Wednesday, September 28, 2011

makna sebenar CINTA manusia

kadang kita rasakan cinta itu telah mati dalam jiwa, kita salah dalam memberi pengertian pada diri sendiri. sedangkan cinta tidak pernah mati dalam kehidupan kita. cuma kita yang sendiri tidak mahu mengaku cinta itu masih ada.

dalam kehidupan kita seharian menempuh dengan pelbagai rintangan dan cabaran di dalam mencari satu keutuhan jiwa di dalam diri sama ada kita kuat atau mampu mencari satu hakikat. mencari satu keyakinan di dalam diri dalam watak diri sendiri. untuk perubahan demi perubahan.

giving up does'nt always mean you are weak. sometimes it just means your strong enough to let go

sekadar gambar hiasan
kita manusia yang sentiasa berubah. bentuk perubahan yang berlaku terlalu mudah untuk dikesan puncanya. namun untuk berubah demi sesuatu melalui punca itu, selalunya kita akan berhenti. kita akan gagal menilai diri. seringkali kita berubah namun sayangnya perubahan-perubahan yang kita lakukan hanyalah sekecil zarah. hingga tidak meninggalkan kesan kepada kita dan juga pada insan lain. maafkan aku teman seperasaan.

jiwa mengharapkan setiap mimpi indah menjadi suatu realiti dalam kehidupan. jiwa sentiasa mendesak untuk menggapai impian itu. namun jiwa sentiasa kecundang di sebalik erti kehidupan, kerana kita manusia hanya mampu merancang, dan Allah yang akan menentukan yang terbaik buat kita.


kau teman, kekasihku, penemanku...

kau mengajar aku tentang erti setia. maaf kerana hati ini terlalu ampuh hingga aku leka dalam mimpi aku sendiri. hingga kau terluka. kau sabar dan terus bersabar. menjadi duka dan tersenyap pilu akan satu tangisan. tersentap lagi dan terus hanyut..

benar cinta itu membahagiakan. dan bukan untuk mengecewakan. tidak ada seorang pun manusia yang inginkan kebahagiaan bersifat sementara dan bahagia sementara ini tidak lebih dari jajaan sahaja. kita perlukan cinta dan bukannya nafsu cinta. kita perlukan cinta kerana kita perlukan kebahagiaan bukan kerana cinta itu sendiri.

dan aku masih lagi mencari ertinya cinta. masih lagi mencari ertinya kebahagiaan dan tercari cari. hingga kini masih lagi mencari.

maafkan aku. jemari aku terus kaku untuk menulis tentangmu. hatiku beku untuk mengenangi kerana aku masih berada dekat denganmu. kerana aku mahu berada disisimu selalu. kerana kau kesayanganku. dengan adanya kamu, memberi suatu kebahagiaan buat kita.

aku temui di sebalik senyumanmu. aku dakap mesra lirikan matamu. aku temui kebahagiaan dengan melihat wajahmu. cinta juga yang membuat aku gundah dan terluka. dan penawarnya hanya pada kamu. memberi seribu kebahagiaan kepada aku.

Hanya Aku Cinta Kau Seorang... MHJ

No comments: