Monday, December 15, 2014

Perjalanan ini terlalu indah! AKU MENGANDUNG!!! Part 1

Menjadi lumrah setiap wanita (cehhh, guna perkataan wanita dah sekarang!) teringin mempunyai zuriat sendiri dengan rahim kurniaan Illahi pada tubuh kita sendiri. Rasa teringin itu akan semakin membuak-buak apabila kita selamat diijab kabulkan. Eleh, macam desperate je kau ni kan?? -_-?

Sebenarnya, niat untuk mendapatkan zuriat ni bermula sejak aku selamat diijab kabulkan bersama Mr MHJ aku ni. Walaupun aku agak ganas orangnya, panjat sana sini, berlari sana sini, bercakap agak kasar tapi naluri tu ada. Entah kenapa. Jadi aku dan Mr MHJ ni berusaha la sejak hari pertama kami bernikah, gelojoh tak??

Hari demi hari, bulan berganti bulan. Nasib baik tak sempat tahun berganti tahun je. Cukup 8 bulan selepas kami hidup bersama aku disahkan mengandung!!!! HOYEAHHHHH! aku subur... eh? Ada la bulan-bulan aku pernah menangis kat pangkuan suami aku bila aku period. Dia lah pujuk aku setiap bulan. Terima kasih Mr MHJ! Love u! Aku mungkin nampak strong kat luar, tapi hati tisu!

Part ni paling best. Honestly, kau suruh la aku makan apa pun, aku makan 2 3 kali, pastu taknak dah. Means apa-apa ubat or supplement memang takkan jalan dengan aku. Sebab aku bukan seorang yang istiqamah dalam melakukan sesuatu. So, sebelum aku disahkan mengandung ni, aku pergi berurut. Masa tu sebelum puasa. Dah dekat-dekat nak "datang bulan" dah tu sebenarnya. Tapi, redah jelah. Tak salah mencuba. Jauh aku pergi, sampai ke JELEBU, NEGERI SEMBILAN. Ha.. Hamik kau! Tapi kan, makcik tu urut best. Rahim aku senget ke kiri katanya. Masa dia tengah urut tu, aku dapat rasa macam organ aku di pegang seketul macam tu then letak balik. Ahhh.. korang bayang la sendiri eh? Ok cukup pasal berurut. Nak nombor makcik tu, mai PM aku. Kah3 ^_^

Pastu aku datang bulan macam biasa, then tak puasa selama 5 hari, pastu puasa.. macam biasa. Masa tu tinggal 3 hari lagi nak raya. sepatutnya period aku dah datang. period aku ting tong gak tapi beza 2 3 hari je. tu kira ting tong juga eh? biarlah! aku dah berdebar, padahal setiap kali period aku lambat aku memang akan jadi tak tentu arah. Laki aku sabar je dengan kerenah aku. So aku pun apa lagi, jalankan misi memujuk laki aku untuk beli pregnancy test! Last sekali kitaorang beli yang biasa punya, tak sampai RM10 kat guardian warta tu. Lupa nak inform, aku rasa rumah mentua, jadi kat bangi je la aku.. >.<  Aku ni bukanlah seorang manusia yang penyabar orangnya, balik je dari warta terus ke bilik air, test! nampak tak gelojoh kat situ? hahaha. So dah check, tunggu la. Lambat pulak line ni nak muncul. Masa tu nak tak nak kena sabar. Mula-mula aku nampak 1 line je, ada rasa kecewa gak dalam diri. Tapi lama-lama aku nampak lagi 1 line samar-samar. So total 2 line!!!! Aku gosok mata aku, aku tak percaya. Masa ni mata dah bergenang, sebab antara rasa happy dengan tak percaya tu bercampur baur. Tapi masa line kedua tu dah nampak, aku terlompat sikit. Rasa nak sujud syukur dalam tu juga. Kejadian ini semua berlaku dalam BILIK AIR hokay! Aku keluar la dari bilik air pastu nampak Mr MHJ dengan muka selamber dia. Muka tiada perasaan, macam biasa. Ish dia ni, selalu spoilkan mood. cuba la buat muka excited ke, pura-pura nak tahu ke... takpe, oleh sebab aku dah biasa, aku abaikan reaksi muka dia. hahahahhaha. Love u sayang! Aku pun bagitahu la dia, tapi itu la aku cakap tadi, dia takde reaksi yang spesifik. sampai sekarang aku susah nak baca perasaan dia, walaupun dah dekat 7 tahun kenal dia.

Keluarga aku antara yang pertama tahu benda ni. Ops. i memang tak pandai nak rahsia-rahsia. Berita gembira, kongsi-kongsi la. Kawan yang rapat dengan aku pun tahu juga. Yang bab expose kat insta tu lepas aku buat 2D scan. sebab nak confirmkan. sebab keraguan aku tu masih ada. rasa tak percaya tu menebal sangat walaupun dah berkali-kali aku test pakai pregnancy test! KANTOI. hahaha. Ok, kat bawah ni gambar ultrasound tersebut.


untuk bulan-bulan seterusnya, nanti aku sambung. Malas pula nak menaip! Jumpa lagi di Part 2!

p/s: tujuan aku menaip kat blog ni supaya aku tak lupa, betapa aku menginginkan anugerah ini berlaku pada aku. Anda suka atau tidak, terpulang kepada anda. Kepada yang masih berusaha, teruskan berusaha, berdoa, berdoa, berdoa! In sha Allah, Allah akan makbulkan. Amin ^_^

2 comments:

ainaaamira. said...

Adila Farhana...or..Didie.

Tak tahu whether kau still ingat aku since kita cuma berpeluang kenal for only a month dekat tikl then aku tukar sekolah. Huhi.

Whatever it is, seronok habis tengok kau dah kahwin and now..pregnant! Alhamdulillah. Dulu kemaen ganas eh. Ke still lagi? Hihi.

Adila Farhana said...

Of cos aku ingat kau! Mana mungkin boleh lupa org yang bg nama didi kat aku. Rindu gila... nak contact ko balik pun tak tahu macam mana... well aku masih ganas, cuma dah kurang sikit. Dah jadi bini orang kan? Apatah lg nak jadi mommy xlama lagi.. ^_^ please add me at fb... https://facebook.com/qulutt