Monday, October 14, 2013

teman kesayangan

Aku punya seorang sabahat yang baru aku kenal. Ye, baru 105 hari aku kenal dia. Tak tahu apa istimewanya dia. Kenapa tiba-tiba aku boleh rapat dengan dia. 

Sepanjang aku kenal dia, dalam tempoh yang singkat. Banyak benda aku belajar dengan dia. Perkara pertama: “Tetuang udara”. Ok, aku tak tahu apa benda tu. Binatangkah? Perbuatankah? Bendakah? Apakah? 

Tetuang udara = Radio

Eh, radio ye! Kena banyak membaca selepas ni. [Macam i rajin sangat]. Yang kedua: perbezaan antara baru dengan baharu. Dalam kepala aku yang tak cukup ilmu ni, dua perkataan tu membawa maksud yang sama. Ye! Maksud yang sama. Rupa-rupanya TIDAK SAMA! 

Baru = baru terjadi (merujuk kepada masa)
Baharu = benda baru (telefon baharu, buku baharu, program guru baharu)

Kesimpulannya kat sini, lagi banyak kita belajar, lagi banyak kita tak tahu! Ni aku tiru ayat penceramah motivasi. 

Berbalik pada cerita sahabat tadi, dia seorang yang sangat cantik dan menarik untuk didekati. Aku dan dia rapat sampaikan anak murid cakap kami macam adik beradik. Kebetulan lak aku suka panggil kawan-kawan aku kakak. 

Nak cerita banyak, tak perlulah. Cukuplah aku tahu, aku ada kawan yang boleh tolong aku kat sekolah. Yang boleh ringankan beban aku. Lapkan air mata aku. Bagi kekuatan kat aku. Mampu bangkitkan aku masa aku hampir gagal. Yang paling penting, dia selalu ingatkan aku bahawa aku ni masih hamba-Nya kerana aku selalu leka dengan hidup aku, selalu lupakan Tuhan aku. Thanks sahabat :)

"Selemah-lemah manusia ialah orang yang tidak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari"
Saidina Ali 

ini yayah saya! <3 

sayang kamu dunia akhirat

No comments: