Tuesday, May 10, 2011

kutip segala sisa-sisa

AMARAN KERAS: BACA SAMPAI HABIS. JGN BUAT CONCLUSION AWAL!

aku dah buang dia dalam hidup aku. aku dah bekukan hati aku. aku dah tutup hati aku. aku dah tak mahu berpaling balik. aku menangis sampai kering air mata aku. pujuk rayu dia, langsung aku tak ambil tahu. Call dia langsung tak diangkat, sms langsung tak dibalas. tutup handphone! Nyah kau dari hidup aku!! cukup sampai situ je. hati aku, kering! kemarau!

tiba-tiba...

dia datang merayu, dengan mata yang kuyu. mengalir setitis air mata berharga. bukan aku bangga, tp hati aku pilu. kenapa kau datang merayu? aku dah tutup hati aku.

kecewa aku, bukan sehari dua aku tanggung, kecewa aku 3 tahun lamanya.
penantian aku bukan sehari dua aku tunggu, penantian aku 3 tahun masanya.
kesakitan aku bukan sehari dua aku simpan, kesakitan aku 3 tahun menahanya.
kesabaran aku bukan sehari dua diuji, kesabaran aku 3 tahun lamanya.

Dia bukan suamiku lagi, 3 tahun aku menagih simpati.

kenapa kau datang merayu? masa aku merayu, kau langsung tak ambil peduli...

aku tak mahu melihat kau menitis air mata. bukan itu kemahuanku. bukan aku hendak berbangga, tapi aku mahu kau tahu. aku sudah tak mampu. cukup sekadar sampai disitu sahaja.

kau merayu pada kawan aku, kau merayu pada orang tuaku, supaya dipujuknya aku. Mungkin pada firasatku, kau juga merayu pada Tuhan supaya dilembutkan hati aku? kau merayu tanpa jemu. hendak aku lemparkan sahaja telefon bimbit aku (eh, sayang tu).

3 TAHUN

bukan satu tempoh masa yang singkat. banyak perkara kita kongsi bersama. banyak kenangan kita simpan bersama. terlalu banyak. SUMPAH! memang seperti patah sebelah kakiku yang melangkah bila kau tiada disisi. seperti separuh nyawa aku melayang kalau kau pergi. aku takkan mampu mengenang semua kisah-kisah kita. kenapa aku pilih perpisahan? pasti ada sebabnya, kau sendiri tahu bukan??

BENAR... bila aku melihat gambar-gambar kita, aku menangis. BENAR... bila aku teringat kisah-kisah suka kita, aku tertawa. BENAR... bila aku terimbau kisah duka kita, aku kecewa. BENAR... kau dan aku saling melengkapi. BENAR... kau dan aku saling memerlukan. BENAR... kau dan aku saling menyayangi.

KENAPA AKU TERIMA KAU SEMULA

aku pun ta tau kenapa aku terima kau semula sebenarnya. aku dah terbiasa hidup bersama kau. masa aku susah dulu, kau ada bersama aku. masa aku senang sekarang... rasa macam tak sempurna bila kau ta ada. aku tak mahu org fikir aku semudah tu membuang kau dari hidup aku. aku redha walau apa jadi lepas ni. ye, aku masih sayangkan kau! cintakan kau!

kau banyak yakinkan aku, kau bersungguh-sungguh nak dapatkan aku. ye, walau sekeras mana hati aku, kau dapat cairkan aku.

aku harap kau akan menggunakan peluang ni sebaik mungkin. sebab kalau lepas ni, apa2 terjadi, aku takkan berpaling lagi.

LOVE ONLY YOU..

No comments: