Monday, February 14, 2011

kata orang ^^,

kata orang makin banyak kita memberi, makin dpat kita dapat (sedekah).
alhadulillah setakat ni, memang hakikat ni benar.

tapi sekarang ni,
lagi banyak kita dapat, lagi banyak kita bagi.
boleh caya tak??

meh i buat kira-kira nak?
nak kira gak? jom!

Elaun untuk semester ni, aku dan kawan-kawan aku dapat RM3160.
banyak tak? yelah tu banyak, setiap sem makin susut je aku tengok (ops! isu sensitip ni)

tengok pulak yang aku kena bayar:
  1. TSHIRT PERTANIAN (RM22)
  2. TSHIRT PJ (RM23)
  3. BAJU KTP (RM25)
  4. BAJU KORPORAT (RM50)
  5. KAIN BATIK KELAS (RM52)
  6. DUIT LAWATAN PJ (RM50)
  7. BUKU EDU 1 (RM21)
  8. BUKU EDU 2 (RM19)
  9. BUKU PJ (RM18)
  10. PROJEK "CENDAWAN"
  11. BARANG-BARANG AMALI (kata lect tade stok, stok tak sampai2.fedup, g beli sendiri)
  12. dan lain-lain pada masa akan datang (duit kelas, jamuan ke hapa ke, n banyak lagi la)
JUMLAH : Rm330 belum masuk perkara 11 dan 12.

tu yang bayar kat maktab, keperluan untuk maktab pulak? maksud i untuk ABM ke hapa ke yang berkaitan dengan pelajaran

dia bagi kita banyak, kita kena hulur banyak gak. mana nak buat assigment lagi
meh buat kira-kira
  1. ink printer RM80
  2. Kertas-kertas assigment Rm50
  3. hantar binding RM20
  4. Bayar broadband (internet slow bebenor, bek tayah ada wiyerless) RM330- bayar sampai bulan 7
  5. bahan-bahan untuk buat assigment. contohnya gam, pen, kad manila, mounting board, CD kosong dll RM50
  6. kalkulator saintifik RM40
JUMLAH : RM570 okey?

semester ni, i praktikum la pulak. belum pergi lagi. tapi dah kena bajet duit. hahaha. mampus!
jom kira lagi
  1. minyak keta pergi balik praktikum RM300 sebulan (kongsi ngn membe, so tatau berapa kos sebenar- murahh lagi kut)
  2. Buku RPH lak RM 23 satu!
  3. ABM untuk mengajar, aku bajet dala RM100 (ni boleh jadi lebih ni, i kan rajin buat ABM ni)
  4. Folio lak i bajet dalam Rm20 (untuk semua sekali la, bkn praktikum je)
JUMLAH : RM 443

$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

apabila dikira semua sekali, RM1343 semua sekali. ini hanya untuk belajar. makan minum aku?minyak nak balik rumah? duit tol? barang keperluan aku macam sabun, tuala wanita, sabun basuh, ubat gigi, dan banyak lagi. nak kena keluar duit jugak tu. kalau duit makan, aku kira dari bulan 2-bulan 6 (RM300) sebulan, aku kena ada RM1500 hanya untuk bagi aku cukup makan. tu pun cukup2 makan.

MAK AIH, balance ada RM317 je? nak balik macam mana kalau minyak and tol aku sekali balik dah RM80. nak beli tuala wanita macam mana? nak beli barang2 lain lagi? kalau ada emergency lak macam mana? aku sakit, demam and banyak lagi. bukan dapat insuran pun benda2 kecik camni.

dah, malas aku nak bajet dah. kompem bajet akan lari. nak kejar pun dah tak mampu

3 comments:

chik kidal said...

bku RPH RM28 la..
tmbh g RM5 lam bajet..
he2..

Adila Farhana said...

hahahaha, tinggalla duit balance rm312

hati itu bulat said...

hahahhaa...nape xde butang like disini??