hati itu mencintai dengan tulus. hati itu selalu berduka. walhal diri itu sungguh gagah dalam hidup. itu realiti yang perlu dihadapi empunya diri. kejam sungguh insan yang melukakan orang itu. sungguh durjana!
besarnya permintaan cinta kepada pasangan kekasih. terlalu banyak pengerasnya. terlalu besar pengorbanan yang perlu dilakukan.
hati itu terlalu banyak menyimpan rasa duka dek kerana sikap durjana kekasih. dari mula bersama hingga kini hati itu terlalu banyak berduka. banyak kisah dibicarakan oleh sekitarnya. walau hati itu tahu banyak ditokok tambah dan diada adakan, namun kisah kisah itu masih melukakan. dan tak disangka sungguh orang kepercayaan kekasih itu datang mengadap dan mengata itu dan ini. sungguh melukakan.
benar kita akan merasa sakit apabila kenal erti cinta. ditambah lagi dengan sikap kekasih yang tak pernah mahu mengerti dan menghargai. hati itu akan selalu sakit. dan akhirnya menjadi tenat dan lesu. adilkah permainan cinta??
tapi hati itu tetap teguh menyintai. tetap tegar menanti. benar kita takkan tahu apa akan jadi pada masa masa mendatang. adakah hati hati itu akan bersatu dan terus teguh walau mata mata lain memandang dengan rasa iri hati?
cinta itu besar maknanya |
kata seorang rakan "you are meant to be together". dengan kata kata itulah kekasih terus menanti dan teguh walau benar kekasih terlalu takut untuk melukakan hati itu lagi. besar kesal kekasih pada hati itu. hati itu perlu dijaga, dibelai dan terus disemai.
cinta pasti akan bangkit semula dan menghargai apa yang berada di hadapan pancaindera.
nota kaki:
**harap mengerti.
No comments:
Post a Comment