Tuesday, October 18, 2011

Cukup cukuplah

kamu hanya tahu berkata kata. sedang hati orang mendengarnya suka. orang terkena umpatan kamu merana. terluka. pedih halwa telinga mendengar. walau hanya sekadar gurauan, namun bisa memutuskan satu perhubungan. hubungan yang telah sekian lama dipertahankan.

akhirnya aku sendiri
(sumber gambar)

benar. memang benar. hati cuba bersikap ikhlas. walau bukan diri yang memberi namun tetap terkena tempiasnya. cukup sekadar membantu kerna aku di laluan itu. namun akhirnya memakan diri juga. orang menerima sepatutnya berterima kasih. dan cukup sampai di situ. tak perlu diungkit ungkit dan mula membuka lembaran cerita. kalau benar tak mengapalah. hanya menjadi bahan gurauan bersama rakan rakan semata. sungguh melukakan.

lama aku terdiam. membisu. benar. salah aku kerana membenarkan. dan hati dia terluka. maaf. salah ini datang dari hati ini juga. 

dengarlah. lihatlah. katakan. saksikanlah. aku sudah bahagia dengan hidup aku kini. ini kehidupan yang aku pilih. kisah suka suka dahulu biarlah sampai disitu. aku tak mahu sedikit pun terpalit pada aku. cukup cukuplah. 

salahkah aku bahagia?
salahkah aku bercinta?
salahkah aku?

kalau kau suka, aku hanya mampu memandang. dan tolong biarkan aku bahagia. kalau kau tak suka, tolong aku juga. tegaskan bahawa kau tak suka. jangan lukakan hati aku lagi. jangan lukakan hati insan yang aku cinta. izinkan aku bahagia dengan jalan yang aku pilih.

nota kaki: insan lain, ambillah iktibar dari apa yang terjadi. hentikan sikap mahu menyaksikan dua hati yang satu menjadi retak seribu.

No comments: