Thursday, June 25, 2015

Perjalanan ini terlalu indah! AKU MENGANDUNG!!! Part 2

eh wei.. aku dah habis pantang pun.. punya la lama nak ambil masa untuk update! :')

sepanjang aku mengandung, tak ada la teruk mana pun. for me lahhh. sebab setiap badan lain-lain. tak boleh la nak samakan antara satu sama lain. cuma aku melampau-lampau penat! well, biasalah tu. kau dari badan sekeping tetiba jadi muatan berat. lebih-lebih lagi bila dah hujung-hujung!

awal aku mengandung, ada la beberapa siri mabuk and muntah. tapi tak teruk. masih mampu makan dan minum. ada setengah orang tak boleh tengok itu ini, nanti muntah. tak boleh hidu bau itu ini, nanti mabuk. Alhamdulillah aku ok! hoyeahhhh! muntah sikit-sikit tu biasa laaaa~ manja! hiks.

then masa pertengahan kehamilan (cewahhhh), aku ada anemia. apa nak heran, berat tak selari dengan tinggi. ringan bebenar. so, kena on ubat. obimin je aku boleh telan. cooper? confirm pening sepanjang hari. aku sangat berdisiplin dalam makan ubat tau. baikkan aku? then, masalah kedua, hidung selalu berdarah! dah elok-elok ambil wudhuk, tetiba hidung berdarah. terpaksa tunggu sampai darah hilang baru boleh solat. hmm... aku ada pengalaman pitam kat tandas sekolah. oh yeah! tetiba gelap. nasib baik kejap je dan aku sempat berpaut pada dinding. masa tu perhimpunan sekolah. aku berdiri lama sebab ada nyanyian lagu (Negaraku, lagu wilayah dan lagu sekolah). then aku rasa kepala aku macam berat and pening-pening. mata aku dah tak boleh fokus. perut pun dah mula rasa tak sedap. so aku naik dan terus ke tandas. sampai je tandas, gelap jap.. then tersedar! fuhh.. nasib baik tak terhantuk je kat singki tu.

kalau bab scan ni, aku prefer pergi swasta sebab doctor akan terang habis-habis dan boleh mintak gambar scan. nak simpan. kenangan tu! kalau kat cheras, aku pergi medivron bandar sri permaisuri je. best sebab doc akan tunjuk mana kepala, tangan, kaki.. ketuban berapa bacaan, anggaran berat baby, heartbeats baby. best. bila dia pasang mic lg best. laju je heartbeat baby. tapi bila nak tgk jantina, baby suka tutup! last-last dia tunjuk juga. kalau kat bangi pula, aku suka pergi klinik as salam. 2x aku pergi untuk detail scan dan 4D scan. berbaloi walaupun mahal sikit. doc terang habis-habis and aku dapat CD. boleh aku tunjuk kat baby bila dia dah besar nanti. TAPI, setiap kali pergi scan perasaan aku bercampur baur. happy, terharu dan tak disangka-sangka aku akan melalui pengalaman ni. sangat bahagia!

masuk penghujung pregnancy. muatan makin berat. kalau bab temujanji KKIA (terima kasih misi KKIA Bandar Tun Razak yang sgt baik), temujanji HUKM.. aku tak pernah miss! baikkan aku? sangat berdisiplin. masa penghujung pregnancy ni la jadi penyebab aku akhirnya kena czer! wei, kena bedah tuuu... bab ni nanti iols cerita! sambungnya selepas entry ini (mungkin 2-3 bulan lagi kot. hiks!)

p/s: tujuan aku menaip kat blog ni supaya aku tak lupa, betapa aku menginginkan anugerah ini berlaku pada aku. Anda suka atau tidak, terpulang kepada anda. Kepada yang masih berusaha, teruskan berusaha, berdoa, berdoa, berdoa! In sha Allah, Allah akan makbulkan. Amin ^_^

No comments: