Friday, January 7, 2011

mana satu pilihan hati?

jangan sesekali dipersoalkan mana satu pilihan hati aku. kerana aku dah tetapkan hati aku hanya pada kamu. nak tahu siapa kamu? hanya kamu, aku dan Allah saja yang tau. kalau direnungi balik semua dugaan yang kita harungi bersama selama ni, aku pasti aku dan kamu akan berasa sangat gembira dan terharu kerana KITA berdua berjaya melepasi semuanya walaupun amat perit untuk dilaksanakan dan diterima.

aku berasa beruntung kerana memiliki kamu. disamping kamu, keluargaku yang menyokong aku dan perhubungan kita amat aku hargai. mungkin aku boleh dapat yang lebih baik daripada kamu. namun hanya kamu pilihan hati aku. kenapa? kerana hanya kamu yang banyak bersabar melayan kerenah aku, kenakalan aku.

aku hanya mahukan kamu merasa bangga, bahagia, dan beruntung kerana bersama aku. aku mahukan apa yang telah kamu korbankan seperti kesetiaan kamu, kasih sayang kamu, masa dan wang kamu berbaloi untuk perhubungan kita. oleh kerana itu, aku berusaha untuk membahagiakan kamu.

p/s: big thanks to my family kerana menyokong dan MERESTUI hubungan kami =)

No comments: