Tuesday, January 24, 2012

aKu kAu & mEreKa

PENTING
kau dan mereka sama sama penting, tapi tahukah kau bahawa kau lebih penting. kedudukan kau dalam hati aku adalah teratas. kau kekasihku, mereka hanyalah sahabatku. dan apabila aku sah menjadi milik kau, kita akan sentiasa bersama, mana mungkin aku mempunyai banyak masa seperti sekarang untuk bersama mereka.

SAYANG
benar, aku sangat sayangkan mereka. mereka itu sahabat aku. walaupun kadang kala hati ni terguris sebab mereka, tapi ingat jua sayang, aku bukan insan sempurna. pastinya aku pernah mengguris hati mereka. sebab itulah sayang aku pada mereka tetap ada. tapi kau berbeza. suka aku, sayang aku, cinta aku hanya pada kau. tiga perasaan yang pastinya ada untuk kau. aku hanya sayangkan mereka, namun aku suka, sayang and cintakan hanyalah kau.

sayangku,
kalau mahu aku menceritakan perbezaan kamu dan mereka, terlalu banyak sayang. terlalu banyak. kau teristimewa dalam hati aku. kau berbeza pada pandangan aku. apabila aku bersama kau, aku tak perlu berpura pura, aku tak perlu asyik memikirkan kesan dari tindakan aku, kepala aku tidak berat memikirkan cara menjaga hati orang. aku hanya boleh jadi diriku sebenar bila bersama kau.

sayangku,
kau kesayangan aku. kau cinta hati aku. kurangnya kamu, aku terima seadanya. walau hati ni kadang mengeluh. kau tidak seperti yang aku jangkakan. aku berusaha menerima kau sebaik baiknya. aku perlahan lahan menegur mana yang boleh aku ubah, supaya kau mampu hidup tanpa bergantung pada aku. kerana kau lelaki, yang akan menjaga aku nanti. tempat aku bergantung harap pada kemudian hari. bukan aku berniat ingin mengubah kau seperti lelaki idaman aku, cukuplah sekadar kau mampu menjadi lelaki yang mampu menjaga aku.

sayangku,
aku tahu mana silapku. sikap panas baran aku, hanya kau yang tahu dan faham. hanya kau yang mampu menerimanya. sikap dan perangai aku yang hanya kau yang tahu. berilah ruang pada aku, sebagaimana aku memberi ruang pada kau untuk berubah. maafkan aku, kerana aku sedar mana silapku.

cintaku,
aku tak perlukan lelaki yang kaya, kerana aku mampu menunaikan sendiri kehendak aku tanpa meminta darimu. aku tak perlukan lekaki yang kacak, kerana aku bukanlah seorang perempuan yang cantik. cukuplah sekadar sedap mataku memandangmu, sejuk hati melihatmu, kenyang perut bersamamu. aku tak perlukan lelaki yang gagah, cukuplah sekadar yang mampu melindungiku apabila aku kesusahan. aku tak perlukan lelaki yang mulia untuk membimbingku, lelaki yang baik bersamaku kerana aku bukanlah gadis yang mulia dan baik. cukuplah sekadar lelaki yang mampu melayani kehendak dan kerenah aku yang pelik.

aku tahu suka kau, sayang kau, cinta kau hanya untuk aku. aku yakin tentang itu. tapi sayang, aku juga yakin jodoh itu datangnya dari Tuhan yang Satu.

ingatlah sayang, SUKA, SAYANG dan CINTA aku padamu sahaja kerana aku hanya ada kamu bergelar kekasihku.

Sunday, January 15, 2012

dimana kekurangan itu?

langkah demi langkah. masa berlalu terlalu pantas. tapi hati tetap bersyukur kerana masih mengharap masa itu merubah segalanya. impian yang dibina dulu kian kabur digantikan dengan harapan yang baru. aku dah semakin melangkah laju, meninggalkan kenangan itu untuk mencari ketenangan. biar tetap disitu. malas... *mengeluh.

semakin banyak kita memberi, semakin banyak kita terima. itu janji Tuhan. walaupun kedua duanya aku lakukan, aku tetap ada rasa kekurangan. tapi apa? di mana? aku sudah penuhi banyak kehendak nafsu serakah aku yang gila membeli barang barang gadjet ni. aku sudah berada dalam zon selesa. sangat selesa.

**harta menimbun kalau dikikis setiap hari pun boleh jadi kontang juga

aku tetap akan masih mencari mana kekurangan itu.

harapan dan impian 2012:
  1. ....
  2. ......
  3. ........
  4. ..........
  5. ..............
macam tiada je. dah, senyap. **masalah jiwa disini

perancangan awal tahun semuanya berjalan lancar. plan A tak jadi, plan B ada. Tuhan ada untuk membantu meringankan beban hambaNya.
  1. pointer naik mendadak. Alhamdulillah, dari sem 3 tak pernah turun turun lagi. harapnya akan naik atau terus kekal begitu hingga tamat pengajian. insyaallah akan diusahakan walaupun masih berniaga.
  2. dah dapat rumah sewa di tempat berdekatan dengan sekolah. alhamdulillah, murah dan selamat. jimat duit minyak kereta dan insyaallah tak letih sangat badan nanti.
  3. rezeki masih ada walaupun tak menentu. tak perlu meminta bantuan mak ayah lagi buat masa ni, insyaallah akan cuba dikekalkan.
  4. masih mampu tersenyum dan menjalankan tanggungjawab yang diberi sebaik baiknya dan sejujur jujurnya tanpa mengeluh. harapnya sikap ini akan berkekalan hendaknya.
  5. masih mampu menghadapi dugaan yang datang, walaupun sedikit goyah tp masih mampu terus melangkah.

++saya masih kuli, belum mampu jadi bos. nanti satu hari, saya pula jadi bos++
"petikan kata kata rakan saya"

Broadband aku jual
Baju aku jual

**blog kekasih saya :') terharu**

Sunday, January 1, 2012

2011 berlalu juga

terlalu banyak benda yang berlaku dalam 2011. sesak nafas aku. tapi walau apa pun berlaku, banyak pengarannya.

straight to the point, penghujung 2011 ni aku dapat penuhi banyak impian aku.

1. masih mampu bersama si dia. alahai kenapa ayah offer kat abg je utk kawenkan dia dgn tettt dia. aku nak jugak kawen awal....

2. memiliki gadjet impian aku. hehe... aku habiskan banyak duit cuti ni.. selain dapat kumpul poket money sikit2. yehaa...

3. aku mampu bagi duit kat parent aku. caya tak? weii, aku tak keje lg oii. haha

4. kereta aku 95% dah cantik. nk tuka rim ke tak.. hurm. masih berkira kira dan ragu ragu...

5. habiskan masa dengan nyot nyot.. 2013 dia fly ke jerman. nk spent time lg banyak. ohhh adikku..

2012?? my dream??

habiskan study aku dulu. yg lain kemudian pikir... haha

Tuesday, December 13, 2011

insan hina

Tuhan
telah buka mata seluas luasnya
memandang dunia yang penuh duri, penuh sakit
aku tahu banyak dosaku
mana mungkin insan sehina aku mampu menjaga semua hati
mana mungkin insan sehina aku sentiasa ada untuk kamu semua
mana mungkin insan sehina aku menjadi sempurna dimata kamu
mana mungkin insan sehina aku berpandangan baik dalam semua perkara

mana mungkin...

kamu tahu, dalam hati ini ada apa?
kamu tahu, dalam akal ini ada apa?
kamu tahu, dalam jiwa ini ada apa?

aku bersyukur atas nikmat Tuhan beri
sungguh aku terlalu menghargai setiap detik yang berlalu
aku cuba yang terbaik dalam apa aku lakukan
jika diam itu lebih baik, maka aku akan diam.
[walau hati retak seribu]

Tuhan
sangat adil dalam semua perkara
hanya manusia yang sering berlaku tak adil
dear love, apa yang kamu beri, itu yang kamu akan terima
[God never failed us]

kadang kala
apa yang kita rasa benar
apa yang kita lakukan betul
sebenarkan menyakitkan insan disekeliling kita
lebih lebih lagi yang amat menyanyangi kita

link
Tuhan, tolong lembutkan hati dia. untuk terima aku seadanya
[terima kasih sayang]

sungguh.
aku mahu membawa diri jauh dari sini
aku perlu jaga hati aku sebaik baiknya agar tidak retak lagi

nota kaki: masih ada ruang kemaafan? ....tiada....

Sunday, December 11, 2011

thanks to them

kau tahu? aku sungguh sayangkan mereka. mereka ada ketika aku dalam kepayahan. sungguh ribut itu terlalu kejam meniup segalanya, namun mereka terus teguh berdiri disisi. aku harap mereka faham. mereka tahu. mereka hargai. betapa aku menghargai nikmat bersama mereka. sungguhpun dulu tak sama seperti kini, namun kenangan dan ingatan itu masih segar dalam diri. siapa yang pergi, siapa yang teguh disisi dan siapa yang langsung tak mengerti. 

siapa dapat meneka masa hadapan?




dahulu aku kesusahan, aku ada mereka ini untuk menyeka air mata dipipi. [usah dikenang kisah lalu]
=====================================================
kini






kini aku ada mereka dihati. siapa yang tiada. 
memang kamu tak penting bagi aku.

kamu tahu apa aku rasa

rasa benci itu hadir tiba tiba, tanpa diduga
rasa dendam itu mendatangkan bala, mahu dibuang namun tetap bertapak
rasa muak itu terus memaksa, diri kaku tiba tiba
menjengkelkan semua rasa rasa ini

kau terus menerus rasa terbeban
kau terus menerus hidup dalam bayangan
kau terus menerus bermuram

sudahlah... sudahlah... sudahlah...

tak nampak kah kau cahaya itu?
cahaya yang bakal menghangatkan
yang akan menyegarkan, membahagiakan kamu
walau di mana bumi kamu pijak.

berhenti berharap pada manusia
mulakan hidup dengan nafas baru
beri ruang pada diri sendiri
hargai apa yang dinikmati

kamu tahu apa aku rasa

link gambar

Friday, December 2, 2011

sekarang

perihal aku sekarang..

  1. 2 minggu cuti dah berlalu. ada sebulan lagi.
  2. kekadang rasa stress sgt. kekadang rasa happy sgt
  3. pernah keluar date 3 hari berturut turut.. and makan cendol bawah pokok! aku suka weiii~ jimat and happy gila
  4. bisnes okay, alhamdulillah.. seronok aku buat benda ni...
  5. penggunaan prepaid semakin bertambah.. its okay ;)
  6. pergi taiping semata mata nak makan durian. balik jalan jem! berjam jam
  7. dah tak tau nak isi masa cuti ni macam mana lagi. haih!!!
aku bahagia dengan hidup aku sekarang. ada aku kisah ko nak kata apa?