Sunday, April 10, 2011

cikgu ohh cikgu...

Yalah, macam ni ke cikgu zaman sekarang. TT pun tak faham! Kalau betul anak murid awak tu bermasalah, kenal pasti kenapa dia macam tu, tanya, kenali anak murid dan bantu selesaikan masalah tu. Mak bapak jaga anak kat rumah, kat sekolah, cikgu la pulak, bukannya bila anak murid ada masalah kat sekolah, terus pass balik kat mak bapak! Senang sangatlah kerja cikgu kalau macam tu...

sentap hati hamba bila org Media Massa tulis artikel sebegini. kamu semua nak kata hamba emo, katakan sahaja lah. bukan hamba nak ambil peduli. tersinggung benar rasanya.

wahai ibu bapa:

bukan "hamba" menolak untuk mendidik anak bangsa. bahkan hamba bersemangat nak melihat anak-anak didik hamba cemerlang, bila anak didik hamba cemerlang, kembangnya rasa dada, bahagianya rasa jiwa.yang paling membahagiakan apabila anak didik yang nakal, tak mendengar kata, tidak suka membuat kerja sekolah, akhirnya mendengar kata hamba. biarpun terpaksa membimbing sedikit demi sedikit hamba sanggup. biar lambat dia belajar dan memahami, hamba rela. namun akhirnya dimarahi ibu bapanya juga kerana dikatakan mengambil masa yang banyak sehinggakan anaknya lambat pulang. hamba sedar ibu bapa banyak perkara hendak dikejar, rezeki perlu dijaga untuk memberi nafkah kepada keluarga, namun bila si anak yang tidak mendengar kata dan sukar untuk melihatnya menghadap buku mahu belajar, hamba tak sanggup hendak menghantarnya pulang kerna si anak MAHU belajar.

dunia sudah jauh berubah. dulu dengan kini banyak sungguh bezanya. kiranya guru memegang ROTAN sekalipun, boleh disaman ibu bapa kerana rotan itu mampu menakutkan anak murid. salah disisi psikologi. hinggakan guru takut hendak mengajar kerana takut sekiranya tersalah langkah, penjara padahnya. STRESS dalam pekerjaan, dulu dengan sekarang pun besar luasnya perbedaan. tanggungjawab yang digalas bukan sedikit bilangannya, kaulah cikgu BM, kau lah cikgu KH, kau lah cikgu bola baling, kau lah tanda kehadiran, kau lah tanda kerja rumah, ka lah tanda kertas peperiksaan, kaulah setiausaha peperiksaan, kau lah timbang berat murid-murid, kau lah melihat tahap kesihatan murid-murid. pelbagai pekerjaan, kaulah yang tanggung. tugas pengkeranian di sekolah sudah cukup banyak, sedangkan tugasnya pada mula hanya mendidik mendidik dan mendidik anak bangsa.

benar kata orang, hampir separuh rumah sakit jiwa diisi oleh guru-guru yang sudah sampai limit mereka hinggakan tidak mampu untuk menghadapi cabaran anak-anak murid kini. hamba tak salahkan murid-murid hamba kiranya mereka calarkan kereta guru, ugut guru, pukul guru, dan banyak lagi. kecewa menyelubungi lebih dari perasaan marah.

katakanlah ibu bapa, tidak semua guru yang jahat. hamba melihat, guru yang cepat melenting kerana tugas mereka terlalu banyak. sejak hamba menjadi guru (belum secara rasmi), tahap kesabaran hamba benar-benar teruji dengan anak-anak didik hamba. namun hamba tahu, besar rahmatnya menjadi seorang guru.

satu kisah benar. sudahlah anak diserahkan bulat-bulat kepada guru untuk mendidik di siang hari, pada malamnya pula tugas menjaga anak-anak diserahnya pada polis pula. ada ke call polis memalam tanya anaknya ke mana.. lawak tol ibu bapa skrg.

p/s: jagalah anak bangsa... ok?

No comments: