Thursday, April 14, 2011

Entry untuk Amirah Fatin

dia pergi belajar kuala Terengganu, MRSM. Bonda tak pernah hantar dia pergi daftar, mahupun pergi ambil dia masa dia tamat SPM. namun aku tahu, dia tabah lantaran bonda sentiasa mendoakan kejayaan dia. bonda hanya pernah menjenguk dia sekali sahaja, itupun kerana kebetulan bonda ada sedikit urusan di sana. aku tahu, dia sangat gembira apabila bonda datang melawat, biarpun sekejap.

ayahanda pula suka sentiasa bersama dia. ayahanda sentiasa cuba penuhi permintaan dia. biarpun dia tidak pernah meminta-minta, lansung juga tak pernah hendak menyusahkan. namun ayahanda tahu, apa yang anakandanya mahu, dan apa yang dia impikan.

ayahanda dan bonda sentiasa bersamanya, sentiasa mendoakannya.

dia anak yang bijak. adik yang naif, terlalu naif kadang kala. pernah satu ketika, dia sampai di perhentian bas, KL sentral pada jam melewati 1 pagi. kebetulan ayahanda baru pulang dari KLIA atas urusan bersama sahabatnya. dia tahu dan dia hanya meminta ayahanda berehat sementara dia menunggu train yang pertama jam 5 pagi untuk ke Bangi. alahai adik, kenapa engkau begitu naif? sedarkah engkau dunia berganjak terlalu pantas hinggakan banyak manusia hilang pegangan? ayahanda terus bergegas ke KL sentral untuk mengambil dia. dia rasa serba salah kerana keesokkannya ayahanda demam. adikku, tahukah kau pengorbanan ayahand itu ternyata berbaloi?

dia tamat SPM dengan keputusan yang sangat cemerlang, 10A. dia salah seorang daripada 6 orang yang mendapat straight A's di MRSM Kuala Terengganu (Kopok Lekor nyaman). ternyata biarpun dia belajar jauh, hanya pulang 4 4-5 kali setahun, nanum kejayaannya bukan calang-calang kerana aku pun tak secemerlang itu hanya kerana aku terhanyut dalam arus sosial yang menggila.

pagi tadi aku dikejutkan dengan brita dia pergi interview JPA untuk sambung study ke Jerman course engineering. aku bangga dengan dia. mudah2an segalanya mudah bagi dia, dan mudah2an dia dapat mencapai bintang di angkasa =)

p/s: doakan dia berjaya dalam interview dia. Amirah Fatin Ali Ahmad
p/s/s: bonda, Fatimah bt Tambi dan ayahanda, ALi Ahmad Bin Seman pasti akan berbangga dengan kejayaan dia =)

No comments: