Thursday, October 20, 2011

sedar akan diri

hari hari yang dilalui seakan hambar. perjalanan kehidupan menjadi semakin mendatar dan telah diketahui apa yang akan berlaku esoknya. tiada lagi semangat berkobar kobar. tiada lagi semangat yang terlalu inginkan sesuatu. kita seperti berada dalam dunia kita sendiri. tanpa kita sedari.

kadang terasa beban di hati makin memberat. timbangan berat di bahu semakin bertambah. kita lalui kehidupan ini dengan penuh liku yang melukakan. tekanan bertambah. pastinya kita rasa bahawa orang sekeliling kita seakan akan tidak memahami kita.seakan akan tidak mempedulikan kita. dunia tak adil. kita rasa diri kita keseorangan. bersendirian kita menahan beban dalam jiwa. sedang hakikatnya, mereka berada amat dekat dengan kita. sedia menyokong dan membantu kita.

kisah cinta dan persahabatan banyak likunya. terbaca di muka buku satu pepatah berbunyi "Friendship isn't about whom you have known the longest... it's about who came, and never left your side". benar, hati ini terlalu menyayangi rakan rakan disekelilinginya kini. sedang cuba menghargai apa yang telah dimiliki. terlalu takut untuk melukakan mereka. dan akhirnya kita hanya mampu berharap rakan rakan yang kita ada sekarang takkan meninggalkan kita untuk mengejar kepentingan sendiri. hanya memandang ketika kita kepayahan. tanpa menghulur tangan untuk membantu.

apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita mencari yang lebih baik dari itu. kita patut hargai orang yang berada dihadapan kita sebaik baiknya. jangan kita menoleh kebelakang lagi kerana apa yang telah terjadi takkan mampu diulang semula.


i've made mistakes in my life. i've let people take advantage of me, and i accepted way less than i deserve. but, i've learned from my bad choices and even though there are some things i can never get back and people who will never be sorry. i'll know better next time and i won't settle for anything less than i deserve. -Book of Quote.

buat kekasih hati,
terima kasih kerana setia mencintai dan menyayangi diri ini. kalau diizinkan dan kita ditakdirkan berjodohan, kita nikah lekas lekas okay? >_< (nakal)

buat teman teman,
terima kasih sebab menerima baik buruk diri ini. ^_^

No comments: