kasih antara kita
sentiasa ada dalam hati
ada dalam taman jiwa
kekal sebagai peneman diri
kerana kau bergelar sahabat
rindu kau
gundah kau
derita kau
ceria kau
kasih kau
gelak tawa kau
sentiasa ada dalam ingatkan aku
mungkin satu hari nanti
kau lupa bahawa aku ada disisi kau
mungkin satu hari nanti
kau lupa betapa aku ambil berat tentang kau
mungkin satu hari nanti
kau lupa aku sentiasa cuba bahagiakan kau
tidak mengapa sahabat
kerana aku tahu tiada manusia yang sempurna sifatnya
lupa itu terlalu biasa dengan manusia
dan apabila kau ingat kembali
aku tetap ada disisi kau
You gotta live to learn, you gotta crash and burn. You gotta make some stances, and you gotta take some chances. You gotta live and love, and take all life has to give. You gotta live and learn, so you can learn to live
Showing posts with label Cerita Sahabat. Show all posts
Showing posts with label Cerita Sahabat. Show all posts
Wednesday, May 21, 2014
Thursday, November 7, 2013
Berbicaralah
Masa aku susah kau ada
Masa aku sedih kau ada
Masa aku gembira kau ada
Masa aku bahagia kau ada
Masa aku bermasalah kau peluk aku
Masa aku menangis kau beri bahu
Tapi....
Kenapa kau tak mahu berbicara?
Apabila kau ada masalah
Kenapa mahu simpan sendiri??
Jadi
Siapa aku??
Monday, October 14, 2013
teman kesayangan
Aku punya seorang sabahat yang baru aku kenal. Ye, baru 105 hari aku kenal dia. Tak tahu apa istimewanya dia. Kenapa tiba-tiba aku boleh rapat dengan dia.
Sepanjang aku kenal dia, dalam tempoh yang singkat. Banyak benda aku belajar dengan dia. Perkara pertama: “Tetuang udara”. Ok, aku tak tahu apa benda tu. Binatangkah? Perbuatankah? Bendakah? Apakah?
Tetuang udara = Radio
Eh, radio ye! Kena banyak membaca selepas ni. [Macam i rajin sangat]. Yang kedua: perbezaan antara baru dengan baharu. Dalam kepala aku yang tak cukup ilmu ni, dua perkataan tu membawa maksud yang sama. Ye! Maksud yang sama. Rupa-rupanya TIDAK SAMA!
Baru = baru terjadi (merujuk kepada masa)
Baharu = benda baru (telefon baharu, buku baharu, program guru baharu)
Kesimpulannya kat sini, lagi banyak kita belajar, lagi banyak kita tak tahu! Ni aku tiru ayat penceramah motivasi.
Berbalik pada cerita sahabat tadi, dia seorang yang sangat cantik dan menarik untuk didekati. Aku dan dia rapat sampaikan anak murid cakap kami macam adik beradik. Kebetulan lak aku suka panggil kawan-kawan aku kakak.
Nak cerita banyak, tak perlulah. Cukuplah aku tahu, aku ada kawan yang boleh tolong aku kat sekolah. Yang boleh ringankan beban aku. Lapkan air mata aku. Bagi kekuatan kat aku. Mampu bangkitkan aku masa aku hampir gagal. Yang paling penting, dia selalu ingatkan aku bahawa aku ni masih hamba-Nya kerana aku selalu leka dengan hidup aku, selalu lupakan Tuhan aku. Thanks sahabat :)
"Selemah-lemah manusia ialah orang yang tidak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari"
Saidina Ali
ini yayah saya! <3
sayang kamu dunia akhirat
Sunday, October 6, 2013
KB
Nak pergi lebih jauh tapi aku terlalu banyak menyakiti hati orang.
Mungkin aku tak layak berkawan baik dengan sesiapa,
.
(ini noktah)
Sunday, December 11, 2011
thanks to them
kau tahu? aku sungguh sayangkan mereka. mereka ada ketika aku dalam kepayahan. sungguh ribut itu terlalu kejam meniup segalanya, namun mereka terus teguh berdiri disisi. aku harap mereka faham. mereka tahu. mereka hargai. betapa aku menghargai nikmat bersama mereka. sungguhpun dulu tak sama seperti kini, namun kenangan dan ingatan itu masih segar dalam diri. siapa yang pergi, siapa yang teguh disisi dan siapa yang langsung tak mengerti.
siapa dapat meneka masa hadapan?
dahulu aku kesusahan, aku ada mereka ini untuk menyeka air mata dipipi. [usah dikenang kisah lalu]
=====================================================
kini
kini
kini aku ada mereka dihati. siapa yang tiada.
memang kamu tak penting bagi aku.
Saturday, November 26, 2011
kamu [sahabat]
kamu,
seorang yang kuat menongkah arus kehidupan dulu
sentiasa membantu tika aku memerlukanmu
akan bersedia menemani aku
kata katamu menjadi hikmah kepada aku
namun aku lihat kau makin lemah
semangat kau terus menerus hilang
aku kecewa
aku mahu kau terus tersenyum
apa yang berlalu biarlah berlalu
tabahkanlah hatimu
aku rasa diri aku lemah melihat kau lemah
aku lemah melihat insan sekeliling aku lemah
kemana aku bila kamu kamu semua memerlukan aku?
buntu...
diam...
maaf, aku memang bukan seorang sahabat yang cukup baik untuk sesiapa pun
maaf, aku seorang manusia yang terlalu banyak cacat celanya
maaf, aku telah berusaha untuk menjaga hati semua orang dengan sebaiknya
sungguhnya aku gagal
walaupun aku telah berusaha
menjadi yang lebih baik untuk kamu kamu
hanya mampu tinggalkan jejak dalam hidup kamu
maafkan aku sahabat
Sunday, October 23, 2011
kawan oh kawan
kadang kadang hidup ni terlalu mengikut arah seperti yang kita mahukan. mana yang kita rasa tak perlu, kita buang tanpa memikirkan kesannya. apabila kita rasa tak selesa dengan seseorang itu, kita mula mendiamkan diri. lama lama kita akan menjauhkan diri dari dia. sedangkan orang yang kita hindari itu, terkapai kapai keseorangan. kerana tak tahu mana silap diri.
bercakap cakap buruk dan menfitnah seakan telah menjadi lumrah dalam kehidupan. apa yang diperkatakan ditokok tambah untuk menjadikan cerita semakin enak untuk dipertuturkan dan diperdengarkan. bahkan lebih teruk dengan menjatuhkan maruah seseorang. pernahkah kita terfikir, kesannya pada mangsa kita? kejamnya kita pada insan lain, jika perkara sebegini terkena pada diri kita sendiri, sanggupkah kita menahan rasa hati? sanggupkah kita menelan semua yang pahit ini? tepuk dada, tanya hati..
sikap terlalu mementingkan diri kadang kadang menjadi duri dalam satu satu perhubungan. tanpa memikirkan kesan sesuatu pada orang lain, atau hanya memikirkan sesuatu tindakan itu akan mendatangkan keburukan kepada diri kita sendiri sedangkan perkara itu akan mendatangkan seribu kebaikan kepada orang orang di sekeliling kita. pernahkah kamu mengalami pengalaman sebegini? jika pernah, tanya pada diri, mengapa Tuhan merencanakan kehidupan kita sebegini? apakah hikmah yang akan kita nikmati dengan melalui kesusahan sebegini?
وَعَسَى أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ وَعَسَى أَنْ تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَكُمْ وَاللهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216) -sumber![]() |
sekadar hiasan |
sikap terlalu mementingkan diri kadang kadang menjadi duri dalam satu satu perhubungan. tanpa memikirkan kesan sesuatu pada orang lain, atau hanya memikirkan sesuatu tindakan itu akan mendatangkan keburukan kepada diri kita sendiri sedangkan perkara itu akan mendatangkan seribu kebaikan kepada orang orang di sekeliling kita. pernahkah kamu mengalami pengalaman sebegini? jika pernah, tanya pada diri, mengapa Tuhan merencanakan kehidupan kita sebegini? apakah hikmah yang akan kita nikmati dengan melalui kesusahan sebegini?
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakanya dan ia mendapat seksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Al-Baqarah: 286) -sumber
kita tetap manusia yang memerlukan hidayah untuk diisikan pada jiwa agar diri mengenal erti takut dan tunduk. kerana takut itulah yang akan mengajar kita erti keberanian dan tunduk itulah yang akan mengajar kita erti ketinggian. mengerti akan sakit dan bahana jika tergelincir jatuh.
nota kaki: entry hanya ingin ingat mengingati. ingatan kepada diri juga.
Thursday, October 20, 2011
sedar akan diri
hari hari yang dilalui seakan hambar. perjalanan kehidupan menjadi semakin mendatar dan telah diketahui apa yang akan berlaku esoknya. tiada lagi semangat berkobar kobar. tiada lagi semangat yang terlalu inginkan sesuatu. kita seperti berada dalam dunia kita sendiri. tanpa kita sedari.
kadang terasa beban di hati makin memberat. timbangan berat di bahu semakin bertambah. kita lalui kehidupan ini dengan penuh liku yang melukakan. tekanan bertambah. pastinya kita rasa bahawa orang sekeliling kita seakan akan tidak memahami kita.seakan akan tidak mempedulikan kita. dunia tak adil. kita rasa diri kita keseorangan. bersendirian kita menahan beban dalam jiwa. sedang hakikatnya, mereka berada amat dekat dengan kita. sedia menyokong dan membantu kita.
kisah cinta dan persahabatan banyak likunya. terbaca di muka buku satu pepatah berbunyi "Friendship isn't about whom you have known the longest... it's about who came, and never left your side". benar, hati ini terlalu menyayangi rakan rakan disekelilinginya kini. sedang cuba menghargai apa yang telah dimiliki. terlalu takut untuk melukakan mereka. dan akhirnya kita hanya mampu berharap rakan rakan yang kita ada sekarang takkan meninggalkan kita untuk mengejar kepentingan sendiri. hanya memandang ketika kita kepayahan. tanpa menghulur tangan untuk membantu.
apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita mencari yang lebih baik dari itu. kita patut hargai orang yang berada dihadapan kita sebaik baiknya. jangan kita menoleh kebelakang lagi kerana apa yang telah terjadi takkan mampu diulang semula.
i've made mistakes in my life. i've let people take advantage of me, and i accepted way less than i deserve. but, i've learned from my bad choices and even though there are some things i can never get back and people who will never be sorry. i'll know better next time and i won't settle for anything less than i deserve. -Book of Quote.
buat kekasih hati,
terima kasih kerana setia mencintai dan menyayangi diri ini. kalau diizinkan dan kita ditakdirkan berjodohan, kita nikah lekas lekas okay? >_< (nakal)
buat teman teman,
terima kasih sebab menerima baik buruk diri ini. ^_^

Monday, October 17, 2011
hanya buat teman
tika air mata mengalir
kau hadir dan menyekanya
kau datang dan tersenyum
bahu itu sentiasa ada untukku
takkala aku gembira
kau tetap ada disisi
bersama dan bergembira bersama
menikmati hidup ini dengan sepenuhnya
dulu aku tak kenal kau
aku tak sedar kau ada
kau hadir tanpa aku sedari
mesra kini ukwah terjalin
mungkin terlalu awal untuk menaruh harapan
namun ini hakikatnya
sayangku padamu ini teman
bukan hanya bicara dibibir sahaja
terlalu banyak insan ego diluar sana
meratah insan insan yang lemah
hingga tersungkur menyembah bumi
menangis dalam kebisuan
biarpun hanya engkau yang tinggal
namun itu sudah mencukupi bagiku
kerna engkau teman yang tak rugi untuk dimiliki
Good friends are like stars, you don't always see them but you know they're always there (old said).
17.10.2011
Qulutt Anak Ali
Friday, October 14, 2011
Perpisahan ini
terdengar lagu ni masa bersiar siar ke laman sesawang seorang teman. teman yang tak di duga menjadi teman yang akrab. teman yang tak diketahui bagaimana boleh menjadi akrab. namun terdapat satu kisah sedih disebalik keakraban ini. di mana tak sanggup untuk diingat lagi.
maaf. aku bukan seorang teman yang baik. namun aku berusaha untuk menjadi yang lebih baik.
pengertian dan pengharapan semata mata yang tinggal. pengertian seorang teman agar faham kekurangan diri ini. dan juga pengharapan supaya diri ini takkan gagal lagi dalam bersahabat.
maaf. aku bukan seorang teman yang baik. namun aku berusaha untuk menjadi yang lebih baik.
Disini bermulanya pertemuan yang terakhir
Kehilangan amat terasa di hati
Mungkinkah ini yang tertulis ditangan takdir
Ku terima perpisahan ini
Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua
Hanya sementara
Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Inginku miliki lebih darimu
Mungkinkah ini yang tertulis ditangan takdir
Ku terima perpisahan ini
Perpisahan yang tak ku duga telah terjadi
Dirimu pergi biar ku sendiri
nota kaki: i act like i don't care. but inside it hurts me so much. damn this feeling.
Tuesday, September 20, 2011
bahagia dalam sepi. sepi kerana hati
hubungan persahabatan bukan satu perkara yang boleh dicuba cuba, bukan perkara yang bila gagal kamu cuba dan cuba lagi tanpa usaha untuk menjaganya
hati ini rasa tersiat siat apabila sebuah perhubungan persahabatan yang dijaga, yang dibangga, yang dilaungkan persahabatan takkan terputus di tengah jalan... kini lebur. mata hanya mampu memandang. hati sakit. terasa amat sakit dan ngilu. tiada siapa dapat memahami apa rasa hati. dibiarkan semakin sakit dan menjadi dendam tak sudah sudah. amat kecewa dan tiada lagi harapan seolah olah tiada lagi hari esok.
sepi ini telah mencengkam jiwa dan menghimpit perasaan. aku terlalu terluka. sedang bersendirian melihat kepayahan diri mencari siapa kita dalam diri sendiri. tiada siapa mahukan perasaan sepi ini, walau kemana arah kita menjauh pergi melarikan diri ke sana ke sini. sepi itu hadir jua..
bukan aku menyalahi insan lain, tak! silap ini datang dari hati aku sendiri
dan kadang perpisahan itu bukan mengajar kita untuk terus lemah, namun memberi kekuatan pada diri sendiri untuk menilai sesuatu perhubungan itu sama ada bahagia atau tidak dengan bersahabat dengannya. dan apabila hubungan yang menyusahkan, lebih baik dilepaskan saja dari terus menyakitkan hati dan menyiksa diri.
"kekuatan sebenar manusia terletak pada hatinya.. semakin kuat hatinya, semakin kuatlah dirinya"
kadang kala kita tidak menyedari betapa dalamnya kita menyayangi seseorang. di saat kita apabila kehilangannya.. dan kadang kala kita tidak menyedari betapa perlunya sayang seseorang terhadap kita, di saat kita amat memerlukannya.
aku bangga melaungkan aku bahagia dengan jalan aku sendiri
biar apa pun rasa orang, biar apa pun bicara orang. aku tetap sebegini. meniti hari hari bahagia setelah permasalahan datang dan pergi. aku tabah mengharungi hari hari duka semalam dan pasti akan tabah menghadapi hari hari yang mendatang. aku bahagia dengan jalan sendiri. dari jauh aku tadahkan tangan, mengharapkan kau bahagia dengan jalan kau sendiri. bicara maaf untukmu. aku rendahkan ego diri, aku rendahkan rasa hati, aku memohon sejuta kemaafan daripada kamu. dari aku hamba yang penuh salah ini.
renungan diri. biar kalam berkata kata
ada kalanya kenangan dan ingatan kita terhadap kata kata atau perbuatan seseorang selalu sahaja bermain di dalam jiwa kita. saban masa kita akan terasa akan cerita lama yang sering kita ingat dan terus menghantui kita. terasa seolah menghiris dan meninggalkan kesan parut yang darahnya masih hangat. aku diam. kaku. aku teringat. sakit di dada terasa. sesak nafas bila teringat. aduh!
dan kita jua rasa, yang kita rasakan yang amat dalam jiwa. jangan biarkan hati ini diselimuti dengan rasa benci yang kuat hinggakan tiada nilai kemaafan yang dapat diluahkan dengan rela dan ikhlas. sesungguhnya kita manusia penuh dengan salah dan pasti akan kalah pada sesuatu.
Saturday, September 17, 2011
kesayangan saya
aku bukan hendak bercerita tentang percintaan aku. Ini berkenaan hal lain. ketamakkan aku. aku sudah kehilangan sesuatu yang sangat berharga dalam kehidupan, sesungguhnya, aku sangat menyesali perbuatan aku itu. keyakinan, kepercayaan dan keakraban yang terjalin punah sebegitu sahaja. namun, itu pilihan aku. yang aku rasa terbaik bagi aku. perkara ini akan memakan masa untuk pulih sedia kala semula.
kadang-kadang, aku memilih untuk menyendiri. menangis seorang diri. biar sepi itu menyelubungi. sepi indah buat yang mengerti, walau derita yang ditanggung terkadang sepi itu membuat kita tenteram, mengajak hati menghayati setiap kejadian yang terjadi. bukan sepi yang membuat kamu sengsara namun sepi akan menyedarkan kita bahawa dunia ini tidak selalu indah. kerana kadang duri di dalam setiap cerita pasti ada dalam hati
masa takkan kembali kepada kita. apa yang kita lakukan, putuskan dan tinggalkan takkan kembali. aku sedar, aku tidak boleh terlalu bergantung pada seseorang kerana aku tahu setiap insan mempunyai kehidupan masing-masing. dan yang pastinya, kamu tidak akan memilih aku untuk bersama susah senang. aku terlalu banyak menusuk duri dalam hati. [aku tegaskan sekali lagi, hal ini bukan berkaitan dengan soal percintaan aku] dan aku juga sudah terlalu serik. lama aku fikirkan perkara ini. aku seimbangkan kelebihan dan juga kekurangan. namun aku masih kalah dengan hati. hati aku terlalu degil. aku utamakan dia. dia seperti adik aku. keluarga aku. sepatutnya, aku tak boleh benarkan begitu. aku takut dia lakukan sesuatu yang melukakan aku, seperti yang aku alami baru-baru ini. hinggakan aku terpaksa pergi. mengubat luka ini sendiri. aduh, sepi itu lebih baik bagi aku.
p/s: kadang rasa duduk di dalam sangkar emas adalah lebih mudah daripada melalui kehidupan sebegini.

Friday, September 2, 2011
untuk seseorang
Untuk seseorang bukan bermakna “seseorang” tu untuk seorang
je, sebab aku nak cete pasal beberapa orang tp dispesifikkan kepada seseorang.
Kalau korang tak faham, lantaklah!
Firstly, Tak lambat lagi rasanya aku nak ucap selamat hari
raya aidilfitri buat semua pembaca blog(bajet ramai orang baca). Aku kat
kampong, tenet memang tade la kat sini. Line talipon pun kureng, hp kena lekat
kat dinding jugak lagi. Tapi ada pembaharuan jugak, kampung aku dah ada jalan
tar! Tar tau… yang berturap! Siap ada sign board okay! Jalan dari kampong aku,
paloh ke kampong kedang. Line talipon kat sana (kat simpang okay, bukan kat
tempat lain) full. But, celcom je ada. This is celcom territory. Tapi bukan aku
nak msj sapa2, so aku berjalan-jalan je la sampai ke kedang. Ayah aku g petik
buah pedadah (in melanau language, tatau nak translate camno).
Nanti-nanti la aku cerita pasal kampong aku lagi. Aku
compile kan sekali dengan kampong bonda aku. (bagi yang masih tak tau, paloh
adalah kampong ayah aku, kanowit pula kampung bonda aku)
Untuk seseorang yang pertama,
Aku tak menyesal dengan keputusan aku. Biarkan aku hidup
macam ni dulu. Terus terang, aku masih sayang dan cintakan kau. Bagi aku
nikmati hidup ni dulu. Kalau jodoh kita kuat, kita pasti akan bersama.
Insyaallah. Janganlah kau risau, aku belum mahukan apa-apa komitmen, so aku
takkan pergi pada orang lain. Dan apabila aku dah bersedia nanti, aku akan
bagitahu kau. Sama ada aku akan terus memilih kau atau tidak, aku tetap akan
bagitahu kau. Kau pun tau antara kita ada “pengikat”. So, don’t worry too much.
By the way, my mom likes u. and keluarga aku kat kampung banyak bertanya
tentang kau. Aku tau kau baca blog aku, jadi aku still nak kau tahu, aku tak
pernah lupakan kau, dan aku pasti takkan lupakan kau. Kau paling lama bersama
aku, paling banyak bersabar, dan kau tahu semua tentang aku. Tapi isu kau
hacked fb aku tu buat aku susah nak terima kau sekarang ni. Kalau tak percaya
kat aku sekalipun, janganlah buat sampai macam tu sekali. Maafkan aku.
Untuk seseorang yang kedua,
Walaupun kau tak lama sangat kenal aku (dekat 4 tahun, lama
la juga), tapi aku tak jangka benda jadi macam ni. Aku sayangkan kau,
persahabatan kita ni. Bukan sekejap tau. Kau di antara kawan aku yang aku
percaya, dan sampai sekarang aku susah nak terima hakikat benda jadi macam ni.
Aku rindukan kau. Dah lama sangat aku tak bercakap dengan kau, sms dengan kau. Tapi
tindakan kau macam aku ada buat salah yang maha besar kat kau. Besar
sangat-sangat. Tapi aku tak tau apa salah aku pada kau, kau bagitahu aku. Sms
pun boley. Aku tak kesah. Asalkan benda ni boleh pulihkan keadaan ni. Aku tau,
tindakan aku lari dari kau tu satu tindakan yang salah, aku cuma boleh
mengharapkan jarak ni akan memperbaiki hubungan ni. Tapi aku pun terkejut
sekali lagi bila kau pun buat tindakan yang serupa. Aku dah tak tau macam mana
nak perbaiki hubungan ni, bukan aku tak sms kau bertanya apa salah aku, siap
mintak maaf lagi. Tapi sampai ke hari ni, sms dari kau tak kunjung tiba. Memang
aku sedia maklum kau seorang yang keras hati, tapi tak jangka sampai begini
sekali. “gan bak keban kau ta au salak kau mun mau mei pubak kat kau. Nak mejah
kau gaya ih”. Takpelah kawan, aku mintak maaf sangat-sangat kalau aku ada buat
salah pada kau. Kalau dah terbukak hati kau nanti, kau bagitahu aku apa salah
aku. Dan aku mohon ampun sangat2. Aku memang bukan insan yang sempurna.
Kesempurnaan dalam berkasih sayang, bercinta dan berkawan
bukan yang aku cari. Aku nak seseorang yang boleh aku bergantung harap apabila
aku susah dan bergembira bersama bila aku senang.
Aku juga macam perempuan lain, yang boleh bergantung pada
seseorang yang bergelar lelaki. Walaupun aku lasak ke hapa ke, aku tetap nak
mengada-ngada kat lelaki. Kalau tak tahu, bertanya pada orang yang tahu,
belajar dan jadi seorang lelaki yang tahu banyak perkara. Sebab aku akan rasa
seronok dan excited apabila apa je yang aku tanya, kau mampu menjawabnya dengan
berhemah dan berilmu. Aku suka lelaki macam tu. Okay, aku bukan manusia yang
sempurna juga, maaf. Demand pulak aku ni.
Aku akan cuba sedaya yang boleh untuk jaga hati semua orang,
tolong orang bila memerlukan dan tak berkira walau sekecil zarah pun dengan
sesiapa sebab mak dan ayah aku dah didik aku macam ni. Aku tak pandai sangat
nak mementingkan diri sendiri, walaupun kadang-kadang aku bertindak seperti
penjual ikan ni, jauh di sudut hati aku, aku masih tetap memikirkan orang lain.
Sampai kadang-kadang perangai aku ni memakan diri aku balik. walaupun dengan
kata-kata aku, aku cakap ‘aku takkan memaafkan orang tu sampai mati’ tapi
akhirnya Allah lembutkan jugak hati aku untuk memaafkan orang. Aku sedar aku
bukan sempurna dan aku pasti pernah buat salah pada orang, jadi dengan
memaafkan orang, aku mengharapkan kesilapan aku juga akan dimaafkan suatu hari
nanti.
Dahla, banyak pulak aku merepek ni. Kepada insan yang
terlibat secara langsung dan tak langsung dalam entry aku kali ni, aku mintak
maaf banyak-banyak sebab aku tau pasti ada orang akan berkecil hati dengan
kata-kata aku ni. (siapakah? Hanya Tuhan saja yang tahu). See u.. =)
Nota kaki: aku lekas marah dan marah aku tak lama sebab aku
malas nak marah lama-lama. Aku pelik tengok orang suka pendam amarah lama-lama.
Bukankah amarah tu boleh memendekkan usia?
Thursday, August 18, 2011
hati ni tercalar lagi
kalau dulu tercalar je.
sekarang calar balar.. ish sakit.
aku tau salah aku. aku sedar silap aku. memang salah aku sbb tak bagitahu.
salah aku sebab buat benda ni jadi keruh.
tapi kenapa cakap macam tu?
mana pergi kata-kata yang berhemah?
mana pergi ayat-ayat yang membina?
kenapa nak runtuhkan semangat orang lain.
kenapa nak calarkan hati orang lain.
kenapakah?
aku dah tak mampu nak pertahankan apa yg aku bina selama ni
aku perlu jadi selfish mulai sekarang.
maaf. aku dah tekad! full stop.
p/s: aku tegaskan kat sini, aku sayangkan MHJ jd ini bukan berkenaan dengan beliau. TK.

Subscribe to:
Posts (Atom)