Friday, October 7, 2011

air mata jumaat

bergenang air mati depan kekasih, terasa diri ini lemah dan lemah. mana pergi kekuatan. luahan rasa hati hanya mampu menambahkan kesal, menambahkan sengsara, menambahkan luka. hanya mampu berkata-kata.

hari ini, seorang pemuda menyakitkan hati, menimbulkan rasa amarah yang meninggi dan akhirnya meninggalkan jejak pada hati. TERCALAR lagi. banyak pasangan mata yang melihat. banyak pasangan telinga mendengar. hati sakit. 

pemuda menjerit di sebelah telinga, nada dan intonasi yang amat kuat. hingga memekakkan telinga, seolah olah telinga ini sememangnya tak mampu mendengar. tahulah mahu bercakap dengan orang belakang, apa salahnya menggunakan anugerah Tuhan. kaki itu untuk apa? salahkah mulut menegur? dan orang lain juga menyatakan apa yang dia tak tahu. dengan ikhlas. gurauan itu terlalu kasarkah?

selalu tak datang, selalu lambat, selalu menyakitkan hati orang, rasa diri terlalu baik berbanding orang. kau pemuda yang akan memimpin seorang perempuan! bercakap kasar dan mengata perempuan hanya mengikut sedap hati. mulut berkata lantang, tapi hati macam sampah! siapa lebih BABI sekarang?


the worse part will be, i will not forgive u until u beg for your forgiveness..

p/s: apa yang ditulis hanya mampu menggambarkan sedikit rasa di hati, kerna dalam hati ini lebih sakit.

No comments: