Thursday, January 6, 2011

sungguh aku menyayangimu

benar, hati dan perasaan tak boleh dipaksa-paksa. benar, bila kita mencintai sukar bagi kita melupakannya. benar, sekali kita kecewa pasti sukar untuk kita menyembuhkannya.

aku menyayangimu sepenuh hati aku. kalau kamu tahu.. sungguh tiada yang lain selain dirimu seorang. kerana tiada insan yang lain akan sama macam kamu. aku hendakkan kamu seorang, jadi tekadku hanya akan bersama kamu sahaja. hati aku tekal. namun ketentuan Tuhan takkan aku persoalkan sekiranya kamu bukan milikku. seharusnya akan aku berbangga kerana aku berusaha sehabis baik untuk menjagamu sepenuh hati aku. maaf sekiranya kadang kala aku terlalu mengikut emosiku, akal tak rasional aku apabila aku bertindak di luar batasan seorang perempuan, namun aku mahu kamu tahu.. hanya pada kamu aku letakkan harapan.

jangan sesekali kamu mengganggap aku membelakangi kamu. kerana aku sentiasa mengutamakan kamu, selain dari keluarga ku. tahukah kamu, apabila aku menjaga keluargaku sebaiknya, aku akan mampu menjaga kamu sebaiknya. kerana tanpa keluargaku, siapalah aku.

hati dan perasaan boleh berubah2, kerana ada pasang surutnya. namun aku mahu kamu tahu juga, aku hanya setia padamu. aku berharap kamu akan menjadi suamiku dan seterusnya menemanimu seumur hidupku..

p/s: hati dan perasaan bukan untuk dipermain2kan

No comments: