Monday, January 17, 2011

suara aku sebagai belia negara

berdasarkan satu artikel aku baca melalui blog MARHEAN berkenaan surat pelajar kepada Najib yang sedikit sebanyak telah membuatkan aku ingin menyuarakan pendapat sebagai seorang belia di Malaysia, tanah air aku ini. sungguh pedas dan bergaya ayat-ayat pelajar tersebut, sedikit sebanyak menyedarkan aku. aku kagum dengan remaja 19 tahun mampu menyuarakan pendapat dan kritikan yang bernas dan nasihat yang membina.

pada pendapat aku yang tidak seberapa luas pengetahuan dan ilmu didada, secara rambangnya, aku bersetuju dengan setiap bait kata yang dikatakannya. sebagai seorang remaja, dia mengharap untuk dimergertikan. dan aku sebagai belia, sedar apa yang dia katakan. namun aku yang serba lemah ini, dengan keterbatasan had dalam berpolitik kerana aku bakal bertugas sebagai seorang pendidik menjadikan aku lemah tak terdaya. namun, aku perlu tahu tanggungjawab aku sebagai seorang rakyat, sekiranya aku tidak mengundi, aku dikira berdosa kerana mengabaikan tanggungjawab aku untuk membina sebuah negara yang makmur, walaupun hanya dengan satu undi. sekiranya aku tersalah memilih pemimpin juga aku dikira berdosa kerana boleh menghancurkan sebuah negara Islam.

namun, sedih aku apabila melihat remaja semakin hanyut dan lalai terutamanya apabila mereka tidak mahu menjalankan tanggungjawab mereka atas alasan politik terlalu kotor hinggakan mereka tak mahu terlibat walau seinci pun iaitu dengan hanya membuang 1 undi. dengan dunia yang sudah tua sebegini, aku hanya mampu memilih pemimpin yang terbaik kerana setiap pemimpin yang ada sekarang ini ada celanya. aku sanggup cabar anak-anak muda zaman sekarang untuk sertai politik dan jernihkan suasana dalam politik di negara kita ini. kerana mereka ini bakal pemimpin negara pada masa akan datang. ini bukan satu tugas mudah namun tidak mustahil.

ibu bapa aku pernah berkata, pilihlah yang kita lihat banyak membantu bangsa kita. jadi segalanya terpulang kepada diri masing-masing. aku disekolahkan di sekolah bantuan penuh kerajaan dari tadika hingga ke sekolah menengah. aku juga menuntut di institut pendidikan guru dan diberi elaun melebihi rm3000 setiap semester dengan duit kerajaan. ibu dan bapa aku membesarkan aku dengan gaji mereka yang bekerja dengan kerajaan. kampung aku di pendalaman sarawak, dibangunkan sedikit demi sedikit oleh kerajaan walaupun jauh tercicir daripada bandar-bandar besar. pensyarah aku pernah berkata, sekali kamu fikir duit kerajaan tu haram, maka haramlah gaji dan elaun yang kamu dapat. fikirkanlah.

aku tak mahu menyalahkan Dato' Seri Najib dan mantan-mantan perdana menteri kita. dari pandangan kasar aku, mereka sudah lakukan yang terbaik bagi mereka untuk negara yang mereka dan kita cintai ini. aku juga akan cuba sedaya yang mampu aku untuk negara yang aku cintai ini. dan aku mengharapkan anak-anak muda untuk faham dan hayati dengan memerhati sekeliling mereka serta cuba menjadi rakyat yang terbaik juga.

negara kita mempunyai berbilang bangsa, harus diingatkan kita tidak boleh menindas mereka. sekiranya kita menjaga kebajikan kita, insyaallah mereka akan menjaga kebajikan kita juga. harus diingat, ALLAH itu maha adil.

sebagai bakal guru, tugas aku juga bukan mudah. aku perlu mendidik anak-anak Malaysia ini agar mampu berdikari dan mampu berfikir secara rasional, bersahsiah baik dan mampunyai jati diri yang waja. aku gentar dengan tanggungjawab yang bakal aku pikul ini. setiap orang mempunyai tanggungjawab masing-masing. jalankan tanggungjawb kamu sebaik-baiknya dan jadi mukmin yang cemerlang.

p/s: terlalu serius kenyataan ini =)

No comments: