Tuesday, January 25, 2011

The Darkness

semester ni kena buat amali untuk ikan hiasan dan haiwan kesayangan. sila rujuk pada entri sebelum ini and yang ni jugak. jadi kumpulan aku mula setup akuarium dalam minggu ni. hasilnya?

zahrin tengah buat apam balik katanya. untuk first layer dia letak gula, pastu kacang, pastu ntah hapa-hapa dia letak. haha. menjadi juga lah. bersemangat sangat dia buat, cuma apam balik dia tak boleh dimakan apatah lagi dikunyah.


ni hasilnya apam balik rin. hitam! hitam itu menawan kan? tema akarium ni hitam. dengan menggunakan pasir hitam dan background hitam, diharapkan warna putih yang mewakili sungai itu menyerlah, memang menyerlah pun. selain itu, warna pokok aqua and ikan akan menyerlah. gunakan lampu putih jugak untuk pastikan warna-warna itu naik. hitam itu kan tiada warna, putih tu semua warna. berpegang pada ayat itu, kami memberanikan diri buat akuarium ni macam ni. ternyata berbaloi.


ni masa nak masukkan air. kerja budak2 laki kumpulan aku. boleh dikatakan sangat berhati-hati supaya keladak tak naik and pasir tak berterabur.


ni hasilnya lepas masukkan air. menarik kan? lepas tu maintainance kami, sediakan pam. bila pam dah jalan, kitaorang masukkan ikan. banyak sangat ikan. nanti i tangkap gambar lagi ye? . terbaik. sebab akuarium kitaorang lain daripada yang lain. yes! itu yang aku mahukan. rare tu =)

p/s: boleh bukak kedai ikan pasni. alang-alang dah belajar ikan hiasan and perniagaan sem ni =)

No comments: