Wednesday, March 30, 2011

Aku Tinggalkan Dia Demi Allah

Dengan nama Allah ...

Sebaik-baik Pemberi Ganjaran.

Namamukah yang tertulis di luh mahfuz sana?

Engkaukah yang bakal menemaniku jalan menuju syurga?

Dirimukah yang akan melengkapkan separuh dari agamaku?

Aduhai pria.

Adakah kau yang tercipta untukku?

Jawab pertanyaanku ini.

Jawab!

Kau takkan pernah dapat memberi jawapan

Kerna jawapannya bukan di tanganmu

Tetapi di tangan-Nya.

Di tangan Tuhan kita; Allah

Tuhanku dan Tuhanmu

Gelisahku memikirkan dirimu

Dan ketakutanku memikirkan Tuhanku

Aduhai adam,

Maafkan aku.

Ketakutanku pada Tuhanku melebihi kegelisahanku memikirkanmu

Jemput diriku pabila waktunya tiba

Sebelum sampai saat itu, biarkan aku sendiri bersama Si Dia

Akan kucipta cinta bersama Dia

Sebelum kucipta cinta antara kita

Jadilah dirimu kumbang yang hebat

Dan doakan aku agar menjadi bunga yang mekar

Untuk itu....

Aku tinggalkan dirimu pada-Nya

Sesungguhnya aku bertawakkal kepada Allah Tuhanku dan Tuhanmu.

Tidak ada suatu binatang melata melainkan Dia-lah yang memegang ubun-ubunnya.

Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus. (Allah Maha Adil) [Hud: 56]

Usah bersedih atas perpisahan sementara ini

jika benar aku tercipta untukmu

tiada apa yang dapat menghalangnya

sebelum saat itu tiba

berdoalah pada Allah moga diberi kekuatan

mohonlah padanya dengan penuh mengharap

Yakinlah pada janji Allah!

Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga) [An Nur: 26]

Sesungguhnya Allah takkan pernah mensia-siakan pengorbananmu, hawa

Bilamana kita tinggalkan semua ini kerana Allah semata

Yakinlah!

Akan ada sesuatu yang indah untukmu di pengakhiran nanti

Dan sesungguhnya hari kemudian itu lebih baik bagimudaripada yang sekarang (permulaan).Dan kelak Tuhanmu pasti memberikan karunia-Nya kepadamu ,lalu (hati) kamu menjadi puas.

[Ad dhuha: 4 & 5]

Beruntunglah kamu !

Tatkala Allah memilihmu untuk menyedari hakikat perhubungan antara lelaki dan wanita

Allah memilihmu !

Jangan pernah sia-siakan kasih sayang Allah ini

maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannyasesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itudan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya[ As Syams: 8-10]

Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan:"Tuhan kami ialah Allah" kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka,maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan:"Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih;dan gembirakanlah mereka dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepadamu[Fussilat:30]

Dan tika kamu merasa lemah

Mohonlah kekuatan dariNya

Allah itu dekat

Yakin pasti

Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu gangguan,maka mohonlah perlindungan kepada Allah.Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui [Fussilat:36]

Hawa,

Kamu dan aku adalah intan terpilih.

Berdoalah aku kuat dan tabah untuk menjaga kilauanku wahai hawa.

Berdoalah tiada sang kumbang durjana merosakkannya sebelum yang halal tiba.

Aku juga sentiasa mendoakanmu agar dalam peliharanya.

Sentiasa.


p/s: dipetik dari sumber lain, dah lama tak update blog. terlalu sibuk sekarang ni

Thursday, March 17, 2011

Hanya aku cinta kau seorang

kisah yang banyak berlaku kala ini. aku terbaca kat blog kesayangan aku, Lord Zara punya blog. aku boleh kata follower tegar dia. sesungguhnya, tiada apa yang wujud di dunia ni boleh menggantikan nyawa kita, tiada yang mampu nak menyamai nilai nyawa manusia. mampukah kamu bisa wujudkan sesuatu yang mampu menandingi nyawa kamu? ngak bisa bukan? haish. begitu mudah dia menilai nyawanya hanya kerna ditinggalkan kekasih. dan hanya kerna itu dia ingin mencabut nyawanya? kalaulah nyawa boleh manusia buat macam ni:

aku: eh nyawa, aku cabut kau dari jasad aku malam ni boleh? esok aku ambil semula.
nyawa: boleh. tiada masalah. nanti esok aku masuk ke jasad kau semula.
aku: jangan lupa tau?
nyawa: baiklah.

kesimpulannya, well, kekasih boleh kita cari lagi. kalau nyawa mana boleh kan? sayangilah nyawa kita sebaik-baiknya. ini anugerah untuk kita dari pencipta kita.

oklah. tutup kisah nyawa. takut Izrail datang menjemput.

=========================

semalam, kekasih aku ajak aku keluar. nak tahu kami buat apa? bukan berdating dan buat perkara tak berfaedah atau berdua-duaan semata-mata. tapi beli KIPAS! ye benar, beli kipas. percayalah. kekasih aku ni tak boleh berpanas, alah, Malaysia kan iklimnya panas dan lembab sepanjang tahun, jangan fikir bukan-bukan ye (terutamanya kepada cikgu-cikgu pelatih IPG Kampus Tun Hussein Onn kat luar sana). tahulah otak kamu advance. okay, kita sambung mula. kekasih aku tak tahan panas, sekarang waktu pagi sampai tengah hari panas sangat. petang lepas Asar baru hujan. kasihan dia. kami pergilah beli kipas.

err. jap. kenapa aku buat kisah kipas ni?? (garu kepala). biarlah, sambung saja...

selama ni aku tak pernah pergi membeli KIPAS. kipas meja. aku beranggapan harga kipas bawah rm50. tapi pengakhirannya kami beli kipas berharga RM79.90. alah, kurang seringgit je jadi RM80. ni lah dia psikologi urusan jual-beli. letak kurang seposen sebab nak psiko pembeli dan akhirnya si pembeli beranggapan harganya masih sekitar RM70. kan 70 dan 80 tu bezanya 10? kalau kamu tak faham, buat-buat faham la ye? haha (gelak tak ikhlas)

apa ye aku nak buat penutup ni? macam hendak buat karangan bahasa melayu pula kan? (skema nau ayat) biarlah korang buat penutup sendiri. bye! assalammualaikum.

nota pengakhiran: akhirnya kekasih aku tak berpanas lagi. setiap kali call dia, aku akan dengar bunyi angin yang maha kuat di corong telefon. ^_^ suka dia!

biarpun apa kata orang, aku tetap teguh disampingmu. kamu tetap kukuh di hatiku. dan aku mahu kamu tahu, hanya kamu yang aku cintai dan sayangi. Love You MHJ =,=

Monday, March 14, 2011

well...well...well...

ada sesuatu mengganggu benak aku sekrang ni. dalam kesibukkan mengejar dunia, berniaga lah katakan. biarpun rezeki tetap datang namun perbelanjaan semacam air terjun yang ganas mencurah-curah. kenapa ya?

sambungan pada entry aku "kata orang", banyak yang mengganggu benak aku. bila difikir-fikir balik. keperluan kadang-kadang melebihi duit yang ada. bukan mudah mengurus perbelanjaan dalam masa yang mencabar semacam ni. yang hanya mampu dilakukan, hanya bekerja dan mengumpul duit sedikit demi sedikit demi masa depan.

hurm. masa depan ye. masa depan...

nota letih:
bingung dengan kehidupan

Sunday, March 13, 2011

kasih padamu

Sampai masa tibanya waktu

Redup hati kamu berdua

Bila dua jasad bersatu

Hidup mati jadi bersama


cinta dengan suka, dua perkara yang berbeza. kedua-duanya terlalu subjektif untuk dibicara. apa kaitan dengan pantun di atas? cuma si penulis rasa tersentuh dengan bait kata-katanya. hati kekadang berdukacita. perasaan seakan hendak memberontak. apa di mulut tak sama dengan apa dirasa. aku bimbangkan banyak perkara.


tapi satu perkara aku yakin,

aku cintakan dia

mr. MHJ aku.

biar kau sembahkan sejuta jejaka, takkan sama dengan MHJ aku. hati ini sudah tetap kerana pilihan aku hanya dia


nota kaki:

esok teman adik pergi PWTC

nak makan MCD breakfast dengan kupon yang aku dapat

MHJ bagi aku novel! YES

Friday, March 11, 2011

edisi DIDI demam!

hai
lama kan tak update?
sejak 2 menjak ni i bz sikit lah.
uruskan sukan maktab, pergi lawatan, jaga ikan, siapkan assigment
yang tak penah berhenti dari datang
sampaikan diri sendiri tak terjaga

~~DEMAM~~

i hate fever.
semua kerja tak jadi
semua kerja tak seperti yang aku nak
body tak dapat nak berfungsi dengan baik

ok2, aku nak cete tentang page fb yang aku LIKE

first page

second page

kenapa ek aku minat page ni?
sebab aku mengharapkan my love macam tu (first page)
and aku memang macam tu (second page)

mesti korang fikir aku gila kan?
aku tanya aku jawab balik
eh, suka hati aku la nak buat apa.
THIS IS MY BLOG!

ok2, enough is enough.
macam orang sasau dah

nak cecite gak tentang lawatan aku
pergi badan2 sukan kat KL and Putrajaya
banyak ilmu aku dapat sampai mintak dimuntahkan balik
(Just like now<--demam)
memenatkan, nak kata seronok, taklah seronok mana
penat je lebih
(asal naik bas je tido, nyenyak lak tu)

kalau nak diceritakan tentang rasa tak puas hati
banyak, sampai esok pun takkan habis
tak syoklah begitu kan?
(syok kalau Hafis bersama aku je)

but then aku nak cecite part yang seronok
  1. dah lama aku tak beratur panjang2 masa nak mandi (best tu)
  2. dah lama aku tak bangun seawal 5.30 pagi untuk mandi
  3. dah lama aku naik je bas, aku terus tutup mata
  4. dah lama aku nak beli tutt, akhirnya aku beli
  5. dah lama aku mengidam mp3, akhirnya dapat
  6. dah lama aku tak berjalan-jalan, dapat gak
  7. soal ilmu tu memang banyak lah aku dapat
  8. 1 murid 1 sukan
  9. kerja cikgu memang HEBAT tapi susah
  10. makan kurang, tidur pun kurang, kena marah, (terbaik)
apa-apa pun semua ni mengajar aku erti sabar, tabah dan bertekad berbakti pada negara (cewahh ayat)

nota tidur:
saya asyik mimpikan awak je, petanda nak kawen eh
saya asyik lapar je, kenapa eh?
esok balik rumah! YES!

Saturday, March 5, 2011

jatuh cinta

benar kata orang, kita perlu jatuh cinta berkali-kali pada seseorang barulah sebuah hubungan itu akan berkekalan. itu yang sedang berlaku, entah kenapa aku sedang jatuh cinta lagi sekarang ni. terima kasih sayangku ~~~ love u very much!!

Friday, March 4, 2011

Terakhir- Mahkota Band.

[Gambar] cinta yang mengikatku

Untuk terakhir kali
Ku ingin bertemu
Memelukmu
Menjagamu
Meski aku tak akan pernah
Bisa lagi melihatmu
Cinta ini takkan hilang
Sampai mati kan ku simpan

Kerna hati ini tak mungkin bersatu
Menjalani cinta ini

Meski aku
Takkan pernah
Bisa lagi melihat mu
Cinta ini
Takkan hilang
Sampai mati kan ku simpan

Meski aku takkan pernah bisa lagi
Melihat mu
Cinta ini
Takkan hilang
Sampai mati kan ku simpan

Meski aku takkan pernah bisa lagi
Melihatmu
Cinta ini
Takkan hilang sampai mati kan ku simpan