Thursday, March 17, 2011

Hanya aku cinta kau seorang

kisah yang banyak berlaku kala ini. aku terbaca kat blog kesayangan aku, Lord Zara punya blog. aku boleh kata follower tegar dia. sesungguhnya, tiada apa yang wujud di dunia ni boleh menggantikan nyawa kita, tiada yang mampu nak menyamai nilai nyawa manusia. mampukah kamu bisa wujudkan sesuatu yang mampu menandingi nyawa kamu? ngak bisa bukan? haish. begitu mudah dia menilai nyawanya hanya kerna ditinggalkan kekasih. dan hanya kerna itu dia ingin mencabut nyawanya? kalaulah nyawa boleh manusia buat macam ni:

aku: eh nyawa, aku cabut kau dari jasad aku malam ni boleh? esok aku ambil semula.
nyawa: boleh. tiada masalah. nanti esok aku masuk ke jasad kau semula.
aku: jangan lupa tau?
nyawa: baiklah.

kesimpulannya, well, kekasih boleh kita cari lagi. kalau nyawa mana boleh kan? sayangilah nyawa kita sebaik-baiknya. ini anugerah untuk kita dari pencipta kita.

oklah. tutup kisah nyawa. takut Izrail datang menjemput.

=========================

semalam, kekasih aku ajak aku keluar. nak tahu kami buat apa? bukan berdating dan buat perkara tak berfaedah atau berdua-duaan semata-mata. tapi beli KIPAS! ye benar, beli kipas. percayalah. kekasih aku ni tak boleh berpanas, alah, Malaysia kan iklimnya panas dan lembab sepanjang tahun, jangan fikir bukan-bukan ye (terutamanya kepada cikgu-cikgu pelatih IPG Kampus Tun Hussein Onn kat luar sana). tahulah otak kamu advance. okay, kita sambung mula. kekasih aku tak tahan panas, sekarang waktu pagi sampai tengah hari panas sangat. petang lepas Asar baru hujan. kasihan dia. kami pergilah beli kipas.

err. jap. kenapa aku buat kisah kipas ni?? (garu kepala). biarlah, sambung saja...

selama ni aku tak pernah pergi membeli KIPAS. kipas meja. aku beranggapan harga kipas bawah rm50. tapi pengakhirannya kami beli kipas berharga RM79.90. alah, kurang seringgit je jadi RM80. ni lah dia psikologi urusan jual-beli. letak kurang seposen sebab nak psiko pembeli dan akhirnya si pembeli beranggapan harganya masih sekitar RM70. kan 70 dan 80 tu bezanya 10? kalau kamu tak faham, buat-buat faham la ye? haha (gelak tak ikhlas)

apa ye aku nak buat penutup ni? macam hendak buat karangan bahasa melayu pula kan? (skema nau ayat) biarlah korang buat penutup sendiri. bye! assalammualaikum.

nota pengakhiran: akhirnya kekasih aku tak berpanas lagi. setiap kali call dia, aku akan dengar bunyi angin yang maha kuat di corong telefon. ^_^ suka dia!

biarpun apa kata orang, aku tetap teguh disampingmu. kamu tetap kukuh di hatiku. dan aku mahu kamu tahu, hanya kamu yang aku cintai dan sayangi. Love You MHJ =,=