kasih antara kita
sentiasa ada dalam hati
ada dalam taman jiwa
kekal sebagai peneman diri
kerana kau bergelar sahabat
rindu kau
gundah kau
derita kau
ceria kau
kasih kau
gelak tawa kau
sentiasa ada dalam ingatkan aku
mungkin satu hari nanti
kau lupa bahawa aku ada disisi kau
mungkin satu hari nanti
kau lupa betapa aku ambil berat tentang kau
mungkin satu hari nanti
kau lupa aku sentiasa cuba bahagiakan kau
tidak mengapa sahabat
kerana aku tahu tiada manusia yang sempurna sifatnya
lupa itu terlalu biasa dengan manusia
dan apabila kau ingat kembali
aku tetap ada disisi kau