Tuesday, May 17, 2011

full meaning


[Gambar: Harap kau, kau dan kau mengerti]

  1. You know you're in love when you can't fall asleep because reality is finally better than your dreams. 
  2. Tell your friend a lie. If he keeps it secret, then tell him the truth. 
  3. i saw the end, before we'd begun 
  4. it may be over but it wont stop there 
  5. i hate to be sad .. when i know the truth ! 
  6. Always remember, the term friends after the split does not exist. 
  7. hope im on the right track now. 
  8. You can do anything, but not everything. 
  9. It is easier to believe a lie that one has heard a thousand times than to believe a fact that no one has heard before 
  10. I cannot show you I love you. Time will show you I love you. 
  11. if you have trouble with someone, go and solve it! dont make the thing more complicated 
  12. Life ends when u stop dreaming, hope ends when u stop believing & love ends when u stop caring. So dream hope & love...Makes Life Beautiful 
  13. GUYS love you more than you love them if they are SERIOUS in your relationships 
  14. It's good to test a guy first before you believe him. But don't let him wait that long. 
  15. you just have to learn to forget the people who forget you

Monday, May 16, 2011

16 Mei 2011

hidup aku dikelilingi oleh guru. dari dulu sampai sekarang. why??

masa kecik belum tadika lagi..

mak ayah aku memang cikgu. aku duduk dalam kuaters cikgu. kawan2 semua anak cikgu.

masa tadika..

la.. kan aku dah kata mak ayah aku cikgu. yang ajar aku A...B...C... 1...2...3... tu kan cikgu. cikgu tadika, cikgu jugak kan? walaupun aku suka kongsi2 makan kek dengan kawan2 iban dan cina aku, masa tadika aku la paling best!! syok tau. aku sekolah tadika methodis, so dalam tadika aku ada dewan, seakan2 gereja. maman (adik laki aku) dengan aku suka main kat luar gereja tu, ada kolam ikan. ralit sangat tengok ikan, sedar2 maman berenang dengan ikan (terjatuh). punyalah ayah aku menyinga. kui2. paling aku ingatla masa tu. =) at least maman da jadi ORANG sekarang.

masa sekolah rendah..

lagi sekali aku tegaskan, mak ayah aku cikgu. haha. aku sekolah kat SRB Yee Ting dari tahun 1 sampai pertengahan tahun, tahun 4. (faham?). of cos la yang ajar aku semua cikgu2. kan2? aku pernah kena denda dengan ustaz aku masa aku darjah 1 sebab tak bawak buku, bukan tak bawak sebenarnya, terlupa nak suruh ayah beli... berdiri tengah panas dekat gelanggang basketball (kelas aku depan gelanggang tu je) , letak buku teks kat kepala.. 1 jam kot!! haha. balik tu, hitam aku. then terus mintak ayah aku belikan buku. takpe ustaz, saya ingat ustaz sampai sekarang. terkilan sebab hari tu tak dapat jumpa kat KL. saya kat batu pahat masa ayah jumpa ustaz.. hurm.

masa darjah 4. aku belum pindah bangi lagi masa tu. aku paling benci subjek matematik, until now kot~ so, latihan aku ta buat, takkan siap kalau aku buat sekalipun. satu hari tu, aku kena panggil pergi jumpa PK1 aku. mampus. dia cikgu matematik aku masa tu. aku kena rotan kat tangan 3x dan kena buat latihan yang tak siap tu depan dia. gigil kot. tp cikgu tu la yang paling sayang aku. masa nak amik makanan RMT, aku org 1st dia bg. kalau apa2 hal, dia akan mintak tolong aku. sayang la cikgu~

then aku pindah SK Jalan 3. lagi banyak cikgu2 yang ajar aku. huih, nak ckp satu2 memang banyak. tapi yang pasti, cikgu2 ni la yang banyak berjasa kat aku. hari tu masa aku PBS kat SK jalan 3, ramai cikgu2 lama dah tade. tp ada la beberapa org cikgu yang masih ada. "dah lawa dah sekarang, tak comot macam dulu dah" aiyo. ta baik tau cikgu, malu saya depan Hafis masa tu. cikgu ckp dpn dia kut. hahaha. tak kesah la~~ =)

zaman sekolah menengah aku..

SMKJ3, SMKJ2 (BBB), SMT KL. 3 sekolah aku pergi. amboi, tamak kan?? nok wat lagu mano, doh ayah soh p semua skolah tu. kat sekolah menengag, aku maintain kelas. nak kata kelas pandai, takla pandai mano. nak kata kelas bodoh, eh lagi la tak. kelas ke3 dari 9 kelas. okay ke? ni masa kat jalan 3. kat jalan 2 tu tokseh kiro la. bantuan ayah la katakan. hahaha. nak kira, ramai cikgu yang ajar. banyok bebeno.

nak cerita pepanjang, tak syok. ni zaman kejatuhan aku, lagi2 masa teknik tu. very2 regret it. okep??

Lepas SPM..

kan aku da ckp, hidup aku dikelilingi oleh cikgu. tengok, aku belajar kat mana. IPG Kampus Tun Hussein Onn tau! maktab perguruan la bagi orang tak tau. belajar jadi cikgu, bercakap macam cikgu, berjalan macam cikgu, makan macam cikgu, mimpi pun mimpi cikgu. ayoyoyoyo...

meh i list kan...
  1. mak ayah aku CIKGU
  2. 50% kawan2 aku CIKGU
  3. sedara mara banyak CIKGU
  4. yang ajar aku memangla CIKGU
  5. teman lelaki..ops... bakal suami aku jugak CIKGU!
hidup aku memang dipenuhi oleh CIKGU...

so... HAPPY TEACHER'S DAY untuk semua cikgu-cikgu di Malaysia.
  • Mak ayah, so glad to have both of u. love u damn much!
  • Friends, please be strong. i know all of u can become the greatest teachers in the world
  • My teacher's, u will always in my mind. i will not forget ur kindness. terima kasih sebab banyak bersabar dalam mengajar saya untuk menjadi insan berguna
  • Teachers out there, may Allah bless u all.
  • Hafis... LOVE U ONLY. moga dapat menjadi cikgu yang baik pada masa depan

Tuesday, May 10, 2011

kutip segala sisa-sisa

AMARAN KERAS: BACA SAMPAI HABIS. JGN BUAT CONCLUSION AWAL!

aku dah buang dia dalam hidup aku. aku dah bekukan hati aku. aku dah tutup hati aku. aku dah tak mahu berpaling balik. aku menangis sampai kering air mata aku. pujuk rayu dia, langsung aku tak ambil tahu. Call dia langsung tak diangkat, sms langsung tak dibalas. tutup handphone! Nyah kau dari hidup aku!! cukup sampai situ je. hati aku, kering! kemarau!

tiba-tiba...

dia datang merayu, dengan mata yang kuyu. mengalir setitis air mata berharga. bukan aku bangga, tp hati aku pilu. kenapa kau datang merayu? aku dah tutup hati aku.

kecewa aku, bukan sehari dua aku tanggung, kecewa aku 3 tahun lamanya.
penantian aku bukan sehari dua aku tunggu, penantian aku 3 tahun masanya.
kesakitan aku bukan sehari dua aku simpan, kesakitan aku 3 tahun menahanya.
kesabaran aku bukan sehari dua diuji, kesabaran aku 3 tahun lamanya.

Dia bukan suamiku lagi, 3 tahun aku menagih simpati.

kenapa kau datang merayu? masa aku merayu, kau langsung tak ambil peduli...

aku tak mahu melihat kau menitis air mata. bukan itu kemahuanku. bukan aku hendak berbangga, tapi aku mahu kau tahu. aku sudah tak mampu. cukup sekadar sampai disitu sahaja.

kau merayu pada kawan aku, kau merayu pada orang tuaku, supaya dipujuknya aku. Mungkin pada firasatku, kau juga merayu pada Tuhan supaya dilembutkan hati aku? kau merayu tanpa jemu. hendak aku lemparkan sahaja telefon bimbit aku (eh, sayang tu).

3 TAHUN

bukan satu tempoh masa yang singkat. banyak perkara kita kongsi bersama. banyak kenangan kita simpan bersama. terlalu banyak. SUMPAH! memang seperti patah sebelah kakiku yang melangkah bila kau tiada disisi. seperti separuh nyawa aku melayang kalau kau pergi. aku takkan mampu mengenang semua kisah-kisah kita. kenapa aku pilih perpisahan? pasti ada sebabnya, kau sendiri tahu bukan??

BENAR... bila aku melihat gambar-gambar kita, aku menangis. BENAR... bila aku teringat kisah-kisah suka kita, aku tertawa. BENAR... bila aku terimbau kisah duka kita, aku kecewa. BENAR... kau dan aku saling melengkapi. BENAR... kau dan aku saling memerlukan. BENAR... kau dan aku saling menyayangi.

KENAPA AKU TERIMA KAU SEMULA

aku pun ta tau kenapa aku terima kau semula sebenarnya. aku dah terbiasa hidup bersama kau. masa aku susah dulu, kau ada bersama aku. masa aku senang sekarang... rasa macam tak sempurna bila kau ta ada. aku tak mahu org fikir aku semudah tu membuang kau dari hidup aku. aku redha walau apa jadi lepas ni. ye, aku masih sayangkan kau! cintakan kau!

kau banyak yakinkan aku, kau bersungguh-sungguh nak dapatkan aku. ye, walau sekeras mana hati aku, kau dapat cairkan aku.

aku harap kau akan menggunakan peluang ni sebaik mungkin. sebab kalau lepas ni, apa2 terjadi, aku takkan berpaling lagi.

LOVE ONLY YOU..

Monday, April 18, 2011

aku nak bebel, ada aku kesah ko nak baca ke tak?


aku ni manusia yang dah banyak kecewakan hati orang. betul. napa? tak caya? jangan tak caya sebab itulah realitinya. kebelakangan ni, aku asyik teringat tentang hati-hati yang pernah aku patahkan bila aku lihat orang disekeliling aku. hati aku pernah pedih, tp alhamdulillah luka tu dah pulih sikit demi sedikit. jatuh cinta tu tersangatlah mudah, tp nak kekal mencintai dan setia itu sangat menguji kesabaran. lagi2 orang macam aku ni. tapi alhamdulillah, genap hari lahir aku tahun ni, cukup 3 tahun 3 bulan dan 3 hari aku bersama si dia.

back to main topic. nak melukakan hati orang, sangatlah mudah. percayalah. tapi nak yakinkan hati yang pernah kita lukakan boleh makan masa bertahun-tahun, bahkan kekadang sampai terbawa ke liang lahad (faham tak?). kepada insan yang selalu melukakan hati orang, hentikanlah perbuatan tu. yang sakit nanti diri kita sendiri. bukan orang lain. sia-sia je nanti orang membenci kita, maki kita dan hilang rasa hormat pada kita. kau nak hidup begitu?

bagi yang telah terluka. perlahan-lahan ubati sakit di hati tu. aku tahu, bukan mudah. sebab hati kita dah terluka dan terlalu sakit. sapa nak terluka? takde sapa yang nak. semua orang nak dicintai, disayangi dan dikasihi. mana ada manusia hidup untuk berduka. Tuhan sentiasa ada disamping kita. percayalah. Dia mendengar rintihan kita setiap masa. setiap nafas yang kita hela tu, Dia tahu segala-galanya. tak kiralah kau muslim ke non muslim. semua orang ada kepercayaan tersendiri rite?

kepada semua. hati dan perasaan kita ni tak boleh dipaksa-paksa. andai kata kau mencintai seseorang (dalam diam), lebih baik kau luahkan. kalau dia menolak, memang dia bukan jodoh kau. kalau dia menerima, alhamdulillah. teruskan kalau ada jodoh. tak salah mencuba rite? siti khhadijah melamar Rasulullah sendiri untuk dijadikan suami. kau taknak ke?suami yang baik, pilihan kau sendiri. TAPI, andai kau membenci seseorang, aku cadangkan kau biarkan rasa benci itu berlalu pergi. bukan mudah, but kau ignore je perasaan benci tu. ketahuilah, apabila kau membenci seseorang, kau sebenarnya masih ada hati pada dia. sebabnya perasaan benci itu datang dari hati. sempadan antara benci dan cinta tu tersangatlah rapat. silap-silap benci boleh bertukar menjadi sayang, sayang boleh bertukar kepada benci.

biarkan perasaan itu berlalu pergi umpama angin lalu.

cinta itu satu perasaan yang indah. mengindahkan lagi satu perhubungan bila kita jatuh cinta pada seseorang itu berulang-ulang kali. percayalah. aku pernah rasa perasaan tu. dan sentiasa merasai perasaan tu. sesungguhnya, aku merasa sangat bahagia.

Qulutt sayang Hafis

Sunday, April 17, 2011

pelik tapi indah dan menggembirakan

gambar: bunga yang cantik untuk kumbang yang kacak

sebelum aku terlupa dan melupakan benda yang terjadi. perkara yang tersangatlah pelik, tapi sangat indah dan gembira bila benda tu terjadi. walaupun hanya dalam alam MIMPI.

tak tahu bagaimana benda tu bermula (biasalah, mimpi. tau2 dah jadi). aku betul2 terkejut. tak nampak muka dan tak tu siapa. dalam hutan, dia mencari ubat untuk menyembuhkan aku hinggakan dimarah ketua dia sebab dia tetiba menghilangkan diri dari kumpulan dia. dia pulak aku ingat sangat yang dia berpakaian askar. (haip, malu lak nak cete lebih). dia sanggup pertahankan aku depan ketua dia.

aku dihantar pulang ke kampung aku. aku ingat, memang rumah atuk aku kat Paloh.

gambar: warna baju sebegini. fuhh

bertemakan baju dark blue dan putih. majlis pun sama. perasaan gembira bila berjalan dari rumah ke rumah. aku lihat sepupu dan sedara mara aku sekeliling aku. yang pasti aku bahagia sangat. then mimpi tu stop kat situ gak sbb aku dengar suara INTAN NABILAH AHMAD. haih. mimpi indah aku tergantung kat situ...

aku tak tau siapa gerangan jejaka itu. yang pasti rasa bahagia disisi dia itu yang akan aku tunggu. gila happy.

p/s: tak sabar nak kahwin tp bila realize tanggungjawabnya maha besar.. mengeluh. haish..

Thursday, April 14, 2011

Entry untuk Amirah Fatin

dia pergi belajar kuala Terengganu, MRSM. Bonda tak pernah hantar dia pergi daftar, mahupun pergi ambil dia masa dia tamat SPM. namun aku tahu, dia tabah lantaran bonda sentiasa mendoakan kejayaan dia. bonda hanya pernah menjenguk dia sekali sahaja, itupun kerana kebetulan bonda ada sedikit urusan di sana. aku tahu, dia sangat gembira apabila bonda datang melawat, biarpun sekejap.

ayahanda pula suka sentiasa bersama dia. ayahanda sentiasa cuba penuhi permintaan dia. biarpun dia tidak pernah meminta-minta, lansung juga tak pernah hendak menyusahkan. namun ayahanda tahu, apa yang anakandanya mahu, dan apa yang dia impikan.

ayahanda dan bonda sentiasa bersamanya, sentiasa mendoakannya.

dia anak yang bijak. adik yang naif, terlalu naif kadang kala. pernah satu ketika, dia sampai di perhentian bas, KL sentral pada jam melewati 1 pagi. kebetulan ayahanda baru pulang dari KLIA atas urusan bersama sahabatnya. dia tahu dan dia hanya meminta ayahanda berehat sementara dia menunggu train yang pertama jam 5 pagi untuk ke Bangi. alahai adik, kenapa engkau begitu naif? sedarkah engkau dunia berganjak terlalu pantas hinggakan banyak manusia hilang pegangan? ayahanda terus bergegas ke KL sentral untuk mengambil dia. dia rasa serba salah kerana keesokkannya ayahanda demam. adikku, tahukah kau pengorbanan ayahand itu ternyata berbaloi?

dia tamat SPM dengan keputusan yang sangat cemerlang, 10A. dia salah seorang daripada 6 orang yang mendapat straight A's di MRSM Kuala Terengganu (Kopok Lekor nyaman). ternyata biarpun dia belajar jauh, hanya pulang 4 4-5 kali setahun, nanum kejayaannya bukan calang-calang kerana aku pun tak secemerlang itu hanya kerana aku terhanyut dalam arus sosial yang menggila.

pagi tadi aku dikejutkan dengan brita dia pergi interview JPA untuk sambung study ke Jerman course engineering. aku bangga dengan dia. mudah2an segalanya mudah bagi dia, dan mudah2an dia dapat mencapai bintang di angkasa =)

p/s: doakan dia berjaya dalam interview dia. Amirah Fatin Ali Ahmad
p/s/s: bonda, Fatimah bt Tambi dan ayahanda, ALi Ahmad Bin Seman pasti akan berbangga dengan kejayaan dia =)

Sunday, April 10, 2011

cikgu ohh cikgu...

Yalah, macam ni ke cikgu zaman sekarang. TT pun tak faham! Kalau betul anak murid awak tu bermasalah, kenal pasti kenapa dia macam tu, tanya, kenali anak murid dan bantu selesaikan masalah tu. Mak bapak jaga anak kat rumah, kat sekolah, cikgu la pulak, bukannya bila anak murid ada masalah kat sekolah, terus pass balik kat mak bapak! Senang sangatlah kerja cikgu kalau macam tu...

sentap hati hamba bila org Media Massa tulis artikel sebegini. kamu semua nak kata hamba emo, katakan sahaja lah. bukan hamba nak ambil peduli. tersinggung benar rasanya.

wahai ibu bapa:

bukan "hamba" menolak untuk mendidik anak bangsa. bahkan hamba bersemangat nak melihat anak-anak didik hamba cemerlang, bila anak didik hamba cemerlang, kembangnya rasa dada, bahagianya rasa jiwa.yang paling membahagiakan apabila anak didik yang nakal, tak mendengar kata, tidak suka membuat kerja sekolah, akhirnya mendengar kata hamba. biarpun terpaksa membimbing sedikit demi sedikit hamba sanggup. biar lambat dia belajar dan memahami, hamba rela. namun akhirnya dimarahi ibu bapanya juga kerana dikatakan mengambil masa yang banyak sehinggakan anaknya lambat pulang. hamba sedar ibu bapa banyak perkara hendak dikejar, rezeki perlu dijaga untuk memberi nafkah kepada keluarga, namun bila si anak yang tidak mendengar kata dan sukar untuk melihatnya menghadap buku mahu belajar, hamba tak sanggup hendak menghantarnya pulang kerna si anak MAHU belajar.

dunia sudah jauh berubah. dulu dengan kini banyak sungguh bezanya. kiranya guru memegang ROTAN sekalipun, boleh disaman ibu bapa kerana rotan itu mampu menakutkan anak murid. salah disisi psikologi. hinggakan guru takut hendak mengajar kerana takut sekiranya tersalah langkah, penjara padahnya. STRESS dalam pekerjaan, dulu dengan sekarang pun besar luasnya perbedaan. tanggungjawab yang digalas bukan sedikit bilangannya, kaulah cikgu BM, kau lah cikgu KH, kau lah cikgu bola baling, kau lah tanda kehadiran, kau lah tanda kerja rumah, ka lah tanda kertas peperiksaan, kaulah setiausaha peperiksaan, kau lah timbang berat murid-murid, kau lah melihat tahap kesihatan murid-murid. pelbagai pekerjaan, kaulah yang tanggung. tugas pengkeranian di sekolah sudah cukup banyak, sedangkan tugasnya pada mula hanya mendidik mendidik dan mendidik anak bangsa.

benar kata orang, hampir separuh rumah sakit jiwa diisi oleh guru-guru yang sudah sampai limit mereka hinggakan tidak mampu untuk menghadapi cabaran anak-anak murid kini. hamba tak salahkan murid-murid hamba kiranya mereka calarkan kereta guru, ugut guru, pukul guru, dan banyak lagi. kecewa menyelubungi lebih dari perasaan marah.

katakanlah ibu bapa, tidak semua guru yang jahat. hamba melihat, guru yang cepat melenting kerana tugas mereka terlalu banyak. sejak hamba menjadi guru (belum secara rasmi), tahap kesabaran hamba benar-benar teruji dengan anak-anak didik hamba. namun hamba tahu, besar rahmatnya menjadi seorang guru.

satu kisah benar. sudahlah anak diserahkan bulat-bulat kepada guru untuk mendidik di siang hari, pada malamnya pula tugas menjaga anak-anak diserahnya pada polis pula. ada ke call polis memalam tanya anaknya ke mana.. lawak tol ibu bapa skrg.

p/s: jagalah anak bangsa... ok?