Wednesday, August 24, 2011

2 minggu yang pelik

apa yang pelik??

  1. mimpi bukan-bukan... (tamo cete arr...)
  2. dalam dua minggu ni 2 kali kena observe, dua2 datang mengejut. naseb baek aku prepare. huh, sakit dada menahan rasa terkejut.
  3. jumaat lepas sebenarnya ta rancang nak balik umah, last2 balik. sebab terjanji dengan adli nak teman dia shopping.
  4. rasa terkejut dengan jumlah bil elektrik! dan bil air... <--anak dara berendam ni.
  5. buat mural pun buley sesak dada? ta cukup napas aku td. ta mampu dah. tp dah nak ciap la mural tu. credit to kin joon, huang and intan.
  6. budak2 mula buat perangai.. "cikgu, sambung la mengajar kat sini, cikgu ajar best".. padahal.... tettttt...
  7. rasa tak menang tangan nak buat semua perkara. please, hentikan semua bebanan kerja ni. noktah.
cukupla dulu. aku nak tido. bye...

p/s: rasa menyampah lak tetiba.

Thursday, August 18, 2011

hati ni tercalar lagi

kalau dulu tercalar je.
sekarang calar balar.. ish sakit.
aku tau salah aku. aku sedar silap aku. memang salah aku sbb tak bagitahu.
salah aku sebab buat benda ni jadi keruh.

tapi kenapa cakap macam tu?
mana pergi kata-kata yang berhemah?
mana pergi ayat-ayat yang membina?

kenapa nak runtuhkan semangat orang lain.
kenapa nak calarkan hati orang lain.
kenapakah?

aku dah tak mampu nak pertahankan apa yg aku bina selama ni
aku perlu jadi selfish mulai sekarang.
maaf. aku dah tekad! full stop.

p/s: aku tegaskan kat sini, aku sayangkan MHJ jd ini bukan berkenaan dengan beliau. TK.

Monday, August 15, 2011

siapa yang perasan?

siapa tengah sedih? angkat tangan!! (woooooo.....)
siapa tengah gembira??? turun tangan.
siapa tengah marah???
siapa tengah kecewa???
siapa tengah geram???

Perasaan. hati. rasa. semua berbaur.

hati aku dah tekad, aku akan lari dari semua ni dan mengharapkan segalanya selesai.
tunggu masa yang sesuai sahaja. terima kasih sebab selama ni kau semua masih berbudi kepada aku. aku takkan lupa sampai mati. tapi maafkan aku sebab hati aku tak sekental dulu.

p/s: sedang mancari dan pasti aku akan pergi

Thursday, August 11, 2011

SK Parit Bilal


korang dah tau ke aku praktikum 2 bulan kat sekolah ni? aku sibuk sangat sepanjang praktikum ni, sampai tak dapat nak update blog belong to me ni. fuhhh.. (melepaskan nafas yang sesak di dada). cikgu2 sekolah ni besh! terbaik bro. why huh? sebab dieorang semua baik-baik belaka. langsung tade masalah dengan dieorang. cikgu pembimbing? ha... best jugak dapat dia jd pembimbing. banyak idea dia bagi nak tarik minat student. student?????

nak dijadikan cerita, aku ajar tajuk penyalahgunaan bahan. sub topiknya rokok dan alkohol. aku suruh budak-budak tulis kesan mengambil minuman beralkohol (bagi sesiapa yang tak tau alkohol tu apa, alkohol tu arak!). nak tau budak-budak tu tulis apa?

KESAN MENGAMBIL MINUMAN BERALKOHOL KEPADA INDIVIDU
"selama 44 hari amalannya tidak diterima oleh Allah"

ok murid-murid, jawapan anda memang betul. tak salah pun. tapi bukan jawapan yang macam ni cikgu nak. jawapan sepatutnya adalah "ketagihan, hilang kawalan diri, tidak dapat mengurus diri dsb" aiii, nak salahkan jawapan budak pun tak sampai hati.


ni gambar masa camping hari tu =)

hari ni dah genap 6 minggu 4 hari aku mengajar kat sekolah ni. tinggal lagi 11 hari lagi. kerja manyak lagi tara ciap. haiyo... (mengeluh lagi...)

ish3. ta baik tau. k la , babai

Tuesday, July 26, 2011

bukan niat aku menyakiti kamu

selama ini, aku menyulam impian bersamamu.
selama ini, aku membina harapan bersamamu.
selama ini, aku berkongsi semuanya denganmu.

bukan niat aku menyakitimu. maafkan aku. aku sayangkan kamu. cintakan kamu. hanya kamu. ye, kau boleh kata aku pendusta. sebab aku hanya pandai berkata-kata. tp hakikatnya, aku mainkan perasaan kau. maafkan aku sekali lagi.

kebenarannya, aku sayangkan kamu. cintakan kamu. harapan aku, semoga kau menunggu ku, sebagaimana aku menantimu. semoga kau rindukan aku sebagaimana aku merinduimu. maafkan aku. aku tahu tindakan aku sukar dimergertikan. aku harap kau akan faham nanti. apa yang aku lakukan adalah untuk masa depan kita juga nanti, andai jodoh memang tersurat untuk kita pasti akan akan bersama kembali.

jagalah dirimu kerna aku akan memelihara diriku untuk kamu nanti. andai tiada jodoh antara kita, aku mohon ampun dari hujung rambut sehingga hujung kaki. halalkan makan minum dan segalanya. maaf.

andai ada jodoh, tidak akan kemana ='(

akhir kalam: aku terluka. sangat terluka. ampunkan aku

Tuesday, July 12, 2011

bila aku rasa MARAH

kalau aku cakap aku tak suka, memang aku tak suka. bila aku diam, tandanya aku berfikir, tandanya aku marah dan tandanya aku rasa jengkel.

aku tau aku malas, aku tau aku tak sempurna, aku tau banyak benda aku tak buat, tp mana rasa tanggungjawab kau? hidup kena sentiasa bantu membantu. kita bersama. bukan kau, kau. aku, aku. diam aku bukan bermakna aku suka, korang suka ke kena bebel? ta suka kan? nak ditegur, ta sampai hati. aku ni bukannya sempurna mana pun kan nak tegur2 org (aku penah kena).

org lain sibuk buat macam2 untuk settlekan masalah yang ada, kau sibuk2 kan diri buat kerja lain. masa kita sama wei, 24 jam jugak Tuhan bagi, aku sempat je buat2 kerja aku. aku sempat je nak jumpa orang sana sini. aku pun sempat gak g dating. kerja aku siap juga. masalah yang ada kat tempat kita, aku tlg settle gak. mana rasa tanggungjawab kau? by the way, kerja kita sama je kan? apa yang kau kena buat, aku kena buat sama. malah, ko lagi beruntung tau? jauh beruntung. aku lagi penat kot.

aku diam.. diam.. diam.. apa yang kau buat, aku bersihkan. apa yang ko salah, aku betulkan. apa yang bawak, aku juga yang buang. kenapa buang? sebab kau biarkan benda tu sampai tade sapa pun nak sentuh. jijik! nak tanya, hati ke hati. aku kuli kau ke? kau bayar gaji aku? ntah-ntah lagi teruk dari kuli, sebab aku ni tak bergaji.

aku halalkan semua yang aku buat. tapi tolong jaga hati aku juga. sebagaimana aku jaga hati kau orang semua. janganlah buat sampai aku penat sangat. aku pun ada tanggungjawab lain. sedar2la tanggungjawab masing-masing. letihlah aku macam ni... lama2 aku pun boleh fed up!! malas nak bising lebih2.

nota kaki: aku dalam hal ni ramai, bukan aku tu hanya aku seorang. kau dalam hal ni pun ramai. jadi kalau kau terasa? nasiblah. siapa termakan cili, dia rasa pedasnya.

Thursday, June 2, 2011

Allah gives me one more chance to have you.

Sometimes, Allah breaks your spirit to save your soul...Sometimes, HE breaks our heart to make us whole...Sometimes, Allah allows pain so we can be stronger...Sometimes, Allah sends us failure so we can be humble... Sometimes, Allah allows illness so we can take better care of ourselves... Sometimes, Allah takes everything away from us so we can learn the value of everything HE gave us..
the one who most precious to me, sometimes i really need him in my life. sometimes i really want him to go away from my life. but i know, i need him cause i love him damn much!
i really wanted to give everything to him, but i know "everything" has their limits. but i thing you should know that, MOHAMAD HAFIS BIN JALANI. i love u so much! xoxo =)
2013.. wait and see =)