Thursday, June 7, 2012

Rezeki itu datang dari Allah

bertemu kembali di tinta usang ini >_< 

rasanya ramai orang tahu yang aku ni buat bisnes online >>>>Click Here<<<< well, apa istimewanya? tiada apa istimewa pun. just wanna share sesuatu yang terjadi je. moga semua jadikan pegangan dalam hidup, rezeki itu datang dari Allah. walau tinggi mana kita berada, kita jangan sesekali lupakan keluarga kita. bukan nak berbangga, cuma ingin mengingatkan. sejujurnya, banyak dugaan masa buat bisnes ni. tp alhamdulillah aku masih teruskan. sampai nak report polis dsb. well, tanak cete bab tu. kita cari kisah utk dijadikan pengajaran.

terus terang cakap, untung aku tak banyak mana pun. cukupla utk memudahkan semua urusan aku, makan minum, topup, minyak kereta, pergi balik rumah parent plus tol and baiki kereta bila rosak. aku ni kuat mengeluh gak, tp bila semua dugaan ni jadi, aku jadi makin berusaha. rajin sikit la ^^. mai aku nak cerita sikit..

penghujung tahun 2011 dulu, masa cuti semester. aku dapat untung lebih sikit. and kebetulan mak aku kena pergi Jerman atas urusan kerja. secara tiba-tiba mak aku kena pergi. nak prepare pergi sana pun payah. beli baju sejuk dsb, kebetulan masa tu winter. duit belanja lagi. bayangkan convert RM2600 jadi 600 Euro je! melihat kesusahan mak aku terutamanya dari aspek kewangan, takut mak xcukup duit. aku pun hulur la sikit. sungguh, malam tu aku merayau cari ATM satu bangi, semua out of service. dugaan dugaan. aku ni pulak xsuka simpan cash dalam tangan. nanti habis dibelanja. tapi takpe. esok pepaginya aku keluar, pergi cucuk atm. alhamdulillah. aku hulurlah sikit. huhu.. then, kat dalam tgn aku xde sesen pun dah. takpe, asalkan aku memudahkan urusan mak aku. cukuplah.

then, mak aku berlepas. aku ngan ayah aku hantar ke KLIA. sehari selepas tu dan hari-hari selepasnya. rezeki aku melimpah ruah. aku mampu beli apa yang aku nak sepanjang cuti tu.duit belanja naik sem pun aku xmintak dari ayah aku. (dah lama xmintak duit ayah ni).

until now, even duit xbanyak, aku tak kaya. tp memadai lah. tak pernah kering lagi sampai xde sen pun. alhamdulillah. 

satu peringatan, jangan sesekali lupakan keluarga kita. jangan kedekut, selalukan bersedekah. and paling penting ikhlaskan hati kita. Allah tu maha pemurah. ingat, lagi banyak kita memberi, lagi banyak kita menerima. 

nite :)

No comments: