Tuesday, January 24, 2012

aKu kAu & mEreKa

PENTING
kau dan mereka sama sama penting, tapi tahukah kau bahawa kau lebih penting. kedudukan kau dalam hati aku adalah teratas. kau kekasihku, mereka hanyalah sahabatku. dan apabila aku sah menjadi milik kau, kita akan sentiasa bersama, mana mungkin aku mempunyai banyak masa seperti sekarang untuk bersama mereka.

SAYANG
benar, aku sangat sayangkan mereka. mereka itu sahabat aku. walaupun kadang kala hati ni terguris sebab mereka, tapi ingat jua sayang, aku bukan insan sempurna. pastinya aku pernah mengguris hati mereka. sebab itulah sayang aku pada mereka tetap ada. tapi kau berbeza. suka aku, sayang aku, cinta aku hanya pada kau. tiga perasaan yang pastinya ada untuk kau. aku hanya sayangkan mereka, namun aku suka, sayang and cintakan hanyalah kau.

sayangku,
kalau mahu aku menceritakan perbezaan kamu dan mereka, terlalu banyak sayang. terlalu banyak. kau teristimewa dalam hati aku. kau berbeza pada pandangan aku. apabila aku bersama kau, aku tak perlu berpura pura, aku tak perlu asyik memikirkan kesan dari tindakan aku, kepala aku tidak berat memikirkan cara menjaga hati orang. aku hanya boleh jadi diriku sebenar bila bersama kau.

sayangku,
kau kesayangan aku. kau cinta hati aku. kurangnya kamu, aku terima seadanya. walau hati ni kadang mengeluh. kau tidak seperti yang aku jangkakan. aku berusaha menerima kau sebaik baiknya. aku perlahan lahan menegur mana yang boleh aku ubah, supaya kau mampu hidup tanpa bergantung pada aku. kerana kau lelaki, yang akan menjaga aku nanti. tempat aku bergantung harap pada kemudian hari. bukan aku berniat ingin mengubah kau seperti lelaki idaman aku, cukuplah sekadar kau mampu menjadi lelaki yang mampu menjaga aku.

sayangku,
aku tahu mana silapku. sikap panas baran aku, hanya kau yang tahu dan faham. hanya kau yang mampu menerimanya. sikap dan perangai aku yang hanya kau yang tahu. berilah ruang pada aku, sebagaimana aku memberi ruang pada kau untuk berubah. maafkan aku, kerana aku sedar mana silapku.

cintaku,
aku tak perlukan lelaki yang kaya, kerana aku mampu menunaikan sendiri kehendak aku tanpa meminta darimu. aku tak perlukan lekaki yang kacak, kerana aku bukanlah seorang perempuan yang cantik. cukuplah sekadar sedap mataku memandangmu, sejuk hati melihatmu, kenyang perut bersamamu. aku tak perlukan lelaki yang gagah, cukuplah sekadar yang mampu melindungiku apabila aku kesusahan. aku tak perlukan lelaki yang mulia untuk membimbingku, lelaki yang baik bersamaku kerana aku bukanlah gadis yang mulia dan baik. cukuplah sekadar lelaki yang mampu melayani kehendak dan kerenah aku yang pelik.

aku tahu suka kau, sayang kau, cinta kau hanya untuk aku. aku yakin tentang itu. tapi sayang, aku juga yakin jodoh itu datangnya dari Tuhan yang Satu.

ingatlah sayang, SUKA, SAYANG dan CINTA aku padamu sahaja kerana aku hanya ada kamu bergelar kekasihku.

No comments: