Monday, August 15, 2011

siapa yang perasan?

siapa tengah sedih? angkat tangan!! (woooooo.....)
siapa tengah gembira??? turun tangan.
siapa tengah marah???
siapa tengah kecewa???
siapa tengah geram???

Perasaan. hati. rasa. semua berbaur.

hati aku dah tekad, aku akan lari dari semua ni dan mengharapkan segalanya selesai.
tunggu masa yang sesuai sahaja. terima kasih sebab selama ni kau semua masih berbudi kepada aku. aku takkan lupa sampai mati. tapi maafkan aku sebab hati aku tak sekental dulu.

p/s: sedang mancari dan pasti aku akan pergi

Thursday, August 11, 2011

SK Parit Bilal


korang dah tau ke aku praktikum 2 bulan kat sekolah ni? aku sibuk sangat sepanjang praktikum ni, sampai tak dapat nak update blog belong to me ni. fuhhh.. (melepaskan nafas yang sesak di dada). cikgu2 sekolah ni besh! terbaik bro. why huh? sebab dieorang semua baik-baik belaka. langsung tade masalah dengan dieorang. cikgu pembimbing? ha... best jugak dapat dia jd pembimbing. banyak idea dia bagi nak tarik minat student. student?????

nak dijadikan cerita, aku ajar tajuk penyalahgunaan bahan. sub topiknya rokok dan alkohol. aku suruh budak-budak tulis kesan mengambil minuman beralkohol (bagi sesiapa yang tak tau alkohol tu apa, alkohol tu arak!). nak tau budak-budak tu tulis apa?

KESAN MENGAMBIL MINUMAN BERALKOHOL KEPADA INDIVIDU
"selama 44 hari amalannya tidak diterima oleh Allah"

ok murid-murid, jawapan anda memang betul. tak salah pun. tapi bukan jawapan yang macam ni cikgu nak. jawapan sepatutnya adalah "ketagihan, hilang kawalan diri, tidak dapat mengurus diri dsb" aiii, nak salahkan jawapan budak pun tak sampai hati.


ni gambar masa camping hari tu =)

hari ni dah genap 6 minggu 4 hari aku mengajar kat sekolah ni. tinggal lagi 11 hari lagi. kerja manyak lagi tara ciap. haiyo... (mengeluh lagi...)

ish3. ta baik tau. k la , babai

Tuesday, July 26, 2011

bukan niat aku menyakiti kamu

selama ini, aku menyulam impian bersamamu.
selama ini, aku membina harapan bersamamu.
selama ini, aku berkongsi semuanya denganmu.

bukan niat aku menyakitimu. maafkan aku. aku sayangkan kamu. cintakan kamu. hanya kamu. ye, kau boleh kata aku pendusta. sebab aku hanya pandai berkata-kata. tp hakikatnya, aku mainkan perasaan kau. maafkan aku sekali lagi.

kebenarannya, aku sayangkan kamu. cintakan kamu. harapan aku, semoga kau menunggu ku, sebagaimana aku menantimu. semoga kau rindukan aku sebagaimana aku merinduimu. maafkan aku. aku tahu tindakan aku sukar dimergertikan. aku harap kau akan faham nanti. apa yang aku lakukan adalah untuk masa depan kita juga nanti, andai jodoh memang tersurat untuk kita pasti akan akan bersama kembali.

jagalah dirimu kerna aku akan memelihara diriku untuk kamu nanti. andai tiada jodoh antara kita, aku mohon ampun dari hujung rambut sehingga hujung kaki. halalkan makan minum dan segalanya. maaf.

andai ada jodoh, tidak akan kemana ='(

akhir kalam: aku terluka. sangat terluka. ampunkan aku

Tuesday, July 12, 2011

bila aku rasa MARAH

kalau aku cakap aku tak suka, memang aku tak suka. bila aku diam, tandanya aku berfikir, tandanya aku marah dan tandanya aku rasa jengkel.

aku tau aku malas, aku tau aku tak sempurna, aku tau banyak benda aku tak buat, tp mana rasa tanggungjawab kau? hidup kena sentiasa bantu membantu. kita bersama. bukan kau, kau. aku, aku. diam aku bukan bermakna aku suka, korang suka ke kena bebel? ta suka kan? nak ditegur, ta sampai hati. aku ni bukannya sempurna mana pun kan nak tegur2 org (aku penah kena).

org lain sibuk buat macam2 untuk settlekan masalah yang ada, kau sibuk2 kan diri buat kerja lain. masa kita sama wei, 24 jam jugak Tuhan bagi, aku sempat je buat2 kerja aku. aku sempat je nak jumpa orang sana sini. aku pun sempat gak g dating. kerja aku siap juga. masalah yang ada kat tempat kita, aku tlg settle gak. mana rasa tanggungjawab kau? by the way, kerja kita sama je kan? apa yang kau kena buat, aku kena buat sama. malah, ko lagi beruntung tau? jauh beruntung. aku lagi penat kot.

aku diam.. diam.. diam.. apa yang kau buat, aku bersihkan. apa yang ko salah, aku betulkan. apa yang bawak, aku juga yang buang. kenapa buang? sebab kau biarkan benda tu sampai tade sapa pun nak sentuh. jijik! nak tanya, hati ke hati. aku kuli kau ke? kau bayar gaji aku? ntah-ntah lagi teruk dari kuli, sebab aku ni tak bergaji.

aku halalkan semua yang aku buat. tapi tolong jaga hati aku juga. sebagaimana aku jaga hati kau orang semua. janganlah buat sampai aku penat sangat. aku pun ada tanggungjawab lain. sedar2la tanggungjawab masing-masing. letihlah aku macam ni... lama2 aku pun boleh fed up!! malas nak bising lebih2.

nota kaki: aku dalam hal ni ramai, bukan aku tu hanya aku seorang. kau dalam hal ni pun ramai. jadi kalau kau terasa? nasiblah. siapa termakan cili, dia rasa pedasnya.

Thursday, June 2, 2011

Allah gives me one more chance to have you.

Sometimes, Allah breaks your spirit to save your soul...Sometimes, HE breaks our heart to make us whole...Sometimes, Allah allows pain so we can be stronger...Sometimes, Allah sends us failure so we can be humble... Sometimes, Allah allows illness so we can take better care of ourselves... Sometimes, Allah takes everything away from us so we can learn the value of everything HE gave us..
the one who most precious to me, sometimes i really need him in my life. sometimes i really want him to go away from my life. but i know, i need him cause i love him damn much!
i really wanted to give everything to him, but i know "everything" has their limits. but i thing you should know that, MOHAMAD HAFIS BIN JALANI. i love u so much! xoxo =)
2013.. wait and see =)

Tuesday, May 31, 2011

cuti ni

mak aih. aku balik hari tu, masuk je rumah nampak kucing. jalan 5 tapak, nampak kucing lagi. jalan lagi, kucing lagi. KUCING KUCING KUCING!!! beranak pinak la korang. semak lak mata aku tgk kucing-kucing ni. haish.

ok2. alkisahnya, before aku abis sem hari tu. SEMINGGU sebelum ye. aku dan rakan-rakan kena keluar cari rumah sewa. gila! short notice. aku dapat tawaran masuk maktab dapat sebulan awal (seingat aku la), bila nak halau, bagi masa seminggu je? haremmm! its okay. even banyak dugaan. haha. nasib baikla aku boleh happy-happy lagi. tak stress~ dapat gak tgk movie2 latest yang ada kat pawagam tu (pawagam?) oh God, terkeluar ayat cikgu.

cuti ni, aku dibekalkan dengan 1 kotak BESAR baju2 dari bos aku. baju-baju untuk dijual. haha. setakat ni, dah banyak gak la aku dah pos. bukan customer aku pun. orang-orang lain. entah berapa ek upah aku? haha.. korang agak-agak? jeng..jeng..jeng... aku pun tak tau sebenarnya. pos pun pakai duit aku dulu. korang rasa la kan, agak-agak, habis tak sekotak baju tu bila aku habis cuti nanti? excited aku bila nak bungkuskan baju-baju orang ni. kalau la aku jahat, aku amik nombor dieorang ni, kacau2. hahaha. takleh, i setia taw! kan hafis kan?? (kalau jadi aku off shore next week. jadi sapa la yang nak pos kan ek?)

my mom sold her black berry torch with samsung galaxy ace! haha. (saja!)

nota kaki: dah nak kahwin, takleh berfoya2 sangat dah. kena save duit!

Wednesday, May 25, 2011

teman dan kekasih

kawan: itu hal kau dengan dia.
aku: baiklah. (sentap)

pada tika aku membuat silap, kau tinggalkan aku keseorangan teman. pada ketika aku kesusahan, kau tinggalkan aku teman. meninggalkan hanya segelintir sahaja yang bersama aku. tapi semua itu sudah berlalu, satu persatu aku memaafkan kesilapan lalu. biar perit, aku tetap terima. aku terluka, aku merana. aku telan semuanya. hanya bersama 3 orang teman dan seorang kekasih yang setia disisi. maaf, aku hanya mengingatkan diri aku, bukan ingin mengungkit.
aku harap kau faham.


dia: abg takkan tinggalkan ayg, sumpah!
aku: dulu abg tinggalkan ayg 3 kali. selama 3 tahun aku pendam.
dia: berilah peluang. hanya sekali
aku: masa hati dah hampir tertutup, masa hati dah keras macam batu, baru nak merayu?
dia: maaf. dulu abg pun sayangkan ayg. cuma cara abg salah je.
aku: semudah tu?
dia: maaf, abg janji akan berubah

wahai kekasih, hati ni masih sayang dan cintakan kamu. cuma hati ni hampir tertutup untuk kamu. hati ni dah hampir keras untuk kamu. kejamkah aku?