Thursday, October 27, 2011

Bercinta itu, besar pengorbanannya

kata hati, merayu aku untuk pergi. merintih dan menentang keras untuk meneruskan. aku tahu jalan itu jalan bahagia. dia setia. dan terus menunggu cinta aku. namun aku gagal. kejamnya aku. aku dambakan kasih sayangmu..namun aku tak sanggup bersamamu lagi sedang hati mengingati insan lain. aku tak mahu kamu terseksa lagi. bantulah aku, simpan kemas air matamu untuk insan yang benar benar layak memilikinya. sungguh amat derita dan pedih sekali membuat keputusan ini.

di dalam kekuatan diri untuk meninggalkannya.. untuk menyimpannya di hati yang paling dalam. semua kebaikannya, kenangan bersamanya, semakin aku terasa sakit.

sekadar hiasan kamar hati
pesanku pada adam yang pernah menghuni hati ini, yang pernah menjadi istimewa dalam jagaku. yang menjadi perantaraan mencari jalan bahagia, kuatkan hatimu. aku akan sentiasa ada untukmu. memandang hatimu dari jauh. tegakkan dirimu. aku juga tidak mengetahui siapakah jodohku. seperti mana kamu. andai akan ada ikatan hati lagi antara kita, sungguhpun waktu itu, aku telah bersedia untuk bersamamu hingga akhirnya.

No comments: