sendiri dengan rahim kurniaan Illahi pada tubuh kita sendiri. Rasa teringin itu akan semakin membuak-buak apabila kita selamat diijab kabulkan. Eleh, macam desperate je kau ni kan?? -_-?

Sebenarnya, niat untuk mendapatkan zuriat ni bermula sejak aku selamat diijab kabulkan bersama Mr MHJ aku ni. Walaupun aku agak ganas orangnya, panjat sana sini, berlari sana sini, bercakap agak kasar tapi naluri tu ada. Entah kenapa. Jadi aku dan Mr MHJ ni berusaha la sejak hari pertama kami bernikah, gelojoh tak??

Hari demi hari, bulan berganti bulan. Nasib baik tak sempat tahun berganti tahun je. Cukup 8 bulan selepas kami hidup bersama aku disahkan mengandung!!!! HOYEAHHHHH! aku subur... eh? Ada la bulan-bulan aku pernah menangis kat pangkuan suami aku bila aku period. Dia lah pujuk aku setiap bulan. Terima kasih Mr MHJ! Love u! Aku mungkin nampak strong kat luar, tapi hati tisu!

Part ni paling best. Honestly, kau suruh la aku makan apa pun, aku makan 2 3 kali, pastu taknak dah. Means apa-apa ubat or supplement memang takkan jalan dengan aku. Sebab aku bukan seorang yang istiqamah dalam melakukan sesuatu. So, sebelum aku disahkan mengandung ni, aku pergi berurut. Masa tu sebelum puasa. Dah dekat-dekat nak "datang bulan" dah tu sebenarnya. Tapi, redah jelah. Tak salah mencuba. Jauh aku pergi, sampai ke JELEBU, NEGERI SEMBILAN. Ha.. Hamik kau! Tapi kan, makcik tu urut best. Rahim aku senget ke kiri katanya. Masa dia tengah urut tu, aku dapat rasa macam organ aku di pegang seketul macam tu then letak balik. Ahhh.. korang bayang la sendiri eh? Ok cukup pasal berurut. Nak nombor makcik tu, mai PM aku. Kah3 ^_^

Pastu aku datang bulan macam biasa, then tak puasa selama 5 hari, pastu puasa.. macam biasa. Masa tu tinggal 3 hari lagi nak raya. sepatutnya period aku dah datang. period aku ting tong gak tapi beza 2 3 hari je. tu kira ting tong juga eh? biarlah! aku dah berdebar, padahal setiap kali period aku lambat aku memang akan jadi tak tentu arah. Laki aku sabar je dengan kerenah aku. So aku pun apa lagi, jalankan misi memujuk laki aku untuk beli pregnancy test! Last sekali kitaorang beli yang biasa punya, tak sampai RM10 kat guardian warta tu. Lupa nak inform, aku rasa rumah mentua, jadi kat bangi je la aku.. >.<  Aku ni bukanlah seorang manusia yang penyabar orangnya, balik je dari warta terus ke bilik air, test! nampak tak gelojoh kat situ? hahaha. So dah check, tunggu la. Lambat pulak line ni nak muncul. Masa tu nak tak nak kena sabar. Mula-mula aku nampak 1 line je, ada rasa kecewa gak dalam diri. Tapi lama-lama aku nampak lagi 1 line samar-samar. So total 2 line!!!! Aku gosok mata aku, aku tak percaya. Masa ni mata dah bergenang, sebab antara rasa happy dengan tak percaya tu bercampur baur. Tapi masa line kedua tu dah nampak, aku terlompat sikit. Rasa nak sujud syukur dalam tu juga. Kejadian ini semua berlaku dalam BILIK AIR hokay! Aku keluar la dari bilik air pastu nampak Mr MHJ dengan muka selamber dia. Muka tiada perasaan, macam biasa. Ish dia ni, selalu spoilkan mood. cuba la buat muka excited ke, pura-pura nak tahu ke... takpe, oleh sebab aku dah biasa, aku abaikan reaksi muka dia. hahahahhaha. Love u sayang! Aku pun bagitahu la dia, tapi itu la aku cakap tadi, dia takde reaksi yang spesifik. sampai sekarang aku susah nak baca perasaan dia, walaupun dah dekat 7 tahun kenal dia.

Keluarga aku antara yang pertama tahu benda ni. Ops. i memang tak pandai nak rahsia-rahsia. Berita gembira, kongsi-kongsi la. Kawan yang rapat dengan aku pun tahu juga. Yang bab expose kat insta tu lepas aku buat 2D scan. sebab nak confirmkan. sebab keraguan aku tu masih ada. rasa tak percaya tu menebal sangat walaupun dah berkali-kali aku test pakai pregnancy test! KANTOI. hahaha. Ok, kat bawah ni gambar ultrasound tersebut.


untuk bulan-bulan seterusnya, nanti aku sambung. Malas pula nak menaip! Jumpa lagi di Part 2!

p/s: tujuan aku menaip kat blog ni supaya aku tak lupa, betapa aku menginginkan anugerah ini berlaku pada aku. Anda suka atau tidak, terpulang kepada anda. Kepada yang masih berusaha, teruskan berusaha, berdoa, berdoa, berdoa! In sha Allah, Allah akan makbulkan. Amin ^_^

Friday, October 25, 2013

Tuesday, March 13, 2012

this i promise you

When the visions around you,
Bring tears to your eyes
And all that surround you,
Are secrets and lies
I'll be your strength,
I'll give you hope,
Keeping your faith when it's gone
The one you should call,
Was standing here all along..

And I will take
You in my arms
And hold you right where you belong
Till the day my life is through
This I promise you
This I promise you

I've loved you forever,
In lifetimes before
And I promise you never...
Will you hurt anymore
I give you my word
I give you my heart (give you my heart)
This is a battle we've won
And with this vow,
Forever has now begun...

Just close your eyes (close your eyes)
Each loving day (each loving day)
I know this feeling won't go away (no..)
Till the day my life is through
This I promise you..
This I promise you..

Over and over I fall (over and over I fall)
When I hear you call
Without you in my life baby
I just wouldn't be living at all...

And I will take (I will take you in my arms)
You in my arms
And hold you right where you belong (right where you belong)
Till the day my life is through
This I promise you baby

Just close your eyes 
Each loving day (each loving day)
I know this feeling won't go away (no..)
Every word I say is true
This I promise you

Every word I say is true
This I promise you
Ooh, I promise you...



credit to: LINK


terima kasih sayang ;) <3 <3 <3 mohamad hafis.


Tuesday, February 28, 2012

cinta ini sakit

maaf sebab sakitkan hati kamu
maaf sebab aku tak mampu menjadi sebaik kamu
maaf sebab aku terlalu sayangkan kamu

maaf
maaf
maaf

aku sudah terlalu letih

Tuesday, January 24, 2012

aKu kAu & mEreKa

PENTING
kau dan mereka sama sama penting, tapi tahukah kau bahawa kau lebih penting. kedudukan kau dalam hati aku adalah teratas. kau kekasihku, mereka hanyalah sahabatku. dan apabila aku sah menjadi milik kau, kita akan sentiasa bersama, mana mungkin aku mempunyai banyak masa seperti sekarang untuk bersama mereka.

SAYANG
benar, aku sangat sayangkan mereka. mereka itu sahabat aku. walaupun kadang kala hati ni terguris sebab mereka, tapi ingat jua sayang, aku bukan insan sempurna. pastinya aku pernah mengguris hati mereka. sebab itulah sayang aku pada mereka tetap ada. tapi kau berbeza. suka aku, sayang aku, cinta aku hanya pada kau. tiga perasaan yang pastinya ada untuk kau. aku hanya sayangkan mereka, namun aku suka, sayang and cintakan hanyalah kau.

sayangku,
kalau mahu aku menceritakan perbezaan kamu dan mereka, terlalu banyak sayang. terlalu banyak. kau teristimewa dalam hati aku. kau berbeza pada pandangan aku. apabila aku bersama kau, aku tak perlu berpura pura, aku tak perlu asyik memikirkan kesan dari tindakan aku, kepala aku tidak berat memikirkan cara menjaga hati orang. aku hanya boleh jadi diriku sebenar bila bersama kau.

sayangku,
kau kesayangan aku. kau cinta hati aku. kurangnya kamu, aku terima seadanya. walau hati ni kadang mengeluh. kau tidak seperti yang aku jangkakan. aku berusaha menerima kau sebaik baiknya. aku perlahan lahan menegur mana yang boleh aku ubah, supaya kau mampu hidup tanpa bergantung pada aku. kerana kau lelaki, yang akan menjaga aku nanti. tempat aku bergantung harap pada kemudian hari. bukan aku berniat ingin mengubah kau seperti lelaki idaman aku, cukuplah sekadar kau mampu menjadi lelaki yang mampu menjaga aku.

sayangku,
aku tahu mana silapku. sikap panas baran aku, hanya kau yang tahu dan faham. hanya kau yang mampu menerimanya. sikap dan perangai aku yang hanya kau yang tahu. berilah ruang pada aku, sebagaimana aku memberi ruang pada kau untuk berubah. maafkan aku, kerana aku sedar mana silapku.

cintaku,
aku tak perlukan lelaki yang kaya, kerana aku mampu menunaikan sendiri kehendak aku tanpa meminta darimu. aku tak perlukan lekaki yang kacak, kerana aku bukanlah seorang perempuan yang cantik. cukuplah sekadar sedap mataku memandangmu, sejuk hati melihatmu, kenyang perut bersamamu. aku tak perlukan lelaki yang gagah, cukuplah sekadar yang mampu melindungiku apabila aku kesusahan. aku tak perlukan lelaki yang mulia untuk membimbingku, lelaki yang baik bersamaku kerana aku bukanlah gadis yang mulia dan baik. cukuplah sekadar lelaki yang mampu melayani kehendak dan kerenah aku yang pelik.

aku tahu suka kau, sayang kau, cinta kau hanya untuk aku. aku yakin tentang itu. tapi sayang, aku juga yakin jodoh itu datangnya dari Tuhan yang Satu.

ingatlah sayang, SUKA, SAYANG dan CINTA aku padamu sahaja kerana aku hanya ada kamu bergelar kekasihku.

Sunday, January 15, 2012

dimana kekurangan itu?

langkah demi langkah. masa berlalu terlalu pantas. tapi hati tetap bersyukur kerana masih mengharap masa itu merubah segalanya. impian yang dibina dulu kian kabur digantikan dengan harapan yang baru. aku dah semakin melangkah laju, meninggalkan kenangan itu untuk mencari ketenangan. biar tetap disitu. malas... *mengeluh.

semakin banyak kita memberi, semakin banyak kita terima. itu janji Tuhan. walaupun kedua duanya aku lakukan, aku tetap ada rasa kekurangan. tapi apa? di mana? aku sudah penuhi banyak kehendak nafsu serakah aku yang gila membeli barang barang gadjet ni. aku sudah berada dalam zon selesa. sangat selesa.

**harta menimbun kalau dikikis setiap hari pun boleh jadi kontang juga

aku tetap akan masih mencari mana kekurangan itu.

harapan dan impian 2012:
  1. ....
  2. ......
  3. ........
  4. ..........
  5. ..............
macam tiada je. dah, senyap. **masalah jiwa disini

perancangan awal tahun semuanya berjalan lancar. plan A tak jadi, plan B ada. Tuhan ada untuk membantu meringankan beban hambaNya.
  1. pointer naik mendadak. Alhamdulillah, dari sem 3 tak pernah turun turun lagi. harapnya akan naik atau terus kekal begitu hingga tamat pengajian. insyaallah akan diusahakan walaupun masih berniaga.
  2. dah dapat rumah sewa di tempat berdekatan dengan sekolah. alhamdulillah, murah dan selamat. jimat duit minyak kereta dan insyaallah tak letih sangat badan nanti.
  3. rezeki masih ada walaupun tak menentu. tak perlu meminta bantuan mak ayah lagi buat masa ni, insyaallah akan cuba dikekalkan.
  4. masih mampu tersenyum dan menjalankan tanggungjawab yang diberi sebaik baiknya dan sejujur jujurnya tanpa mengeluh. harapnya sikap ini akan berkekalan hendaknya.
  5. masih mampu menghadapi dugaan yang datang, walaupun sedikit goyah tp masih mampu terus melangkah.

++saya masih kuli, belum mampu jadi bos. nanti satu hari, saya pula jadi bos++
"petikan kata kata rakan saya"

Broadband aku jual
Baju aku jual

**blog kekasih saya :') terharu**

Tuesday, December 13, 2011

insan hina

Tuhan
telah buka mata seluas luasnya
memandang dunia yang penuh duri, penuh sakit
aku tahu banyak dosaku
mana mungkin insan sehina aku mampu menjaga semua hati
mana mungkin insan sehina aku sentiasa ada untuk kamu semua
mana mungkin insan sehina aku menjadi sempurna dimata kamu
mana mungkin insan sehina aku berpandangan baik dalam semua perkara

mana mungkin...

kamu tahu, dalam hati ini ada apa?
kamu tahu, dalam akal ini ada apa?
kamu tahu, dalam jiwa ini ada apa?

aku bersyukur atas nikmat Tuhan beri
sungguh aku terlalu menghargai setiap detik yang berlalu
aku cuba yang terbaik dalam apa aku lakukan
jika diam itu lebih baik, maka aku akan diam.
[walau hati retak seribu]

Tuhan
sangat adil dalam semua perkara
hanya manusia yang sering berlaku tak adil
dear love, apa yang kamu beri, itu yang kamu akan terima
[God never failed us]

kadang kala
apa yang kita rasa benar
apa yang kita lakukan betul
sebenarkan menyakitkan insan disekeliling kita
lebih lebih lagi yang amat menyanyangi kita

link
Tuhan, tolong lembutkan hati dia. untuk terima aku seadanya
[terima kasih sayang]

sungguh.
aku mahu membawa diri jauh dari sini
aku perlu jaga hati aku sebaik baiknya agar tidak retak lagi

nota kaki: masih ada ruang kemaafan? ....tiada....

Sunday, December 11, 2011

thanks to them

kau tahu? aku sungguh sayangkan mereka. mereka ada ketika aku dalam kepayahan. sungguh ribut itu terlalu kejam meniup segalanya, namun mereka terus teguh berdiri disisi. aku harap mereka faham. mereka tahu. mereka hargai. betapa aku menghargai nikmat bersama mereka. sungguhpun dulu tak sama seperti kini, namun kenangan dan ingatan itu masih segar dalam diri. siapa yang pergi, siapa yang teguh disisi dan siapa yang langsung tak mengerti. 

siapa dapat meneka masa hadapan?




dahulu aku kesusahan, aku ada mereka ini untuk menyeka air mata dipipi. [usah dikenang kisah lalu]
=====================================================
kini






kini aku ada mereka dihati. siapa yang tiada. 
memang kamu tak penting bagi aku.

Friday, November 25, 2011

realiti hati

kadang kadang mimpi itu terlalu ngeri untu diterokai

aku marah, kecewa, sakit hati pada insan lain
namun selalunya si dia menjadi mangsa amukkan aku
kejamnya aku...

buntu.
kenapa aku sukar nak marahkan insan lain
sedangkan bila bersama si dia
aku lepaskan semuanya
salah insan insan lain
dia menjadi mangsanya

air mata mengalir
akibat terluka dengan kehidupan
dia tetap disisi
meminjamkan bahunya untuk dibasahi

namun
dalam pada itu
aku bersyukur dikurniakan seorang insan yang memahami
biarpun dia disakiti
tapi dia teguh berdiri disisi

mengharapkan bahagia ini terus disemi


p/s: Usah diratapi perpisahan dan kegagalan bercinta kerana hakikatnya jodoh itu bukan ditangan manusia. Atas kasih sayang Tuhan kau dan dia bertemu dan atas limpahan kasihNya jua kau dan dia dipisahkan bersama hikmah yg tersembunyi. Pernahkah kau terfikir kebesaranNya itu???

Wednesday, November 23, 2011

kasih sayang tiada sempadan

terima kasih
terima kasih
terima kasih

sebab cintakan saya
sebab sayangkan saya
sebab sukakan saya

saya sukakan awak
saya sayangkan awak
saya cintakan awak


p/s: I love You

bahagia itu hanya persinggahan

sekarang
hanya aku dan kamu

soalan: adakah kamu yakin denganku?
soalan: adakah kamu tahu perasaanku?
soalan: adakah kamu tahu mana komitmenku?

Jawapan:
aku yakin dengan kamu. cinta kamu. sayang kamu. perasaan suka kamu. tolonglah yakin padaku sebegitu juga. aku benar benar ingin memulakan hidup baru denganmu. aku suka, sayang dan cintakan kamu. benar. aku memang dah bersedia hidup denganmu. kamu? jadi, yakinlah pada suka, sayang dan cintaku ini. komitmen aku hanya pada kamu. pada ikatan kita ini. aku benar benar ingin bina hidup bersamamu.


maafkan aku sebab kecewakan kamu. hati ni menangis kamu tahu??

Tuesday, November 22, 2011

bahagia

apa erti kebahagiaan?

aku bahagia dengan hidup aku sekarang
harap berkekalan hingga ke akhirnya

p/s: sayang kamu <3

Wednesday, November 16, 2011

realiti ini

mimpi itu
penawar rindu
menutup duka seribu
.
.
.
.
.
kalau benar kamu milikku
pasti kita akan bersatu
hanya menunggu detik dan waktu
.
.
.
.
.
dalam hati tak siapa yang tahu
mungkin bukan kamu
namun aku tahu
aku yakin pada dirimu
.
.
.
.
.
jodoh itu rahsia illahi
menikmati bahagia hakiki




Andainya lelaki tahu rajuk seorang perempuan minta di pujuk,
Marah seorang perempuan perlu di dekati,
Sedih seorang perempuan perlu di dengari,
Gembira seorang perempuan ingin di kongsi,

nota kaki: dah lama tak menulis begini. hanya aku dan kamu

Sunday, October 30, 2011

aku harap kau mengerti


memulakan sebuah kisah percintaan amatlah mudah, mempertahankannya adalah satu tugas yang sukar, memutuskannya lebih terseksa. meninggalkanmu tanpa satu alasan yang cukup kuat bukanlah bererti tiada lagi rasa cinta di dalam. meninggalkan kisah kita ini menjadi beban kepadaku, kerna aku tahu jauh dilubuk hati yang paling dalam, aku masih memerlukanmu.

telah aku cuba sebaik mungkin untuk menjaga hati aku agar tidak berpaling dari terus mencintaimu. namun sepertinya segala yang kita rancang tidak mengikut arahnya. Tuhan mungkin ada rancangan yang lebih baik. jika benar kamu mengerti dan mengenaliku sepenuhnya, kamu haruslah faham mengapa aku sebegini. mungkin aku hilang arah, mungkin aku tersesat dalam mencari sinar, mungkin.. mungkin.. mungkin... lidah kelu untuk meneruskan kata kata


bukan aku hendak kejarkan apa dalam hati sekian lama, namun mengertilah. aku mahu sendiri. biarkan aku begini.

duhai kekasih.. aku percaya perpisahan ini punyai hikmahnya sendiri. punyai sandaran hati akan suatu cerita.. bukan kerana tiada lagi cinta...

far far away
dan saat apa yang kita hayati itu semakin hampir akan sesuatu yang kita tertunggu tunggu. di dalam meninti perjalanan yang kita sendiri mahukan. semakin hari semakin kita melihat betapa pasti akan meriahnya hidup berdua.. kerana berdua itu setelah halal adalah yang kita tunggu tunggu..

agar lepaskan saja diriku...

"So Far Away"

Never feared for anything
Never shamed but never free
A life to heal the broken heart with all that it could
Lived a life so endlessly
Saw beyond what others see
I tried to heal your broken heart with all that I could

Will you stay?
Will you stay away forever?

How do I live without the ones I love?
Time still turns the pages of the book it's burned
Place and time always on my mind
I have so much to say but you’re so far away

Plans of what our futures hold
Foolish lies of growing old
It seems we’re so invincible
The truth is so cold

A final song, a last request
A perfect chapter laid to rest
Now and then I try to find a place in my mind

Where you can stay
You can stay away forever

How do I live without the ones I love?
Time still turns the pages of the book it's burned
Place and time always on my mind
I have so much to say but you’re so far away

Sleep tight, I'm not afraid
The ones that we love are here with me
Lay away a place for me
Cause as soon as I'm done I'll be on my way
To live eternally

How do I live without the ones I love?
Time still turns the pages of the book it's burned
Place and time always on my mind
And the light you left remains but it’s so hard to stay
When I have so much to say but you're so far away

I love you
You were ready
The pain is strong and urges rise
But I'll see you
When He lets me
Your pain is gone, your hands untied

So far away
And I need you to know
So far away
And I need you to, need you to know


mencintaimu adalah perkara yang terindah dalam hidupku ^_^

Thursday, October 27, 2011

Bercinta itu, besar pengorbanannya

kata hati, merayu aku untuk pergi. merintih dan menentang keras untuk meneruskan. aku tahu jalan itu jalan bahagia. dia setia. dan terus menunggu cinta aku. namun aku gagal. kejamnya aku. aku dambakan kasih sayangmu..namun aku tak sanggup bersamamu lagi sedang hati mengingati insan lain. aku tak mahu kamu terseksa lagi. bantulah aku, simpan kemas air matamu untuk insan yang benar benar layak memilikinya. sungguh amat derita dan pedih sekali membuat keputusan ini.

di dalam kekuatan diri untuk meninggalkannya.. untuk menyimpannya di hati yang paling dalam. semua kebaikannya, kenangan bersamanya, semakin aku terasa sakit.

sekadar hiasan kamar hati
pesanku pada adam yang pernah menghuni hati ini, yang pernah menjadi istimewa dalam jagaku. yang menjadi perantaraan mencari jalan bahagia, kuatkan hatimu. aku akan sentiasa ada untukmu. memandang hatimu dari jauh. tegakkan dirimu. aku juga tidak mengetahui siapakah jodohku. seperti mana kamu. andai akan ada ikatan hati lagi antara kita, sungguhpun waktu itu, aku telah bersedia untuk bersamamu hingga akhirnya.

Tuesday, October 25, 2011

hati rasa kosong

jika ada rindu tak semestinya ada rasa cinta, tetapi kalau ada rasa cinta, hati ini sentiasa merindui..

kita pasti akan rasa kesunyian, kesedihan dan kekosongan bila kita keseorangan. hati menjadi pedih, terlalu pedih apabila mengingat kisah kisah lalu. lebih lebih lagi apabila baru putus kasih. satu demi satu gambar dan watak watak kenangan lalu bermain diminda kita. rasa mahu menjerit. dada mahu pecah menahan rasa hati.

kita lalui hari hari yang kian dingin. membeku. seolah olah tiada lagi sinar mentari pada esok hari.kita rasa kesepian dan keseorangan biarpun sekeliling kita penuh dengan teman teman. baik teman sehati mahupun teman atas nama teman semata. dunia ini tak pernah berubah, hanya berputar mengikut arah jam dan takkan berhenti . mentari tetap terbit dari ufuk timur (sumber). hati kita semakin tak tenteram. kita duduk dalam alam kita sendiri hinggakan langsung tak peduli dunia di sekeliling. jiwa semakin suram.

semakin lama, kita semakin hilang rentak dalam kehidupan. kita semakin jauh dari kehidupan realiti.

janganlah kamu tangisi perpisahan dan kegagalan bercinta, kerana pada hakikatnya jodoh itu bukan ditangan manusia. Atas kasih sayang Tuhan kamu dan dia bertemu, dan atas limpahan kasihNya jua kamu dan dia dipisahkan bersama hikmah tersembunyi. pernahkah kamu berfikir kebesaranNya itu?

akhirnya kita hanya mampu tersenyum, senyuman yang tiada erti. tiada lagi sinar. senyum hanya untuk menyenangkan hati semua orang...

nota kaki: banyak dah entry panjang panjang kan? namun luahan rasa dan cetusan idea masih banyak. mungkin belum masanya untuk berhenti menulis.. Entry ini ditulis pada ketika aku kehilangan sesorang yang aku kasihi satu ketika dahulu. maafkan aku MHJ kerana banyak melukakan hati kamu...

Ya Allah, sesungguhnya aku memohon pilihan (yang tepat) kepada Engkau dengan ilmu (yang ada pada)-Mu, dan aku memohon kekuasaan-Mu (untuk menyelesaikan urusanku) dengan kodrat-Mu.

Dan aku memohon kepada-Mu sebagian karunia-Mu yang agung, karena sesungguhnya Engkau Mahakuasa sedangkan aku tidak berkuasa, dan Engkau Mahatahu sedangkan aku tidak tahu, dan Engkau Maha Mengetahui perkara yang gaib.

Ya Allah, sekiranya Engkau tahu bahwa urusan ini lebih baik untuk diriku, agamaku, dan kehidupanku, serta (lebih baik pula) akibatnya (di dunia dan akhirat), maka takdirkanlah dan mudahkanlah urusan ini bagiku, kemudian berkahilah aku dalam urusan ini.

Dan sekiranya Engkau tahu bahwa urusan ini lebih buruk untuk diriku, agamaku, dan kehidupanku, serta (lebih buruk pula) akibatnya (di dunia dan akhirat), maka jauhkanlah urusan ini dariku, dan jauhkanlah aku dari urusan ini, dan takdirkanlah kebaikan untukku di mana pun, kemudian jadikanlah aku ridha menerimanya.

Thursday, October 20, 2011

sedar akan diri

hari hari yang dilalui seakan hambar. perjalanan kehidupan menjadi semakin mendatar dan telah diketahui apa yang akan berlaku esoknya. tiada lagi semangat berkobar kobar. tiada lagi semangat yang terlalu inginkan sesuatu. kita seperti berada dalam dunia kita sendiri. tanpa kita sedari.

kadang terasa beban di hati makin memberat. timbangan berat di bahu semakin bertambah. kita lalui kehidupan ini dengan penuh liku yang melukakan. tekanan bertambah. pastinya kita rasa bahawa orang sekeliling kita seakan akan tidak memahami kita.seakan akan tidak mempedulikan kita. dunia tak adil. kita rasa diri kita keseorangan. bersendirian kita menahan beban dalam jiwa. sedang hakikatnya, mereka berada amat dekat dengan kita. sedia menyokong dan membantu kita.

kisah cinta dan persahabatan banyak likunya. terbaca di muka buku satu pepatah berbunyi "Friendship isn't about whom you have known the longest... it's about who came, and never left your side". benar, hati ini terlalu menyayangi rakan rakan disekelilinginya kini. sedang cuba menghargai apa yang telah dimiliki. terlalu takut untuk melukakan mereka. dan akhirnya kita hanya mampu berharap rakan rakan yang kita ada sekarang takkan meninggalkan kita untuk mengejar kepentingan sendiri. hanya memandang ketika kita kepayahan. tanpa menghulur tangan untuk membantu.

apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita mencari yang lebih baik dari itu. kita patut hargai orang yang berada dihadapan kita sebaik baiknya. jangan kita menoleh kebelakang lagi kerana apa yang telah terjadi takkan mampu diulang semula.


i've made mistakes in my life. i've let people take advantage of me, and i accepted way less than i deserve. but, i've learned from my bad choices and even though there are some things i can never get back and people who will never be sorry. i'll know better next time and i won't settle for anything less than i deserve. -Book of Quote.

buat kekasih hati,
terima kasih kerana setia mencintai dan menyayangi diri ini. kalau diizinkan dan kita ditakdirkan berjodohan, kita nikah lekas lekas okay? >_< (nakal)

buat teman teman,
terima kasih sebab menerima baik buruk diri ini. ^_^

Wednesday, October 19, 2011

Cinta Harus Memiliki

kisah dahulu menjadi beban. suka dahulu menjadi luka. bercinta atas alasan suka suka. akhirnya menjadi cinta yang kekal hingga kini. 


biar hanya membisu, satu persatu perkara terjadi menjadi petanda bagi kamu. kamu hanya memerhati dalam duka yang tak tertahan. air mata lelaki itu sangat murah kala ini. simpati dalam hati mencurah curah. kasihan melihatnya. takkala dia mencurahkan rasa hati, air mata si gadis mengalir.


Anuar Zain – Cinta Harus Memiliki



Sejauh ku berlari
Meninggalkan dirimu
Masih bayangmu yang menawan

Sekuat ku mencoba
Melupakanmu kasih
Lalu Mengapa ku tak sanggup
Pre Chorus:
Adakah waktu tak berpihak
Atau memang sudah jalannya
Untuk kita terpisah
Selamanya
Chorus:
Ku tak percaya kata
Cinta tak harus memiliki
Lalu mengapa?
Hati terasa sakit
Sekeras ku berfikir
Mencari alasannya
Semakin jauh ku terluka
Adakah waktu tak berpihak
Atau memang sudah jalannya
Untuk kita terpisah
Oh…
Chorus:
Ku tak percaya kita
Terpisah karena berbeda
Ku cuma berdiri kaku hampa
Kau didakap mesra si dia
Semuanya pudar tak bermaya
Kau tinggalkanku memujamu
Ibarat suria hilang cahaya
Chorus:
(Dan kau kembali cuba merawat hati)
(Ku bingung dikau kah atau aku yang kecewa)
Meraih simpati
Apa yang mengaburi tafsiranmu
Cintaku atau batas kebebasanmu itu
Takkan ku ulangi
(Dan kau kembali cuba merawat hati)
(Ku bingung dikau kah atau aku yang kecewa)
Meraih simpati
Apa yang mengaburi tafsiranmu
(Cintaku) atau batas kebebasanmu itu
Takkan ku ulangi
katakan sayang, kau amat terluka bila Allah tunjukkan satu persatu halangan di depan matamu. tapi kasih, tolong kuatkan hatimu. cuba pertahankan apa yang telah kita miliki ini. kerana aku amat yakin padamu. pada hati kita. terima kasih atas cinta ini.
sayang. andai sememangnya kita berjodohan, aku insan yang amat bersyukur kerana memilikimu. namun  jikalau kita tiada jodoh. lepaskan aku dengan sepenuh hatimu. walau kita tahu, pasti hati kita akan terluka. 
Jika Allah sudah takdirkan sesuatu itu utk kita walau seluruh isi alam ini menghalang kita dari mendapatknnya, kita tetap akan dapatkannya walau dgn apa cara sekalipun.

Tetapi jika Allah sudah takdirkan sesuatu itu BUKAN utk kita walau seluruh isi alam ini cuba sedaya upaya untuk membantu kita utk mendapatkannya, kita tetap tidak akan mendapatkannya.

Sunday, October 9, 2011

korban cinta

mata itu selalu memerhati. telinga itu selalu mendengar, namun mulut itu hanya terkunci.. rapat. jarang mahu berbicara kerana takut menyakiti. hati itu terlalu tulus, namun sering tercalar. tak serik serik. walau berkali kali.

hati itu mencintai dengan tulus. hati itu selalu berduka. walhal diri itu sungguh gagah dalam hidup. itu realiti yang perlu dihadapi empunya diri. kejam sungguh insan yang melukakan orang itu. sungguh durjana! 

besarnya permintaan cinta kepada pasangan kekasih. terlalu banyak pengerasnya. terlalu besar pengorbanan yang perlu dilakukan.

hati itu terlalu banyak menyimpan rasa duka dek kerana sikap durjana kekasih. dari mula bersama hingga kini hati itu terlalu banyak berduka. banyak kisah dibicarakan oleh sekitarnya. walau hati itu tahu banyak ditokok tambah dan diada adakan, namun kisah kisah itu masih melukakan. dan tak disangka sungguh orang kepercayaan kekasih itu datang mengadap dan mengata itu dan ini. sungguh melukakan.

benar kita akan merasa sakit apabila kenal erti cinta. ditambah lagi dengan sikap kekasih yang tak pernah mahu mengerti dan menghargai. hati itu akan selalu sakit. dan akhirnya menjadi tenat dan lesu. adilkah permainan cinta??

tapi hati itu tetap teguh menyintai. tetap tegar menanti. benar kita takkan tahu apa akan jadi pada masa masa mendatang. adakah hati hati itu akan bersatu dan terus teguh  walau mata mata lain memandang dengan rasa iri hati?

cinta itu besar maknanya

kata seorang rakan "you are meant to be together". dengan kata kata itulah kekasih terus menanti dan teguh walau benar kekasih terlalu takut untuk melukakan hati itu lagi. besar kesal kekasih pada hati itu. hati itu perlu dijaga, dibelai dan terus disemai.

cinta pasti akan bangkit semula dan menghargai apa yang berada di hadapan pancaindera.

nota kaki:
kekasih itu adalah seseorang yang amat dikenali. yang selalu menyakiti hati itu.
hati itu adalah si kekasih.
**harap mengerti.