Sunday, January 30, 2011

kebahagiaan selama 3 tahun

ni pertama kali aku berhubungan yang lama macam ni, paling lama dalam sejarah. dia yang pertama mampu menerima aku seadanya. aku sangat sayangkan dia. dia yang dipilih dah direstui ibu dan ayah aku. walaupun dia kuat membuli aku, tapi aku tau hanya dia sayangkan aku sepenuh hati dia.

inilah dia, kekasih hati aku

kali pertama aku nampak dia masa semester satu program pra ijazah aku, awal lagi masa tu. baru masuk maktab kan? tapi pada masa tu, aku just nampak bahagian belakang dia. dia jalan didepan aku. kawan aku kenalkan dia, dia lelaki yang sangat senyap dan sopan (tatau perangai sebenar dia lagi kan). aku suka gaya jalan dia, nampak gah, yakin and pasti selamat berada kat sebelah dia. kali pertama aku bercakap dengan dia adalah pada semester kedua program pra ijazah aku. dekat depan libary. yang pasti masa tu dia mintak aku belanja dia.

28hb januari 2008,

aku mesej dia. mahal kot masej dia. 20sen satu mesej. yela, pakai rangkaian lain dari dia. aku ingat dia sekali dua mesej je, sekali berjangkit2 sampai habis krdt kitaorang. tapi bagi aku sekrang, berbaloi habis krdt tu. mana aku nak dapat lelaki sebaik dia lagi? jeng3, baik ke? baiknya dia, hanya aku yang tau. walaupun kami masing-masing banyak kekurangan tapi itu yang menguatkan lagi hubungan kami. esoknya, terus dia guna nombo dia lagi satu yang sama rangkaian dengan aku, dia topup tu. selama tu, jarang sesangat dia nak topup. terharu i tau!

aku ni, spesis perigi cari timba. tak malu nak ngaku sebab aku dapat seorang lelaki yang betul2 aku nak. yang betul2 sayangkan aku. yang betul2 jaga aku. kali pertama aku nangis sebab dia ialah masa aku dapat pendrive dia. dia tulis semua tentang aku. betapa dia sayangkan aku (kalau dia tipu, aku tataula. setakat ni aku yakin dengan dia). mak aih, terharunya aku masa tu.

29hb januari 2008
, aku berpasangan dengan dia.


lepas aku bersama dia, aku dapat tau banyak benda. rupa-rupanya dia senior aku masa dekat teknik dulu. dia tinggal dekat sangat dengan aku. dekat sesangat. bukanlah sebelah rumah, tapi dekatla. yang paling tak boleh blah, dia dah lama usha i tau! (ops... i like!)

yang pastinya, aku sangat2 bersyukur dapat dia. aku sangat2 gembira bersama dia. aku sangat2 bahagia dengan dia. aku sayangkan dia! love him so much~~~

p/s: missing u rite now

2 comments:

chik kidal said...

thniah..
hope korng 2 kekal..
aku xsbar nk g sawak mkn nasi myk ko..
he2..
ak tumpng gembira kalo kawan2 ak bahagia...

Adila Farhana said...

insyaallah.. haha