Tuesday, September 20, 2011

bahagia dalam sepi. sepi kerana hati

hubungan persahabatan bukan satu perkara yang boleh dicuba cuba, bukan perkara yang bila gagal kamu cuba dan cuba lagi tanpa usaha untuk menjaganya

hati ini rasa tersiat siat apabila sebuah perhubungan persahabatan yang dijaga, yang dibangga, yang dilaungkan persahabatan takkan terputus di tengah jalan... kini lebur. mata hanya mampu memandang. hati sakit. terasa amat sakit dan ngilu. tiada siapa dapat memahami apa rasa hati. dibiarkan semakin sakit dan menjadi dendam tak sudah sudah. amat kecewa dan tiada lagi harapan seolah olah tiada lagi hari esok.

sepi ini telah mencengkam jiwa dan menghimpit perasaan. aku terlalu terluka. sedang bersendirian melihat kepayahan diri mencari siapa kita dalam diri sendiri. tiada siapa mahukan perasaan sepi ini, walau kemana arah kita menjauh pergi melarikan diri ke sana ke sini. sepi itu hadir jua..

bukan aku menyalahi insan lain, tak! silap ini datang dari hati aku sendiri

dan kadang perpisahan itu bukan mengajar kita untuk terus lemah, namun memberi kekuatan pada diri sendiri untuk menilai sesuatu perhubungan itu sama ada bahagia atau tidak dengan bersahabat dengannya. dan apabila hubungan yang menyusahkan, lebih baik dilepaskan saja dari terus menyakitkan hati dan menyiksa diri.

"kekuatan sebenar manusia terletak pada hatinya.. semakin kuat hatinya, semakin kuatlah dirinya"

kadang kala kita tidak menyedari betapa dalamnya kita menyayangi seseorang. di saat kita apabila kehilangannya.. dan kadang kala kita tidak menyedari betapa perlunya sayang seseorang terhadap kita, di saat kita amat memerlukannya.

aku bangga melaungkan aku bahagia dengan jalan aku sendiri 

biar apa pun rasa orang, biar apa pun bicara orang. aku tetap sebegini. meniti hari hari bahagia setelah permasalahan datang dan pergi. aku tabah mengharungi hari hari duka semalam dan pasti akan tabah menghadapi hari hari yang mendatang. aku bahagia dengan jalan sendiri. dari jauh aku tadahkan tangan, mengharapkan kau bahagia dengan jalan kau sendiri. bicara maaf untukmu. aku rendahkan ego diri, aku rendahkan rasa hati, aku memohon sejuta kemaafan daripada kamu. dari aku hamba yang penuh salah ini.

renungan diri. biar kalam berkata kata

ada kalanya kenangan dan ingatan kita terhadap kata kata atau perbuatan seseorang selalu sahaja bermain di dalam jiwa kita. saban masa kita akan terasa akan cerita lama yang sering kita ingat dan terus menghantui kita. terasa seolah menghiris dan meninggalkan kesan parut yang darahnya masih hangat. aku diam. kaku. aku teringat. sakit di dada terasa. sesak nafas bila teringat. aduh!

dan kita jua rasa, yang kita rasakan yang amat dalam jiwa. jangan biarkan hati ini diselimuti dengan rasa benci yang kuat hinggakan tiada nilai kemaafan yang dapat diluahkan dengan rela dan ikhlas. sesungguhnya kita manusia penuh dengan salah dan pasti akan kalah pada sesuatu.






No comments: