eh wei.. aku dah habis pantang pun.. punya la lama nak ambil masa untuk update! :')
sepanjang aku mengandung, tak ada la teruk mana pun. for me lahhh. sebab setiap badan lain-lain. tak boleh la nak samakan antara satu sama lain. cuma aku melampau-lampau penat! well, biasalah tu. kau dari badan sekeping tetiba jadi muatan berat. lebih-lebih lagi bila dah hujung-hujung!
awal aku mengandung, ada la beberapa siri mabuk and muntah. tapi tak teruk. masih mampu makan dan minum. ada setengah orang tak boleh tengok itu ini, nanti muntah. tak boleh hidu bau itu ini, nanti mabuk. Alhamdulillah aku ok! hoyeahhhh! muntah sikit-sikit tu biasa laaaa~ manja! hiks.
then masa pertengahan kehamilan (cewahhhh), aku ada anemia. apa nak heran, berat tak selari dengan tinggi. ringan bebenar. so, kena on ubat. obimin je aku boleh telan. cooper? confirm pening sepanjang hari. aku sangat berdisiplin dalam makan ubat tau. baikkan aku? then, masalah kedua, hidung selalu berdarah! dah elok-elok ambil wudhuk, tetiba hidung berdarah. terpaksa tunggu sampai darah hilang baru boleh solat. hmm... aku ada pengalaman pitam kat tandas sekolah. oh yeah! tetiba gelap. nasib baik kejap je dan aku sempat berpaut pada dinding. masa tu perhimpunan sekolah. aku berdiri lama sebab ada nyanyian lagu (Negaraku, lagu wilayah dan lagu sekolah). then aku rasa kepala aku macam berat and pening-pening. mata aku dah tak boleh fokus. perut pun dah mula rasa tak sedap. so aku naik dan terus ke tandas. sampai je tandas, gelap jap.. then tersedar! fuhh.. nasib baik tak terhantuk je kat singki tu.
kalau bab scan ni, aku prefer pergi swasta sebab doctor akan terang habis-habis dan boleh mintak gambar scan. nak simpan. kenangan tu! kalau kat cheras, aku pergi medivron bandar sri permaisuri je. best sebab doc akan tunjuk mana kepala, tangan, kaki.. ketuban berapa bacaan, anggaran berat baby, heartbeats baby. best. bila dia pasang mic lg best. laju je heartbeat baby. tapi bila nak tgk jantina, baby suka tutup! last-last dia tunjuk juga. kalau kat bangi pula, aku suka pergi klinik as salam. 2x aku pergi untuk detail scan dan 4D scan. berbaloi walaupun mahal sikit. doc terang habis-habis and aku dapat CD. boleh aku tunjuk kat baby bila dia dah besar nanti. TAPI, setiap kali pergi scan perasaan aku bercampur baur. happy, terharu dan tak disangka-sangka aku akan melalui pengalaman ni. sangat bahagia!
masuk penghujung pregnancy. muatan makin berat. kalau bab temujanji KKIA (terima kasih misi KKIA Bandar Tun Razak yang sgt baik), temujanji HUKM.. aku tak pernah miss! baikkan aku? sangat berdisiplin. masa penghujung pregnancy ni la jadi penyebab aku akhirnya kena czer! wei, kena bedah tuuu... bab ni nanti iols cerita! sambungnya selepas entry ini (mungkin 2-3 bulan lagi kot. hiks!)
p/s: tujuan aku menaip kat blog ni supaya aku tak lupa, betapa aku menginginkan anugerah ini berlaku pada aku. Anda suka atau tidak, terpulang kepada anda. Kepada yang masih berusaha, teruskan berusaha, berdoa, berdoa, berdoa! In sha Allah, Allah akan makbulkan. Amin ^_^
You gotta live to learn, you gotta crash and burn. You gotta make some stances, and you gotta take some chances. You gotta live and love, and take all life has to give. You gotta live and learn, so you can learn to live
Showing posts with label Umum. Show all posts
Showing posts with label Umum. Show all posts
Thursday, June 25, 2015
Perjalanan ini terlalu indah! AKU MENGANDUNG!!! Part 2
Labels:
Jiwa Jiwang,
Keluarga,
Kisah Sekeliling,
Umum
Monday, December 15, 2014
Perjalanan ini terlalu indah! AKU MENGANDUNG!!! Part 1
Menjadi lumrah setiap wanita (cehhh, guna perkataan wanita dah sekarang!) teringin mempunyai zuriat sendiri dengan rahim kurniaan Illahi pada tubuh kita sendiri. Rasa teringin itu akan semakin membuak-buak apabila kita selamat diijab kabulkan. Eleh, macam desperate je kau ni kan?? -_-?
Sebenarnya, niat untuk mendapatkan zuriat ni bermula sejak aku selamat diijab kabulkan bersama Mr MHJ aku ni. Walaupun aku agak ganas orangnya, panjat sana sini, berlari sana sini, bercakap agak kasar tapi naluri tu ada. Entah kenapa. Jadi aku dan Mr MHJ ni berusaha la sejak hari pertama kami bernikah, gelojoh tak??
Hari demi hari, bulan berganti bulan. Nasib baik tak sempat tahun berganti tahun je. Cukup 8 bulan selepas kami hidup bersama aku disahkan mengandung!!!! HOYEAHHHHH! aku subur... eh? Ada la bulan-bulan aku pernah menangis kat pangkuan suami aku bila aku period. Dia lah pujuk aku setiap bulan. Terima kasih Mr MHJ! Love u! Aku mungkin nampak strong kat luar, tapi hati tisu!
Part ni paling best. Honestly, kau suruh la aku makan apa pun, aku makan 2 3 kali, pastu taknak dah. Means apa-apa ubat or supplement memang takkan jalan dengan aku. Sebab aku bukan seorang yang istiqamah dalam melakukan sesuatu. So, sebelum aku disahkan mengandung ni, aku pergi berurut. Masa tu sebelum puasa. Dah dekat-dekat nak "datang bulan" dah tu sebenarnya. Tapi, redah jelah. Tak salah mencuba. Jauh aku pergi, sampai ke JELEBU, NEGERI SEMBILAN. Ha.. Hamik kau! Tapi kan, makcik tu urut best. Rahim aku senget ke kiri katanya. Masa dia tengah urut tu, aku dapat rasa macam organ aku di pegang seketul macam tu then letak balik. Ahhh.. korang bayang la sendiri eh? Ok cukup pasal berurut. Nak nombor makcik tu, mai PM aku. Kah3 ^_^
Pastu aku datang bulan macam biasa, then tak puasa selama 5 hari, pastu puasa.. macam biasa. Masa tu tinggal 3 hari lagi nak raya. sepatutnya period aku dah datang. period aku ting tong gak tapi beza 2 3 hari je. tu kira ting tong juga eh? biarlah! aku dah berdebar, padahal setiap kali period aku lambat aku memang akan jadi tak tentu arah. Laki aku sabar je dengan kerenah aku. So aku pun apa lagi, jalankan misi memujuk laki aku untuk beli pregnancy test! Last sekali kitaorang beli yang biasa punya, tak sampai RM10 kat guardian warta tu. Lupa nak inform, aku rasa rumah mentua, jadi kat bangi je la aku.. >.< Aku ni bukanlah seorang manusia yang penyabar orangnya, balik je dari warta terus ke bilik air, test! nampak tak gelojoh kat situ? hahaha. So dah check, tunggu la. Lambat pulak line ni nak muncul. Masa tu nak tak nak kena sabar. Mula-mula aku nampak 1 line je, ada rasa kecewa gak dalam diri. Tapi lama-lama aku nampak lagi 1 line samar-samar. So total 2 line!!!! Aku gosok mata aku, aku tak percaya. Masa ni mata dah bergenang, sebab antara rasa happy dengan tak percaya tu bercampur baur. Tapi masa line kedua tu dah nampak, aku terlompat sikit. Rasa nak sujud syukur dalam tu juga. Kejadian ini semua berlaku dalam BILIK AIR hokay! Aku keluar la dari bilik air pastu nampak Mr MHJ dengan muka selamber dia. Muka tiada perasaan, macam biasa. Ish dia ni, selalu spoilkan mood. cuba la buat muka excited ke, pura-pura nak tahu ke... takpe, oleh sebab aku dah biasa, aku abaikan reaksi muka dia. hahahahhaha. Love u sayang! Aku pun bagitahu la dia, tapi itu la aku cakap tadi, dia takde reaksi yang spesifik. sampai sekarang aku susah nak baca perasaan dia, walaupun dah dekat 7 tahun kenal dia.
Keluarga aku antara yang pertama tahu benda ni. Ops. i memang tak pandai nak rahsia-rahsia. Berita gembira, kongsi-kongsi la. Kawan yang rapat dengan aku pun tahu juga. Yang bab expose kat insta tu lepas aku buat 2D scan. sebab nak confirmkan. sebab keraguan aku tu masih ada. rasa tak percaya tu menebal sangat walaupun dah berkali-kali aku test pakai pregnancy test! KANTOI. hahaha. Ok, kat bawah ni gambar ultrasound tersebut.
untuk bulan-bulan seterusnya, nanti aku sambung. Malas pula nak menaip! Jumpa lagi di Part 2!

Tuesday, September 10, 2013
Life isnt easy as we wish
Saya nak anak murid saya pandai
saya nak mereka jadi orang berguna
saya nak mereka jadi orang berilmu
saya nak mereka jadi orang beragama
jadi, untuk capai apa saya nak ni.... apa yang perlu saya buat?
Saya akan jadi orang yang pandai
saya akan jadi orang yang berguna
saya akan jadi orang yang berilmu
saya akan jadi orang yang beragama

Thursday, April 4, 2013
Jawapan dan penjelasan
Assalammualaikum...
berita hot & spicy hari ni.. aku telah berjumpa dengan Mantan Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Ir Dr Wee Ka Siong bersama wakil BPSM & BPSH.. kepada sesiapa yang tak tahu apa benda tu, sila google.. Insha Allah ada jawapan kepada persoalan anda.
Berbalik kepada pertemuan td, jangan risau, tiada pertumpahan darah berlaku.
kami mula berkumpul kat presint 9, putrajaya. untuk berbincang apa yang patut ditanya dan buat kertas kerja. lama borak & berbincang, kami bergerak ke pejabat kementerian pelajaran. susahnya nak cari parking. last-last parking kat Alamanda. nasib baik tak lah jauh sangat. sanggup menapak.
pertemuan bermula jam 12 tengah hari. ramai pertikai kenapa WKS buat masa tu sedangkan parlimen bubar 11:30pagi. jangan salah anggap, kami berjumpa bukan dengan WKS je. perjumpaan ni bersama wakil dari BPSH & BPSM. salah seorang wakilnya Dr Roziah. <--siapa dia? cari sendiri
banyak perkara yang dijelaskan. ternyata kebanyakan kami berpuas hati. sebab alasan-alasan diberi tersangatlah kukuh. kenapa kukuh? sebab isu-isu ini sememangnya telah lama berlaku. aku tahu sebab mak ayah aku berlatar belakangkan bidang perguruan, malah pernah berkhidmat di BPG. mak ayah aku ke hulu k ehilir buat kajian yang sangat banyak. sampai tidak ada masa kat rumah. sedih! kadang-kadang hanya sempat berbual di telefon sekejap sahaja. cuma sekarang kerja mereka berkurang sedikit. ok. bukan nak cerita pasal benda ni.
isu-isu penempatan yang lewat ni banyak sebabnya... seperti yang dijangka, umur pencen dinaikkan. janganlah marah sangat. kajian dah dibuat berkenaan anjakan usia pencen ni. apa salahnya bagi orang-orang banyak pengalaman teruskan perkhidmatan mereka? tak perlu ulas sangat isu ni.
dan lain-lain isu yang aku taknak kupas panjang-panjang

- Sekolah kebangsaan sudah penuh. SJK pula memerlukan guru major atau minor BC/ BT untuk ditempatkan. Melainkan guru agama & bahasa melayu.
- Warrant dari perbendaharaan tak bertambah, namun lambakan guru sudah berlaku.
- Kini sudah 3000 guru akademik berlebihan seluruh Malaysia
- SPP “Short Handed” (kekurangan tenaga kerja). Mereka seramai 14 orang menguruskan proses temuduga bagi 8000 orang (lepasan IPG/ IPTA) dan proses kenaikan pangkat guru sedia ada seramai 10 000 orang. Panel-panel temuduga yang dilantik adalah orang-orang luar yang tidak mempunyai kepentingan.
Ok. pada pendapat aku. penjelasan yang beserta bukti ini, bagi aku dah cukup. bukan tidak akan ada penempatan, insha Allah ada. cuma tinggal cepat atau lambat sahaja. kita berada dalam situasi sama. aku tak bekerja, tidak diinterimkan dan baru selesai interview. REZEKI ada dimana-mana. tinggal kita nak usaha atau tidak je. aku ni buat bisnes kecil-kecilan secara online. sekurang-kurangnya aku xperlu mintak duit belanja dari mak ayah. nak konvo pun kumpul duit sendiri ok? ~nak kahwin apatah lagi. hahaha
janganlah terlalu lantang bersuara kerana apabila orang minta kita bertindak, kita tak mampu nak bergerak. dan apabila kita lantang bersuara, janganlah kita tutup peluang orang lain untuk bersuara. mereka punya hak yang sama dengan kita. jangan terus nak patah-patahkan hujah orang. apa yang mereka cakap, itu pendapat mereka. seperti mana kita tidak suka orang menidakkan hak kita, janganlah kita menidakkan hak orang.
buka minda, lihat dunia yang maha luas ni. kita tidak akan mampu nak puaskan hati semua pihak. apa yang aku tulis ni pun belum tentu semua orang akan berpuas hati. nak tahu macam mana rasa apabila kita buat sehabis baik, orang terus menerus menghentam kita, bayangkan dan letakkan diri kita dalam situasi mereka.
aku bukanlah manusia yang sempurna. perjumpaan ini dibuat atas dasar nak memuaskan hati ramai orang. SABAR ITU INDAH~
Monday, April 1, 2013
Setelah sekian lama
Lama dah tak update apa-apa kat blog. walaupun aku ada banyak masa terluang.
MASA TERLUANG????
oh ye... aku kan budak lepasan IPG yang tak dipostingkan lagi. jadi sekarang, aku menikmati "cuti" yang maha panjang ni dengan perkara-perkara yang sia-sia, kadang-kadang mendatangkan manfaat.
Disember 2012,
Peristiwa yang paling best berlaku. Keluarga MHJ datang meminang saya lah!!! Ok, dipendekkan cerita kami dah bersama. Bercinta 5 Tahun, akhirnya dah jumpa jalan untuk menghalalkan hubungan kami. Insha Allah. Doa-doakan kami ye. mudah-mudahan dipermudahkan semuanya.
Cuti-cuti ke Sarawak. niat sebenarnya nak bawa MHJ pergi jumpa dengan orang-orang tua di kampung. Alang-alang bersiar-siarlah kami di sana. KL-Kuching-Sarikei-Paloh-Sibu-Kanowit-Sarikei-Sri Aman-Kuching-KL. Masa ni dimanfaatkan sepenuhnya. oh yeaaaahhhh!!!!
Januari 2013,
saya dah tua! 24 tahun dah. hoho. Nothing special this month. Ok, noktah.
Febuari 2013,
Dapat tau interview bila. ok.... 7 Mac 2013 di Putrajaya. mak aih, sebulan lagi... dussss. apa nak buat?
Mac 2013,
Dah bosan menunggu berita bila nak posting... Hei, jangan cakap aku ni dok saja kat rumah! Walaupun aku "penganggur", aku ada tanam anggur tau! at least, aku tak minta duit mak ayah aku... ada duit poket sendiri... Bisnes kecil-kecilan secara online >>KLIK SINI<<.
Interview aku berjalan lancar, walaupun aku tergagap-gagap nak menjawab. Tapi Alhamdulillah, boleh. Insha Allah lulus.. Amin... (Doakan sekali ye). Panel tanya macam mana nak jana pemikiran kreatif kat murid-murid, jawab la! haha... apa beza soalan terbuka & tertutup. tertutup kejap mulut. 3 Domain taksonomi bloom, aku terlupa satu domain.. aiii... nasib baik aku ingat sikit-sikit.
CHANGLUN!!! Aku menghabiskan 3 hari 3 malam kat Kedah. Terima kasih kat tuan rumah, CIK Nurul 'Atikah sudi bawa aku jalan-jalan ke padang besar cuci mata, arau makan burger bakaq, Langkawi naik cable car, Alor Setar jumpa Mytan.. sangat seronok! tak puas lagi, tapi... (Malas nak habiskan ayat)
April 2013,
tunggu lagi, menunggu lagi... bilalah penempatan kami nak ada..
Nota kaki: bukan nak mengeluh kerana tahu Insha Allah rezeki tu ada. Aku bersyukur sebab diberi kesempatan yang sangat lama untuk dihabiskan bersama keluarga. Cuma mengharapkan satu hari nanti (yang pasti) aku dapat meringankan beban orang tua aku -BILA AKU DAH KERJA
MASA TERLUANG????
oh ye... aku kan budak lepasan IPG yang tak dipostingkan lagi. jadi sekarang, aku menikmati "cuti" yang maha panjang ni dengan perkara-perkara yang sia-sia, kadang-kadang mendatangkan manfaat.
Disember 2012,
Cuti-cuti ke Sarawak. niat sebenarnya nak bawa MHJ pergi jumpa dengan orang-orang tua di kampung. Alang-alang bersiar-siarlah kami di sana. KL-Kuching-Sarikei-Paloh-Sibu-Kanowit-Sarikei-Sri Aman-Kuching-KL. Masa ni dimanfaatkan sepenuhnya. oh yeaaaahhhh!!!!
Januari 2013,
saya dah tua! 24 tahun dah. hoho. Nothing special this month. Ok, noktah.
Febuari 2013,
Dapat tau interview bila. ok.... 7 Mac 2013 di Putrajaya. mak aih, sebulan lagi... dussss. apa nak buat?
Mac 2013,
Dah bosan menunggu berita bila nak posting... Hei, jangan cakap aku ni dok saja kat rumah! Walaupun aku "penganggur", aku ada tanam anggur tau! at least, aku tak minta duit mak ayah aku... ada duit poket sendiri... Bisnes kecil-kecilan secara online >>KLIK SINI<<.
Interview aku berjalan lancar, walaupun aku tergagap-gagap nak menjawab. Tapi Alhamdulillah, boleh. Insha Allah lulus.. Amin... (Doakan sekali ye). Panel tanya macam mana nak jana pemikiran kreatif kat murid-murid, jawab la! haha... apa beza soalan terbuka & tertutup. tertutup kejap mulut. 3 Domain taksonomi bloom, aku terlupa satu domain.. aiii... nasib baik aku ingat sikit-sikit.
CHANGLUN!!! Aku menghabiskan 3 hari 3 malam kat Kedah. Terima kasih kat tuan rumah, CIK Nurul 'Atikah sudi bawa aku jalan-jalan ke padang besar cuci mata, arau makan burger bakaq, Langkawi naik cable car, Alor Setar jumpa Mytan.. sangat seronok! tak puas lagi, tapi... (Malas nak habiskan ayat)
April 2013,
tunggu lagi, menunggu lagi... bilalah penempatan kami nak ada..
Nota kaki: bukan nak mengeluh kerana tahu Insha Allah rezeki tu ada. Aku bersyukur sebab diberi kesempatan yang sangat lama untuk dihabiskan bersama keluarga. Cuma mengharapkan satu hari nanti (yang pasti) aku dapat meringankan beban orang tua aku -BILA AKU DAH KERJA
Thursday, June 7, 2012
Rezeki itu datang dari Allah
bertemu kembali di tinta usang ini >_<
rasanya ramai orang tahu yang aku ni buat bisnes online >>>>Click Here<<<< well, apa istimewanya? tiada apa istimewa pun. just wanna share sesuatu yang terjadi je. moga semua jadikan pegangan dalam hidup, rezeki itu datang dari Allah. walau tinggi mana kita berada, kita jangan sesekali lupakan keluarga kita. bukan nak berbangga, cuma ingin mengingatkan. sejujurnya, banyak dugaan masa buat bisnes ni. tp alhamdulillah aku masih teruskan. sampai nak report polis dsb. well, tanak cete bab tu. kita cari kisah utk dijadikan pengajaran.
terus terang cakap, untung aku tak banyak mana pun. cukupla utk memudahkan semua urusan aku, makan minum, topup, minyak kereta, pergi balik rumah parent plus tol and baiki kereta bila rosak. aku ni kuat mengeluh gak, tp bila semua dugaan ni jadi, aku jadi makin berusaha. rajin sikit la ^^. mai aku nak cerita sikit..
penghujung tahun 2011 dulu, masa cuti semester. aku dapat untung lebih sikit. and kebetulan mak aku kena pergi Jerman atas urusan kerja. secara tiba-tiba mak aku kena pergi. nak prepare pergi sana pun payah. beli baju sejuk dsb, kebetulan masa tu winter. duit belanja lagi. bayangkan convert RM2600 jadi 600 Euro je! melihat kesusahan mak aku terutamanya dari aspek kewangan, takut mak xcukup duit. aku pun hulur la sikit. sungguh, malam tu aku merayau cari ATM satu bangi, semua out of service. dugaan dugaan. aku ni pulak xsuka simpan cash dalam tangan. nanti habis dibelanja. tapi takpe. esok pepaginya aku keluar, pergi cucuk atm. alhamdulillah. aku hulurlah sikit. huhu.. then, kat dalam tgn aku xde sesen pun dah. takpe, asalkan aku memudahkan urusan mak aku. cukuplah.
then, mak aku berlepas. aku ngan ayah aku hantar ke KLIA. sehari selepas tu dan hari-hari selepasnya. rezeki aku melimpah ruah. aku mampu beli apa yang aku nak sepanjang cuti tu.duit belanja naik sem pun aku xmintak dari ayah aku. (dah lama xmintak duit ayah ni).
until now, even duit xbanyak, aku tak kaya. tp memadai lah. tak pernah kering lagi sampai xde sen pun. alhamdulillah.
satu peringatan, jangan sesekali lupakan keluarga kita. jangan kedekut, selalukan bersedekah. and paling penting ikhlaskan hati kita. Allah tu maha pemurah. ingat, lagi banyak kita memberi, lagi banyak kita menerima.
nite :)
Sunday, January 1, 2012
2011 berlalu juga
terlalu banyak benda yang berlaku dalam 2011. sesak nafas aku. tapi walau apa pun berlaku, banyak pengarannya.
straight to the point, penghujung 2011 ni aku dapat penuhi banyak impian aku.
1. masih mampu bersama si dia. alahai kenapa ayah offer kat abg je utk kawenkan dia dgn tettt dia. aku nak jugak kawen awal....
2. memiliki gadjet impian aku. hehe... aku habiskan banyak duit cuti ni.. selain dapat kumpul poket money sikit2. yehaa...
3. aku mampu bagi duit kat parent aku. caya tak? weii, aku tak keje lg oii. haha
4. kereta aku 95% dah cantik. nk tuka rim ke tak.. hurm. masih berkira kira dan ragu ragu...
5. habiskan masa dengan nyot nyot.. 2013 dia fly ke jerman. nk spent time lg banyak. ohhh adikku..
2012?? my dream??
habiskan study aku dulu. yg lain kemudian pikir... haha

Sunday, December 11, 2011
kamu tahu apa aku rasa
rasa benci itu hadir tiba tiba, tanpa diduga
rasa dendam itu mendatangkan bala, mahu dibuang namun tetap bertapak
rasa muak itu terus memaksa, diri kaku tiba tiba
menjengkelkan semua rasa rasa ini
kau terus menerus rasa terbeban
kau terus menerus hidup dalam bayangan
kau terus menerus bermuram
sudahlah... sudahlah... sudahlah...
tak nampak kah kau cahaya itu?
cahaya yang bakal menghangatkan
yang akan menyegarkan, membahagiakan kamu
walau di mana bumi kamu pijak.
berhenti berharap pada manusia
mulakan hidup dengan nafas baru
beri ruang pada diri sendiri
hargai apa yang dinikmati

![]() |
| link gambar |
Friday, December 2, 2011
sekarang
perihal aku sekarang..
- 2 minggu cuti dah berlalu. ada sebulan lagi.
- kekadang rasa stress sgt. kekadang rasa happy sgt
- pernah keluar date 3 hari berturut turut.. and makan cendol bawah pokok! aku suka weiii~ jimat and happy gila
- bisnes okay, alhamdulillah.. seronok aku buat benda ni...
- penggunaan prepaid semakin bertambah.. its okay ;)
- pergi taiping semata mata nak makan durian. balik jalan jem! berjam jam
- dah tak tau nak isi masa cuti ni macam mana lagi. haih!!!
aku bahagia dengan hidup aku sekarang. ada aku kisah ko nak kata apa?
Thursday, November 17, 2011
Tuesday, November 8, 2011
kahwin lari
“Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan sesuatu berpasang-pasangan, baik tumbuhan mahupun diri mereka sendiri dan lain-lain yang mereka tidak ketahui”
tapi yang menariknya. kalaulah kahwin lari ni dapat restu mak ayah, kita takkan kehilangan keluarga kita, pastinya.. AKU ORANG PERTAMA AKAN BUAT! but the thing is, i won't do it! kenapa ye? benda baik pun, nak nikah. boleh nak elak maksiat. tapi parent tak kasi kahwin.
Tanggungjawab...
kau nak menjawab kat akhirat kelak? kenapa kau nak nikah, nak galas tanggungjawab sedangkan kau tak mampu lagi? nafkah zahir dan batin tu penting. tak usah kira la nafkah batin, kalau dah nama lelaki, nafkah batin memang diutamakan. yang penting sekarang nafkah zahir. kau dah mampu bela anak orang? nafsu lelaki ada satu, SEKS! nafsu perempuan ada sembilan tau, nafsu shopping, nafsu makan, nafsu barang barang kemas, and macam macam.(tak terhitung gamaknya)
but then, mama told me that, kat Malaysia ni senang cari makan. selagi kau ada tulang empat kerat, kau mampu dan sihat, kau boleh bela anak orang. kau masih belajar pun kau mampu nak bela anak orang sebab macam macam keje kau boleh buat. selagi benda tu halal.
yang penting sekarang tanggungjawab. sekali lelaki tu lafaz akad, sebeban tanggungjawab kau kena pikul. dosa isteri dosa kau. dosa kau, kau tanggung sendiri. nak bagi makan, minum, tempat tinggal, keselamatan untuk isteri. kau dah sedia?
Restu...
ada sesetengah ibu bapa yang masih rasa anak anaknya masih kecil. umpama baby. kalau dah umur 24 tahun tu, still young kah? ok, parent know us better than anybody else. zaman dulu mungkin ya. sekarang tak lagi. melainkan anak tu polos dan bagitahu semua benda kat mak ayah. pergi keluar makan pun bagitahu parent sedangkan parent kat selatan nun, kau kat utara sana. susah nak jumpa budak budak macam tu sekarang. really.
kalau macam aku, ya aku cerita macam macam kat mak ayah aku. tapi tak semua. every body has secret right? aku tak pernah cakap kat mak ayah aku yang aku nak sangat kahwin. why? i got my own reason. one of my reason is, parent aku nak aku sambung lagi study until i got my master. bila aku buat kira kira, paling cepat aku dapat kahwin masa umur aku 26. itu pun kalau aku sambung terus master after grad degree ni. mak ayah aku takkan percaya aku mampu jaga suami dalam masa yang sama aku belajar. sebab mereka dah nampak ramai macam tu... perempuan susah and tak mampu buat dua tanggungjawab yang besar dalam masa yang sama. walaupun mak ayah aku sambung degree, master and doctored masa mereka dalam sebuah ikatan perkahwinan. benda tu memerlukan satu pengertian yang sangat sangat sangat besar pada suami dan isteri kalau nak sambung belajar dalam masa yang sama tanggungjawab pada rumah tangga perlu dijaga. reasons kedua aku, memang aku jenis manusia yang tak mampu nak fokus dua benda dalam satu satu masa. see... my parent known me very well.
"kau nak bapak aku kejar aku dengan parang kalau aku nak kahwin sekarang?"
kenapa aku nak kahwin lari sedangkan benda tu akan menyebabkan aku membelakangkan keluarga aku? weii, serius! aku tak sanggup gadai keluarga hanya semata mata nak kahwin dengan lelaki yang aku kenal baru 4-5 tahun sedangkan mak ayah aku jaga aku dari aku mula bernafas kat muka bumi ni. KEDUA, kenapa aku nak kahwin lari sedangkan parent aku suka 'pasangan' aku, bagi aku berkawan dan bercinta dengan dia?weii, tunggu masa and green light je pun nak kahwin... bersabar sikit je.. tak salah pun kan?
Modal...
"Carilah untuk dijadikan maskahwin walaupun sebentuk cincin yang dibuat daripada besi."
(Riwayat Al-Bukhari Muslim)
(Riwayat Al-Bukhari Muslim)
“Satu dinar yang kamu nafkahkan di jalan Allah, satu dinar yang kamu nafkahkan untuk memerdekakan budak, satu dinar yang kamu berikan kepada orang miskin dan satu dinar yang kamu nafkahkan kepada keluargamu, maka yang paling besar pahalanya yaitu satu dinar yang kamu nafkahkan kepada keluargamu.”
(Hadis Riwayat Muslim)
(Hadis Riwayat Muslim)
berbalik pada perkara pokok, percaya pada satu perkara. DUIT BOLEH DICARI, rezeki Tuhan ada di mana mana. tinggal kau nak usaha atau tak je. sedangkan orang orang kafir pun Allah bagi rezeki, kalau kau rebah dan tak berdaya menahan dugaan hingga tak mampu nak menyuap keluarga (mencari rezeki) usah bermimpi nak berkahwin.
CONCLUSION..
“Barang siapa menikah, maka ia telah melengkapi separuh dari agamanya. Dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah dalam memelihara yang separuhnya lagi."
(Hadis Riwayat Thabrani dan Hakim)
(Hadis Riwayat Thabrani dan Hakim)
nota kaki: JOM KAHWIN!!
Wednesday, November 2, 2011
kawan aku kejam
kawan ni kan.. pergi tag aku dengan pos dia. okeh. nak tau sgt kan pasal aku (bajet femes sat)
aku ditag oleh pemilik blog ni, kawan lama aku. cara cara benda ni berjalan adalah;
Step 1: apa la agak2 yang korang tak tahu pasal aku?
aku ditag oleh pemilik blog ni, kawan lama aku. cara cara benda ni berjalan adalah;
Step 1:Cakap 11 pasal
diri korang yang orang lain tak tahu
Step 2:Jawab 11 soalan
dari kawan lama aku yang tag aku
Step 3:Tag 11
orang,kenakan orang yang seterusnya.hahaha :p
Step 1: apa la agak2 yang korang tak tahu pasal aku?
- aku susah nak ingat nama artis artis. cuba tanya nama nama Rasul, aku pasti ingat.
- aku memang suka baca novel
- aku tak suka k-pop tp aku layan je drama korea.
- aku ni kadang kadang baik sangat sampai orang boleh pijak pijak aku.
- tapi aku ni pun kadang kadang boleh jahat dengan orang sampai orang tu menderita nak mampus
- aku susah nak maafkan orang
- bakal jadi cikgu (well tak semua org tahu lagi)
- suka makan, tapi tak suka masak. (kecik masak sedap)
- tak suka makan benda pedas, perut sensetif pedas2 ni
- sedang cuba belajar untuk setia, and akan terus belajar
- weih, bapak aku tak bagi kawen awal. kena ada 'master' lu baru leh kawen. malasnya nak sambung belajar...
step 2: nak kena jawab pulak kawan aku punya soalan ni. kenapa nak tahu pasal aku ni?
- Lagu pe yang kalau korang dengar buat korang nanges or sedih???
- Movie pe yang korang tengok mesti tacing giler ahhh..
- Mana lagi korang suke??? Belaja ke Kerja??
- Korang suke makan apa??
- Korang suke keluar ngan member ke ngan bf/gf korang??
- Apa yang korang suke buat??kalau bley hari-hari mesti korang nak buat??
- Korang suke kumpol barang apa???
- Sape pelakon yang korang suke???
- Penyanyi, korang suke sape???
- Bile korang suke blogging??
- Ok tak blog Eira neh??Ce komen skett jer :)
ni jawapannya okeh?
- latest song la, So Far Away- Avenge Sevenfold. maksud dia mendalam sgt. tp ta nangis la. ta rock la nangis2 ni.
- SEPI. aku tgk banyak2 kali.
- belajar la makcik, keje banyak benda kena pikir. belajar boleh mintak duit kat mak bapak lagi. haha
- aku suka makan makanan yang orang masak, lagi2 cik kecik and cik intan masak. okeh, menjawab tak?
- keluar dengan bf lagi best sebab boleh paw dia. and boleh buat perangai kanak kanak mengalahkan bayi. kalau nak kata happy, keluar dengan bf and kawan memang menghiburkan! dan menghabiskan duit. yeay!
- berjalan jalan, meaning jelajah 1 malaysia. tp selalu ta dapat. duit tak penah mengizinkan keluar dari bandar batu pahat or bangi selalu. kalau rajin tiap sem aku g jejalan, tiap hari memang ta dapat la makcik.
- aku suka kumpul bil. contoh2nya, bil air, letrik, talipon, broadband. then aku g bayar cepat2. kalau bil talipon and broadband, selalunya aku bayar untuk 6 bulan terus. style kan?
- pelakon?? mak aih. nak kata addict tu taklah. aku suka tgk Vin Diesel berlakon. TENGOK je k, tak la sampai jd DIE-HARD-FANS.
- penyanyi? One republic. hahaha. mana mungkin aku suka penyanyi Melayu.
- aku tak suka pun blogging. aku suka menaip je. hahaha.
- makcik eira, blog kamu okeh je. kenapa? ko rasa tak ok ke? tapi aku ta minat pink -ada kaitan tak?
aku ada 11 soalan untuk orang orang yang ditag oleh aku... buktikan kejujuran korang. heee ;)
- pukul berapa sekarang? tengok jam dulu.
- korang berkawan dengan orang atas dasar apa? material? status sosial? memang nak berkawan? saja berhibur?
- adakah korang ni jenis manusia yang berkawan dengan orang hanya sekadar nak mengambil kesempatan? -maksudnya, untung dapat berkawan dengan "tutt" sebab dengan dia senang nak tiru assignment, banyak kabel or banyak duit. haha
- berapa orang friends dalam facebook/ myspace/ foller tweeter/ tagged korang? -salah satu je.
- dalam ramai ramai friends korang tu, berapa orang yang korang rapat?
- dalam ramai ramai yang korang rapat tu, berapa ramai yang korang rasa sanggup susah senang dengan korang?
- dalam beberapa orang yang sanggup susah senang dengan korang tu, berapa ramai yang korang percaya?
- antara orang yang korang percaya tu, berapa orang yang korang sayang? kalau tak sayang sorang pun, cakap je TAK SAYANG.
- mencabar tak soalan soalan aku ni?
- korang jujur ke tak jawan soalan soalan aku ni?
- berapa lama korang amik masa untuk menjawab 10 soalan di atas. hahaha
insan insan yang terpilih adalah
- cik eira, aku jahat, sila jawab soalan aku ni pulak. berani kau tag aku kan. haha
- ofcos la orang yang banyak aku sebut dalam entry ni, miss kecik.
- orang yang suka berblogging, cik amal.
- orang yang setia menunggu dan sayangkan aku, mr Apis.
- makcik yana, nama kau memang aku takkan tinggal.
- siapakah ini? ce teka...
- awek comel, kamukah? hahaha
- orang tak berapa aku kenal, tp awek ni aku pernah jumpa n mesej. cik eila ;)
- kawan teknik aku, awek cun tu... rama rama
- awek cun yang banyak tolong aku masa sekolah tak TIKL. miss....?
- ops, ni siapa ek?
nota kaki: korang nak jawan ke tak, terpulanglah. tiada paksaan di sini ;p
Wednesday, October 26, 2011
perjalanan ini mengajar aku erti kehidupan
![]() |
| semester 2 (2009) |
| semester 2 (2009) |
![]() |
| semester 2 (2009) |
![]() |
| semester 3 (2010) |
![]() |
| semester 3 (2010) |
| semester 4 (2010) |
![]() |
| semester 4 (2010) |
| semester 4 (2010) |
| semester 5 (2011) |
![]() |
| semester 5 (2011) |
![]() |
| semester 5 (2011) |
| semester 6 (2011) |
![]() |
| semester 6 (2011) |
![]() |
| semester 6 (2011) |
Saturday, August 27, 2011
selamat hari raya!
selamat hari raya!
aku balik sarawak tahun ni.
raya 1st kat kampung ayah aku, paloh.
nanti abis raya aku upload gambar =)
aku balik sarawak tahun ni.
raya 1st kat kampung ayah aku, paloh.
nanti abis raya aku upload gambar =)
Tuesday, May 31, 2011
cuti ni
mak aih. aku balik hari tu, masuk je rumah nampak kucing. jalan 5 tapak, nampak kucing lagi. jalan lagi, kucing lagi. KUCING KUCING KUCING!!! beranak pinak la korang. semak lak mata aku tgk kucing-kucing ni. haish.
ok2. alkisahnya, before aku abis sem hari tu. SEMINGGU sebelum ye. aku dan rakan-rakan kena keluar cari rumah sewa. gila! short notice. aku dapat tawaran masuk maktab dapat sebulan awal (seingat aku la), bila nak halau, bagi masa seminggu je? haremmm! its okay. even banyak dugaan. haha. nasib baikla aku boleh happy-happy lagi. tak stress~ dapat gak tgk movie2 latest yang ada kat pawagam tu (pawagam?) oh God, terkeluar ayat cikgu.
cuti ni, aku dibekalkan dengan 1 kotak BESAR baju2 dari bos aku. baju-baju untuk dijual. haha. setakat ni, dah banyak gak la aku dah pos. bukan customer aku pun. orang-orang lain. entah berapa ek upah aku? haha.. korang agak-agak? jeng..jeng..jeng... aku pun tak tau sebenarnya. pos pun pakai duit aku dulu. korang rasa la kan, agak-agak, habis tak sekotak baju tu bila aku habis cuti nanti? excited aku bila nak bungkuskan baju-baju orang ni. kalau la aku jahat, aku amik nombor dieorang ni, kacau2. hahaha. takleh, i setia taw! kan hafis kan?? (kalau jadi aku off shore next week. jadi sapa la yang nak pos kan ek?)
my mom sold her black berry torch with samsung galaxy ace! haha. (saja!)
nota kaki: dah nak kahwin, takleh berfoya2 sangat dah. kena save duit!
Tuesday, May 17, 2011
full meaning

[Gambar: Harap kau, kau dan kau mengerti]
- You know you're in love when you can't fall asleep because reality is finally better than your dreams.
- Tell your friend a lie. If he keeps it secret, then tell him the truth.
- i saw the end, before we'd begun
- it may be over but it wont stop there
- i hate to be sad .. when i know the truth !
- Always remember, the term friends after the split does not exist.
- hope im on the right track now.
- You can do anything, but not everything.
- It is easier to believe a lie that one has heard a thousand times than to believe a fact that no one has heard before
- I cannot show you I love you. Time will show you I love you.
- if you have trouble with someone, go and solve it! dont make the thing more complicated
- Life ends when u stop dreaming, hope ends when u stop believing & love ends when u stop caring. So dream hope & love...Makes Life Beautiful
- GUYS love you more than you love them if they are SERIOUS in your relationships
- It's good to test a guy first before you believe him. But don't let him wait that long.
- you just have to learn to forget the people who forget you
Monday, May 16, 2011
16 Mei 2011
hidup aku dikelilingi oleh guru. dari dulu sampai sekarang. why??
masa kecik belum tadika lagi..
mak ayah aku memang cikgu. aku duduk dalam kuaters cikgu. kawan2 semua anak cikgu.
masa tadika..
la.. kan aku dah kata mak ayah aku cikgu. yang ajar aku A...B...C... 1...2...3... tu kan cikgu. cikgu tadika, cikgu jugak kan? walaupun aku suka kongsi2 makan kek dengan kawan2 iban dan cina aku, masa tadika aku la paling best!! syok tau. aku sekolah tadika methodis, so dalam tadika aku ada dewan, seakan2 gereja. maman (adik laki aku) dengan aku suka main kat luar gereja tu, ada kolam ikan. ralit sangat tengok ikan, sedar2 maman berenang dengan ikan (terjatuh). punyalah ayah aku menyinga. kui2. paling aku ingatla masa tu. =) at least maman da jadi ORANG sekarang.
masa sekolah rendah..
lagi sekali aku tegaskan, mak ayah aku cikgu. haha. aku sekolah kat SRB Yee Ting dari tahun 1 sampai pertengahan tahun, tahun 4. (faham?). of cos la yang ajar aku semua cikgu2. kan2? aku pernah kena denda dengan ustaz aku masa aku darjah 1 sebab tak bawak buku, bukan tak bawak sebenarnya, terlupa nak suruh ayah beli... berdiri tengah panas dekat gelanggang basketball (kelas aku depan gelanggang tu je) , letak buku teks kat kepala.. 1 jam kot!! haha. balik tu, hitam aku. then terus mintak ayah aku belikan buku. takpe ustaz, saya ingat ustaz sampai sekarang. terkilan sebab hari tu tak dapat jumpa kat KL. saya kat batu pahat masa ayah jumpa ustaz.. hurm.
masa darjah 4. aku belum pindah bangi lagi masa tu. aku paling benci subjek matematik, until now kot~ so, latihan aku ta buat, takkan siap kalau aku buat sekalipun. satu hari tu, aku kena panggil pergi jumpa PK1 aku. mampus. dia cikgu matematik aku masa tu. aku kena rotan kat tangan 3x dan kena buat latihan yang tak siap tu depan dia. gigil kot. tp cikgu tu la yang paling sayang aku. masa nak amik makanan RMT, aku org 1st dia bg. kalau apa2 hal, dia akan mintak tolong aku. sayang la cikgu~
then aku pindah SK Jalan 3. lagi banyak cikgu2 yang ajar aku. huih, nak ckp satu2 memang banyak. tapi yang pasti, cikgu2 ni la yang banyak berjasa kat aku. hari tu masa aku PBS kat SK jalan 3, ramai cikgu2 lama dah tade. tp ada la beberapa org cikgu yang masih ada. "dah lawa dah sekarang, tak comot macam dulu dah" aiyo. ta baik tau cikgu, malu saya depan Hafis masa tu. cikgu ckp dpn dia kut. hahaha. tak kesah la~~ =)
zaman sekolah menengah aku..
SMKJ3, SMKJ2 (BBB), SMT KL. 3 sekolah aku pergi. amboi, tamak kan?? nok wat lagu mano, doh ayah soh p semua skolah tu. kat sekolah menengag, aku maintain kelas. nak kata kelas pandai, takla pandai mano. nak kata kelas bodoh, eh lagi la tak. kelas ke3 dari 9 kelas. okay ke? ni masa kat jalan 3. kat jalan 2 tu tokseh kiro la. bantuan ayah la katakan. hahaha. nak kira, ramai cikgu yang ajar. banyok bebeno.
nak cerita pepanjang, tak syok. ni zaman kejatuhan aku, lagi2 masa teknik tu. very2 regret it. okep??
Lepas SPM..
kan aku da ckp, hidup aku dikelilingi oleh cikgu. tengok, aku belajar kat mana. IPG Kampus Tun Hussein Onn tau! maktab perguruan la bagi orang tak tau. belajar jadi cikgu, bercakap macam cikgu, berjalan macam cikgu, makan macam cikgu, mimpi pun mimpi cikgu. ayoyoyoyo...
meh i list kan...
- mak ayah aku CIKGU
- 50% kawan2 aku CIKGU
- sedara mara banyak CIKGU
- yang ajar aku memangla CIKGU
- teman lelaki..ops... bakal suami aku jugak CIKGU!
hidup aku memang dipenuhi oleh CIKGU...
so... HAPPY TEACHER'S DAY untuk semua cikgu-cikgu di Malaysia.
- Mak ayah, so glad to have both of u. love u damn much!
- Friends, please be strong. i know all of u can become the greatest teachers in the world
- My teacher's, u will always in my mind. i will not forget ur kindness. terima kasih sebab banyak bersabar dalam mengajar saya untuk menjadi insan berguna
- Teachers out there, may Allah bless u all.
- Hafis... LOVE U ONLY. moga dapat menjadi cikgu yang baik pada masa depan
Sunday, April 10, 2011
cikgu ohh cikgu...
Yalah, macam ni ke cikgu zaman sekarang. TT pun tak faham! Kalau betul anak murid awak tu bermasalah, kenal pasti kenapa dia macam tu, tanya, kenali anak murid dan bantu selesaikan masalah tu. Mak bapak jaga anak kat rumah, kat sekolah, cikgu la pulak, bukannya bila anak murid ada masalah kat sekolah, terus pass balik kat mak bapak! Senang sangatlah kerja cikgu kalau macam tu...
wahai ibu bapa:
bukan "hamba" menolak untuk mendidik anak bangsa. bahkan hamba bersemangat nak melihat anak-anak didik hamba cemerlang, bila anak didik hamba cemerlang, kembangnya rasa dada, bahagianya rasa jiwa.yang paling membahagiakan apabila anak didik yang nakal, tak mendengar kata, tidak suka membuat kerja sekolah, akhirnya mendengar kata hamba. biarpun terpaksa membimbing sedikit demi sedikit hamba sanggup. biar lambat dia belajar dan memahami, hamba rela. namun akhirnya dimarahi ibu bapanya juga kerana dikatakan mengambil masa yang banyak sehinggakan anaknya lambat pulang. hamba sedar ibu bapa banyak perkara hendak dikejar, rezeki perlu dijaga untuk memberi nafkah kepada keluarga, namun bila si anak yang tidak mendengar kata dan sukar untuk melihatnya menghadap buku mahu belajar, hamba tak sanggup hendak menghantarnya pulang kerna si anak MAHU belajar.
dunia sudah jauh berubah. dulu dengan kini banyak sungguh bezanya. kiranya guru memegang ROTAN sekalipun, boleh disaman ibu bapa kerana rotan itu mampu menakutkan anak murid. salah disisi psikologi. hinggakan guru takut hendak mengajar kerana takut sekiranya tersalah langkah, penjara padahnya. STRESS dalam pekerjaan, dulu dengan sekarang pun besar luasnya perbedaan. tanggungjawab yang digalas bukan sedikit bilangannya, kaulah cikgu BM, kau lah cikgu KH, kau lah cikgu bola baling, kau lah tanda kehadiran, kau lah tanda kerja rumah, ka lah tanda kertas peperiksaan, kaulah setiausaha peperiksaan, kau lah timbang berat murid-murid, kau lah melihat tahap kesihatan murid-murid. pelbagai pekerjaan, kaulah yang tanggung. tugas pengkeranian di sekolah sudah cukup banyak, sedangkan tugasnya pada mula hanya mendidik mendidik dan mendidik anak bangsa.
benar kata orang, hampir separuh rumah sakit jiwa diisi oleh guru-guru yang sudah sampai limit mereka hinggakan tidak mampu untuk menghadapi cabaran anak-anak murid kini. hamba tak salahkan murid-murid hamba kiranya mereka calarkan kereta guru, ugut guru, pukul guru, dan banyak lagi. kecewa menyelubungi lebih dari perasaan marah.
katakanlah ibu bapa, tidak semua guru yang jahat. hamba melihat, guru yang cepat melenting kerana tugas mereka terlalu banyak. sejak hamba menjadi guru (belum secara rasmi), tahap kesabaran hamba benar-benar teruji dengan anak-anak didik hamba. namun hamba tahu, besar rahmatnya menjadi seorang guru.
satu kisah benar. sudahlah anak diserahkan bulat-bulat kepada guru untuk mendidik di siang hari, pada malamnya pula tugas menjaga anak-anak diserahnya pada polis pula. ada ke call polis memalam tanya anaknya ke mana.. lawak tol ibu bapa skrg.
p/s: jagalah anak bangsa... ok?
Subscribe to:
Posts (Atom)