Saturday, February 20, 2016

Aqilah Zulaikha

manisnya nama dia. hampir sama dengan nama mama dia, Adila Farhana. sedar tak sedar dah 11 bulan anak mama. anak mama yang mama dambakan dahulu. betapa sibuknya life selepas jadi mama ni. keutamaan hanya pada anak, suami barulah kerja. life berama kawan-kawan hampir tiada. masa yang ada hanya di tempat kerja iaitu sekolah. itupun masa breakfast, lepas tu sibuk dengan kelas dan lain-lain.

sepanjang jaga anak mama ni, alhamdulillah dia hanya demam 4-5 kali. tapi sekali demam mesati lama. kadang-kadang cecah seminggu. alhamdulillah juga Aqilah masih fully breastfeed hingga saat ini. makanan solid masih bubur yang dimasak ayahnya. ha ha ha. niat fully breastfeed bukanlah sebab nak anak sihat, bijak dan sebagainya. aku cuma nak bagi yang terbaik (bagi aku) untuk dia. setiap ibu nakkan yang terbaik untuk anak masing-masing. so apa pun pilihan anda, itulah yang terbaik yang anda mampu sediakan. susu aku pun dah semeriah dulu. masih ada, cukup-cukup untuk Aqilah. nasib dia banyak makan skrg. fuhh.. lega.

bab vaksin, maaf. aku bukan anti vaksin. malah semua vaksin anak aku ambil. termasuk vaksin pneumococcal yang berharga RM250.00 sekali suntik di hospital serdang. aku tak nak pertikai orang yang tak mahu ambil vaksin untuk anaknya, tapi pandangan aku, Malaysia banyak "pelancong" luar yang mungkin sihat atau tak, bawa penyakit atau tak. aku tak boleh tahan tengok anak aku melawan virus-virus tersebut dengan bersendirian. ini salah satu ikhtiar aku. 


Aqilah, mama sayang yang teramat sangat pada awak. awaklah penghibur mama, mampu menghilangkan penat mama dan penyejuk hati mama. i love u always.

No comments: