Saturday, November 26, 2011

kamu [sahabat]

kamu,
seorang yang kuat menongkah arus kehidupan dulu
sentiasa membantu tika aku memerlukanmu
akan bersedia menemani aku
kata katamu menjadi hikmah kepada aku

namun aku lihat kau makin lemah
semangat kau terus menerus hilang
aku kecewa
aku mahu kau terus tersenyum
apa yang berlalu biarlah berlalu
tabahkanlah hatimu

aku rasa diri aku lemah melihat kau lemah
aku lemah melihat insan sekeliling aku lemah
kemana aku bila kamu kamu semua memerlukan aku?
buntu...
diam...

maaf, aku memang bukan seorang sahabat yang cukup baik untuk sesiapa pun
maaf, aku seorang manusia yang terlalu banyak cacat celanya
maaf, aku telah berusaha untuk menjaga hati semua orang dengan sebaiknya


sungguhnya aku gagal
walaupun aku telah berusaha
menjadi yang lebih baik untuk kamu kamu

hanya mampu tinggalkan jejak dalam hidup kamu
maafkan aku sahabat