Sunday, January 15, 2012

dimana kekurangan itu?

langkah demi langkah. masa berlalu terlalu pantas. tapi hati tetap bersyukur kerana masih mengharap masa itu merubah segalanya. impian yang dibina dulu kian kabur digantikan dengan harapan yang baru. aku dah semakin melangkah laju, meninggalkan kenangan itu untuk mencari ketenangan. biar tetap disitu. malas... *mengeluh.

semakin banyak kita memberi, semakin banyak kita terima. itu janji Tuhan. walaupun kedua duanya aku lakukan, aku tetap ada rasa kekurangan. tapi apa? di mana? aku sudah penuhi banyak kehendak nafsu serakah aku yang gila membeli barang barang gadjet ni. aku sudah berada dalam zon selesa. sangat selesa.

**harta menimbun kalau dikikis setiap hari pun boleh jadi kontang juga

aku tetap akan masih mencari mana kekurangan itu.

harapan dan impian 2012:
  1. ....
  2. ......
  3. ........
  4. ..........
  5. ..............
macam tiada je. dah, senyap. **masalah jiwa disini

perancangan awal tahun semuanya berjalan lancar. plan A tak jadi, plan B ada. Tuhan ada untuk membantu meringankan beban hambaNya.
  1. pointer naik mendadak. Alhamdulillah, dari sem 3 tak pernah turun turun lagi. harapnya akan naik atau terus kekal begitu hingga tamat pengajian. insyaallah akan diusahakan walaupun masih berniaga.
  2. dah dapat rumah sewa di tempat berdekatan dengan sekolah. alhamdulillah, murah dan selamat. jimat duit minyak kereta dan insyaallah tak letih sangat badan nanti.
  3. rezeki masih ada walaupun tak menentu. tak perlu meminta bantuan mak ayah lagi buat masa ni, insyaallah akan cuba dikekalkan.
  4. masih mampu tersenyum dan menjalankan tanggungjawab yang diberi sebaik baiknya dan sejujur jujurnya tanpa mengeluh. harapnya sikap ini akan berkekalan hendaknya.
  5. masih mampu menghadapi dugaan yang datang, walaupun sedikit goyah tp masih mampu terus melangkah.

++saya masih kuli, belum mampu jadi bos. nanti satu hari, saya pula jadi bos++
"petikan kata kata rakan saya"

Broadband aku jual
Baju aku jual

**blog kekasih saya :') terharu**

No comments: