melepaskan apa yang terpendam jauh di lubuk hati
melepaskan apa yang dirasakan benar
yang sejak akhir-akhir ini kian mengundang pelbagai rasa
rasa yang tidak ingin aku wujudkan lagi
henti sejenak wahai hati
katakan bahawa apa yang aku rasakan ini benar
bukan hanya kepalsuan semata-mata
bukan sekadar atas rasa kebiasaan
kerana aku tak sanggup nak menghadapnya lagi
berfikir sejenak wahai akal
untuk menghentikan rasa keji ini
dan biarkan aku sendiri
No comments:
Post a Comment