Monday, April 1, 2013

Setelah sekian lama

Lama dah tak update apa-apa kat blog. walaupun aku ada banyak masa terluang.

MASA TERLUANG????
oh ye... aku kan budak lepasan IPG yang tak dipostingkan lagi. jadi sekarang, aku menikmati "cuti" yang maha panjang ni dengan perkara-perkara yang sia-sia, kadang-kadang mendatangkan manfaat.

Disember 2012,


Peristiwa yang paling best berlaku. Keluarga MHJ datang meminang saya lah!!! Ok, dipendekkan cerita kami dah bersama. Bercinta 5 Tahun, akhirnya dah jumpa jalan untuk menghalalkan hubungan kami. Insha Allah. Doa-doakan kami ye. mudah-mudahan dipermudahkan semuanya.

Cuti-cuti ke Sarawak. niat sebenarnya nak bawa MHJ pergi jumpa dengan orang-orang tua di kampung. Alang-alang bersiar-siarlah kami di sana. KL-Kuching-Sarikei-Paloh-Sibu-Kanowit-Sarikei-Sri Aman-Kuching-KL. Masa ni dimanfaatkan sepenuhnya. oh yeaaaahhhh!!!!

Januari 2013,

saya dah tua! 24 tahun dah. hoho. Nothing special this month. Ok, noktah.


Febuari 2013,

Dapat tau interview bila. ok.... 7 Mac 2013 di Putrajaya. mak aih, sebulan lagi... dussss. apa nak buat?

Mac 2013,

Dah bosan menunggu berita bila nak posting... Hei, jangan cakap aku ni dok saja kat rumah! Walaupun aku "penganggur", aku ada tanam anggur tau! at least, aku tak minta duit mak ayah aku... ada duit poket sendiri... Bisnes kecil-kecilan secara online >>KLIK SINI<<.

Interview aku berjalan lancar, walaupun aku tergagap-gagap nak menjawab. Tapi Alhamdulillah, boleh. Insha Allah lulus.. Amin... (Doakan sekali ye). Panel tanya macam mana nak jana pemikiran kreatif kat murid-murid, jawab la! haha... apa beza soalan terbuka & tertutup. tertutup kejap mulut. 3 Domain taksonomi bloom, aku terlupa satu domain.. aiii... nasib baik aku ingat sikit-sikit.



CHANGLUN!!! Aku menghabiskan 3 hari 3 malam kat Kedah. Terima kasih kat tuan rumah, CIK Nurul 'Atikah sudi bawa aku jalan-jalan ke padang besar cuci mata, arau makan burger bakaq, Langkawi naik cable car, Alor Setar jumpa Mytan.. sangat seronok! tak puas lagi, tapi... (Malas nak habiskan ayat)

April 2013,

tunggu lagi, menunggu lagi... bilalah penempatan kami nak ada..

Nota kaki: bukan nak mengeluh kerana tahu Insha Allah rezeki tu ada. Aku bersyukur sebab diberi kesempatan yang sangat lama untuk dihabiskan bersama keluarga. Cuma mengharapkan satu hari nanti (yang pasti) aku dapat meringankan beban orang tua aku -BILA AKU DAH KERJA

No comments: