Tuesday, November 1, 2011

kita hidup bermasyarakat

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)

setiap yang bergelar Islam perlu percaya ayat diatas.sungguh, akan terdapat sesetengah perkara akan kita benci  kerana pada kita perkara itu nampak buruk pada pandangan kita. pernah atau tidak kita bertanya pada orang orang yang lebih makan garam dari kita?

ada perkara baru yang dipelajari berdasarkan keadaan dan masalah insan insan di sekeliling. manusia mudah lupa. betul? sungguh mudah manusia melupakan orang yang sudah dikenal dalam satu tempoh yang lama untuk insan yang baru hadir dalam hidup dia. cuma ingat ini:

A wise man learns by the mistakes of others, a fool by his own.
-Latin Proverb-

sumber

kita hidup bermasyarakat, kita hidup bersosial, kita hidup pasti akan bergantung kepada insan lain yang berada disekeliling kita. kenapa membuang masyarakat sedangkan masyarakat banyak membantu kita? "kita datang bersambut, pulang haruslah berhantar". mana hilangnya norma norma masyarakat kini? sesedap rasa hidup senang lenang sedangkan terdapat orang yang ditimpa musibah bahana daripada sikap kita yang tamak haloba. pernahkah kamu terfikir bahawa kesusahan yang menimpa orang itu sangat membebankan mereka? sedangkan kamu ke hulu ke hilir tanpa memikirkan masalah yang menimpa mereka? kenapa kamu sangat mementingkan diri sendiri?

tahukah kamu Tuhan itu Maha Adil? tahukah kamu apa yang kamu lakukan hari ini akan memberi kesan pada kehidupan kamu pada masa akan datang? percayakah kamu sekarang ni apa apa perbuatan kita Allah bayar cash? 

peringatan ini untuk kita semua, renung renungkan dan selamat beramal.

2 comments:

amalina wahida said...

datang bersambut, pulang berhantar tu mcm kenal jerk? hahahaha!

Adila Farhana said...

yehaa... kamu tahukah?