You gotta live to learn, you gotta crash and burn. You gotta make some stances, and you gotta take some chances. You gotta live and love, and take all life has to give. You gotta live and learn, so you can learn to live
Sunday, January 30, 2011
kebahagiaan selama 3 tahun
kali pertama aku nampak dia masa semester satu program pra ijazah aku, awal lagi masa tu. baru masuk maktab kan? tapi pada masa tu, aku just nampak bahagian belakang dia. dia jalan didepan aku. kawan aku kenalkan dia, dia lelaki yang sangat senyap dan sopan (tatau perangai sebenar dia lagi kan). aku suka gaya jalan dia, nampak gah, yakin and pasti selamat berada kat sebelah dia. kali pertama aku bercakap dengan dia adalah pada semester kedua program pra ijazah aku. dekat depan libary. yang pasti masa tu dia mintak aku belanja dia.
28hb januari 2008,
aku mesej dia. mahal kot masej dia. 20sen satu mesej. yela, pakai rangkaian lain dari dia. aku ingat dia sekali dua mesej je, sekali berjangkit2 sampai habis krdt kitaorang. tapi bagi aku sekrang, berbaloi habis krdt tu. mana aku nak dapat lelaki sebaik dia lagi? jeng3, baik ke? baiknya dia, hanya aku yang tau. walaupun kami masing-masing banyak kekurangan tapi itu yang menguatkan lagi hubungan kami. esoknya, terus dia guna nombo dia lagi satu yang sama rangkaian dengan aku, dia topup tu. selama tu, jarang sesangat dia nak topup. terharu i tau!
aku ni, spesis perigi cari timba. tak malu nak ngaku sebab aku dapat seorang lelaki yang betul2 aku nak. yang betul2 sayangkan aku. yang betul2 jaga aku. kali pertama aku nangis sebab dia ialah masa aku dapat pendrive dia. dia tulis semua tentang aku. betapa dia sayangkan aku (kalau dia tipu, aku tataula. setakat ni aku yakin dengan dia). mak aih, terharunya aku masa tu.
29hb januari 2008, aku berpasangan dengan dia.
lepas aku bersama dia, aku dapat tau banyak benda. rupa-rupanya dia senior aku masa dekat teknik dulu. dia tinggal dekat sangat dengan aku. dekat sesangat. bukanlah sebelah rumah, tapi dekatla. yang paling tak boleh blah, dia dah lama usha i tau! (ops... i like!)
yang pastinya, aku sangat2 bersyukur dapat dia. aku sangat2 gembira bersama dia. aku sangat2 bahagia dengan dia. aku sayangkan dia! love him so much~~~
p/s: missing u rite now
Saturday, January 29, 2011
3 years passing by...
Friday, January 28, 2011
C E R I T A H A T I
adanya dia
yang aku sayangi
yang aku hormati
yang aku kehendaki
yang pasti ditemani
hingga ke akhir nafas dia
kesungguhan aku
bukan hanya dari pintasan hati
bukan hanya sekadar kata-kata
bukan hanya menjadi igauan diri
kerna aku ikhlas mencintai
kalau benar
dia milikku
akan aku rebut dia
akan aku jaga dia
akan aku temani dia
akan aku sayangi dia
tanpa rasa sedikit pun payah
kalau benar
dia bukan milikku
jauhkan dia dari aku
jauhkan dia dari anganku
jauhkan dia dari pandanganku
jauhkan dia dari kehidupan aku
tanpa rasa sedikit pun payah
sungguh aku menyayangimu
sungguh aku mencintaimu
sungguh aku mengharapkanmu
sungguh aku menginginkanmu
kerna hanya engkau yang akan menemani aku
bukan aku mencari kesempurnaan
hanya mencari yang benar-benar mampu
mampu untuk menemani aku hingga hujung nafasku
terima kasih cinta
terima kasih untuk segalanya
Thursday, January 27, 2011
kesempatan yang ada
dikesempatan ini, aku nak katakan aku sangat menyayangi keluarga aku, mak ayah abang maman mia and adli. kepada kekasih hati yang sabar menanti dan melayan kerenah aku, Mohamad Hafis Bin Jalani... aku amat menyayangimu jua. tiada yang serupa dengan kamu. hanya kamu yang memahami aku seadanya. kepada sahabat-sahabat lama, ikah m, ikah j, ikah r, alyssa, oja, moon, raihan, mira.. aku amat-amat merindui kamu semua. kepada rakan-rakan di teknik KL, wawa tim farah izzah izni wani dll, thanks dan aku takkan dapat lupakan korang. kawan-kawan kat maktab tusya rin cici amal ikin wani farah adaw makcik kecik miza, u all the best..
p/s: ta sabar nak tunggu sabtu ni =)
Tuesday, January 25, 2011
beban @ tanggungjawab?
lawatan ke badan-badan sukan di Malaysia
satu bacth bertugas untuk menganjurkan Kejohanan trek dan padang IPTHO 2011 dan merupakan bacth yang pertama terlibat secara menyeluruh
lawatan benchmarking (penanda aras) ke sekolah terpilih sekitar Batu Pahat
ambil MUET (Malaysian University English Test) kalau sempat daftar esok
praktikum selama sebulan di sekolah (yang ni memang dah tau dari dulu lagi)
p/s: aku tak bertangguh, tapi keje terlalu banyak!!!!!!!!!!!
The Darkness
zahrin tengah buat apam balik katanya. untuk first layer dia letak gula, pastu kacang, pastu ntah hapa-hapa dia letak. haha. menjadi juga lah. bersemangat sangat dia buat, cuma apam balik dia tak boleh dimakan apatah lagi dikunyah.
ni hasilnya apam balik rin. hitam! hitam itu menawan kan? tema akarium ni hitam. dengan menggunakan pasir hitam dan background hitam, diharapkan warna putih yang mewakili sungai itu menyerlah, memang menyerlah pun. selain itu, warna pokok aqua and ikan akan menyerlah. gunakan lampu putih jugak untuk pastikan warna-warna itu naik. hitam itu kan tiada warna, putih tu semua warna. berpegang pada ayat itu, kami memberanikan diri buat akuarium ni macam ni. ternyata berbaloi.
ni masa nak masukkan air. kerja budak2 laki kumpulan aku. boleh dikatakan sangat berhati-hati supaya keladak tak naik and pasir tak berterabur.
ni hasilnya lepas masukkan air. menarik kan? lepas tu maintainance kami, sediakan pam. bila pam dah jalan, kitaorang masukkan ikan. banyak sangat ikan. nanti i tangkap gambar lagi ye? . terbaik. sebab akuarium kitaorang lain daripada yang lain. yes! itu yang aku mahukan. rare tu =)
p/s: boleh bukak kedai ikan pasni. alang-alang dah belajar ikan hiasan and perniagaan sem ni =)
Friday, January 21, 2011
teruja a.k.a excited
Excited sangat bila aku akhirnya untuk pertama kali membela ikan, sebelum ni ayah aku bela. aku tolong tengok-tengokkan je. yebedabedooo!! ikan ni aku nak bela untuk projek amali aku, ikan hiasan dan haiwan kesayangan. semester ni kena membela ikan dan hamster. hamster aku lemah sikit, berbau. jadi aku excited dengan ikan. buat sementara ni aku ada seekor ikan laga betina. nak letak nama apa ey? kesian ikan aku, tak ada teman lagi, petang nanti nak beli seekor lagi. biar dia ada teman masa aku g kelas ke mana-mana ke nanti. beli ikan laga betina juga.
untuk amali, setiap kumpulan kena ada sepasang ikan guppy and laga. guppy nanti-nanti la aku tengok. aku berminat dengan ikan laga betina ni sebab rare! aku tanya banyak kedai, banyak tak jual sebab permintaan kurang and jangka hayat tak lama macam si jantan. lagipun dunia haiwan ni kan terbalik dari manusia, jantan lagi cantik dari betina. kami kena bela sampai ikan-ikan ni membiak. ikan laga ikan yang bertelur, ikan guppy lak buntingkan dalam perut (macam manusia lak). untuk pasangan ikan laga ni, ada special kes sikit. menurut pensyarah yang mengajar kami, seekor jantan memerlukan dua ekor betina. wow! tak puas ke hapa ni? eh eh, taklah. takut nanti kalau seekor je tak menjadi. mana la tau kan si jantan ni memilih ke hapa. reason sebenar masih menjadi tanda tanya. takpe, nanti aku tanya lecture dengan lebih lanjut.
p/s: mana nak cari daun ketapang ni?
kisah disebalik segalanya
tapi blog ni tak sesuai bagi kanak-kanak bawah 13 tahun untuk membacanya sebab ayatnya terlalu 'menakutkan'. kang tak memasal terkencing masa tidur. (gambar tu 18sx yang tiada motif disebaliknya)
ada satu group muka buku yang menarik minat aku. berkait rapat dengan blog mamat ni. group ni dah banyak kali kena band or dengan kata lainnya dispam orang. seingat aku, sejak aku join group ni, dah 2 kali aku kena join balik sebab ada manusia pendengki yang kejam dan tak ada otak. yelah, bisnes merundum sejak adanya group ni. takut masing-masing. group muka buku tu adalah SAY NO to MLM. (erm.. gambar diatas ni aku ambil dari group tu. menarik kan?)
p/s: check it out! tak rugi baca.. its fun!
Thursday, January 20, 2011
rindu...
p/s: rasa nak pecah dada
Wednesday, January 19, 2011
sayangku
Untuk kali ke seratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
“Hey kenapa kau masih lagi mahukan dia?”
“Apa kau buta, apa kau pura-pura suka”
Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu
“Dia mungkin bengis seperti singa”
“Tapi dia nangis tonton cerita Korea”
“Dia mungkin keras bila bersuara”
“Tapi dia jelas, jujur apa adanya”
“Aku lagi kenal dia”
Dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan pada mu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis, aku ini pula dawai besi
Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku, sambil berkata
“Sayang mungkin baran tak kira masa"
“Tapi sayang tahan kalau salahnya saya"
“Sayang mungkin saja keras kepala"
“Tapi sayang manja bila kita berdua"
“Saya kenal sayang saya”
Buat apa dicerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata
Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada
Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi senja
Suara ku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada
Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja, kau saja boleh rasa
Rahsia kita berdua..
aku anak Melanau
tapi kini aku lemah. dalam diam-diam aku bersujud. hanya berserah pada yang Esa, mengharapkan ihsan dari Nya. banyak kali aku alpa, menongkah dunia penuh kepura-puraan. mencari diri hingga tersesat entah kemana. semangat yang tinggi kian luntur, dicantas pula kerna dugaan yang maha hebat. kejamnya dunia, kini aku mencari tuah yang entah dimana. hanya pada Tuhan aku berserah.
aku mencari diri aku yang kian jauh menghilang. dirimba atau dilautan. hilang dalam arus dan ombak yang ganas!
kemudian mutiara menitis...
Tuesday, January 18, 2011
derita merinduimu
Kau katakan cinta gunakan akal
Bila aku gunakan
Kau yang menyangkal
Bagaimana nak kekal
Kau katakan cinta gunakan minda
Bila aku gunakan
Kau yang tak percaya
Bagaimana nak bahagia
Maafmu tak bererti
Kau mudah sesali
Berulang kali telah kau mungkiri
Manis mulut berjanji terpedaya lagi
Menanti biar terus didustai
Chorus
Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu
Tak ku kenal lagi engkau siapa
Dan aku cuba sedaya upaya
Telah ku usaha dengan sepenuh jiwa
Bagaimana hendak ku lupa
Bayangan wajahmu selalu di depan mata
Harum baumu masih dapat ku hidu
Bagaimana ingin aku membencimu
Jikalau setiap hari merindu
Sekiranya derita merinduimu
Itu sebenarnya bahagia
Aku pilih derita
Ulang Chorus
Mungkinkah esok atau lusa
Walau biarpun lama
Akan ku biar tiada
Ku tetap kan setia
Entah bila akan tiba
Sampai jua harimu yang sama
Esok seperti semalaman yang tak berubah
Kaulah tanda tanya
Kau tiada titik noktah
Ku dibuai mimpi lena
Dikejut igau semula
Kaulah tanda tanya
Kau tiada titik noktah
Ku dibuai mimpi lena
Dikejut igau semula
Seandainya kau berada di depan mata
Mudah untuk aku berkata-kata
Supaya dapatku melihat seraut wajahmu
Walaupun belum tentu kau mahu bertemu
Apalagi memandangku
Setelah ku turutkan segala kemahuan
Kau mainkan perasaan
Begitu mudah kau ucapkan
Terimalah saja kenyataan
Aku masih terkilan
Maafmu tak bererti kau mudah sesali
Berulang kali telah kau mungkiri
Manis mulut berjanji terpedaya lagi
Menanti biar terus didustai
Ulang Chorus 2X
Jika kau dapat memahami
Hati seorang perindu
Baru kau tahu derita hatiku
Jika suatu hari nanti giliran kau merindu
Baru kau ingat derita diriku
Segala yang berlaku bukan kemahuanku
Apa gunanya bahagia
Jikalau bahagia bersamamu
Hanyalah untuk sementara waktu
Aku pilih derita merinduimu
Maafmu tak bererti
Kau mudah sesali
Berulang kali telah kau mungkiri
Manis mulut berjanji terpedaya lagi
Menanti biar terus didustai
Ulang Chorus 2X
tempat letak hati
"selagi ko tak ada master, kalau boleh bapak taknak ko kahwin lagi." kata ayah.
my darling
I've hungered for your touch
a long lonely time
and time goes by so slowly
and time can do so much
are you still mine?
I need your love
I need your love
Godspeed your love to me
Lonely rivers flow to the sea,
to the sea
to the open arms of the sea
lonely rivers sigh 'wait for me, wait for me'
I'll be coming home wait for me
Oh, my love
my darling
I've hungered for your touch
a long lonely time
and time goes by so slowly
and time can do so much
are you still mine?
I need your love
I need your love
Godspeed your love to me
and for somehow i remembered this song. i sing it loud, very loud. maybe i missing someone, but what suppose i do? the only thing i can do is waiting for him. for the person i love, please be happy with me and wait for me. i'm waiting for you all this while, please don't leave me =,= kadang-kadang, aku rindu masa lama kita. terlalu rindu. namun yang pasti, perkara yang paling jauh dari kita adalah masa lalu kita. nak digapai makin menjauh, dan mustahil akan berulang balik. apa yang kita mampu, adalah menjadikan masa depan lebih baik dari masa lalu.
jangan dihapuskan perasaan kita, kerana hati itu kurniaan kepada kita. adalah menjadi lumrah seorang manusia NORMAL untuk mempunyai perasaan. adalah lumrah kita sebagai manusia akan menyukai seseorang. namun, apa yang kita harus buat hanyalah kawal hati kita. yang mana aku sendiri kadang-kadang tak mampu nak kawal. kehendak hati dan kehendak realiti jauh berbeza, dengan itu, wujudnya akal untuk menentukan mana yang terbaik untuk kita.
jangan ditanya siapa jodoh kita, walaupun kita dah meet someone, mungkin Allah dah tentukan jodoh kita dengan orang lain. satu cara je, REDHA. memang itu satu perkara yang sukar, namun sebagai hamba-Nya, kita harus ingat Dia ada rancangan yang lebih baik dari kita. mak aku selalu berpesan macam ni.
selalunya apa yang kita mahu, bukanlah yang terbaik untuk kita. kadang-kadang, benda yang kita ada bukanlah milik kita sebenar-benarnya. kenyataan yang perit, tapi besar hikmahnya.
p/s: orang disekeliling asyik melayan perasaan, rasa terpanggil lak~ hoi2
Monday, January 17, 2011
suara aku sebagai belia negara
pada pendapat aku yang tidak seberapa luas pengetahuan dan ilmu didada, secara rambangnya, aku bersetuju dengan setiap bait kata yang dikatakannya. sebagai seorang remaja, dia mengharap untuk dimergertikan. dan aku sebagai belia, sedar apa yang dia katakan. namun aku yang serba lemah ini, dengan keterbatasan had dalam berpolitik kerana aku bakal bertugas sebagai seorang pendidik menjadikan aku lemah tak terdaya. namun, aku perlu tahu tanggungjawab aku sebagai seorang rakyat, sekiranya aku tidak mengundi, aku dikira berdosa kerana mengabaikan tanggungjawab aku untuk membina sebuah negara yang makmur, walaupun hanya dengan satu undi. sekiranya aku tersalah memilih pemimpin juga aku dikira berdosa kerana boleh menghancurkan sebuah negara Islam.
namun, sedih aku apabila melihat remaja semakin hanyut dan lalai terutamanya apabila mereka tidak mahu menjalankan tanggungjawab mereka atas alasan politik terlalu kotor hinggakan mereka tak mahu terlibat walau seinci pun iaitu dengan hanya membuang 1 undi. dengan dunia yang sudah tua sebegini, aku hanya mampu memilih pemimpin yang terbaik kerana setiap pemimpin yang ada sekarang ini ada celanya. aku sanggup cabar anak-anak muda zaman sekarang untuk sertai politik dan jernihkan suasana dalam politik di negara kita ini. kerana mereka ini bakal pemimpin negara pada masa akan datang. ini bukan satu tugas mudah namun tidak mustahil.
ibu bapa aku pernah berkata, pilihlah yang kita lihat banyak membantu bangsa kita. jadi segalanya terpulang kepada diri masing-masing. aku disekolahkan di sekolah bantuan penuh kerajaan dari tadika hingga ke sekolah menengah. aku juga menuntut di institut pendidikan guru dan diberi elaun melebihi rm3000 setiap semester dengan duit kerajaan. ibu dan bapa aku membesarkan aku dengan gaji mereka yang bekerja dengan kerajaan. kampung aku di pendalaman sarawak, dibangunkan sedikit demi sedikit oleh kerajaan walaupun jauh tercicir daripada bandar-bandar besar. pensyarah aku pernah berkata, sekali kamu fikir duit kerajaan tu haram, maka haramlah gaji dan elaun yang kamu dapat. fikirkanlah.
aku tak mahu menyalahkan Dato' Seri Najib dan mantan-mantan perdana menteri kita. dari pandangan kasar aku, mereka sudah lakukan yang terbaik bagi mereka untuk negara yang mereka dan kita cintai ini. aku juga akan cuba sedaya yang mampu aku untuk negara yang aku cintai ini. dan aku mengharapkan anak-anak muda untuk faham dan hayati dengan memerhati sekeliling mereka serta cuba menjadi rakyat yang terbaik juga.
negara kita mempunyai berbilang bangsa, harus diingatkan kita tidak boleh menindas mereka. sekiranya kita menjaga kebajikan kita, insyaallah mereka akan menjaga kebajikan kita juga. harus diingat, ALLAH itu maha adil.
sebagai bakal guru, tugas aku juga bukan mudah. aku perlu mendidik anak-anak Malaysia ini agar mampu berdikari dan mampu berfikir secara rasional, bersahsiah baik dan mampunyai jati diri yang waja. aku gentar dengan tanggungjawab yang bakal aku pikul ini. setiap orang mempunyai tanggungjawab masing-masing. jalankan tanggungjawb kamu sebaik-baiknya dan jadi mukmin yang cemerlang.
p/s: terlalu serius kenyataan ini =)
keghairah yang membebankan
sakit, geram and sedih bila apa yang paling kita nak tu di depan mata kita sendiri. macam ditayang-tayang lak kat kita. kadang-kadang rasa nak pegang je, baru rasa puas hati sebab kita takde benda tu. contohnya macam PSP or Ipod. aku nak sangat, tapi tak mampu nak beli, kena dahulukan benda lain yang lebih penting dulu contohnya beli barang-barang assigment dulu, buku-buku, barang-barang amali and paling penting, duit untuk makan.
ada benda yang paling aku nak kat dunia ni, tapi takut nak usahakan. dah 3 tahun impikan tapi takut nak usahakan sebab banyak risikonya. contohnya nak beli PSP, cukup ke duit aku nak makan sampai akhir sem (selalunya tak cukup). but still, aku perlu fikir baik and buruk sesuatu tindakan dulu. bila dah fikir panjang, apa pun risiko dan pengakhiran, kita tetap akan puas hati gak.
secara azalinya, tak semua yang kita nak tu kita akan dapat. sebab Tuhan dah tentukan yang terbaik untuk kita. kenyataan yang menyakitkan tapi sebagai manusia kita kena redha. nak redha tu agak sukar, tapi kita tempat berharap kan? tak rugi meletakkan harapan pada Dia. Dia dah rancang yang terbaik untuk kita. insyaallah.
p/s: ada cerita tentang masa yang indah =)
Sunday, January 16, 2011
ketenangan jiwa
Waktu terasa semakin berlalu
Tinggalkan cerita tentang kita
Akan tiada lagi kini tawamu
Tuk hapuskan semua sepi di hati
Ada cerita tentang aku dan dia
Dan kita bersama saat dulu kala
Ada cerita tentang masa yang indah
Saat kita berduka saat kita tertawa
Teringat di saat kita tertawa bersama
Ceritakan semua tentang kita
lagu yang benar-benar menusuk kalbu. masih aku teringat saat-saat kita mula berkenalan dulu. dugaan demi dugaan yang kita hadapi. semakin sukar dan semakin mematangkan kita. sedar tak sedar, mematangkan hubungan kita jua. aku menghitung hari demi hari sehingga saat kita diijab kabulkan. seolah-olah rasa aku makin tak sabar. bukan aku tak sabar, tapi aku memikirkan masa depan hubungan kita, tak salah kan? walaupun ikut prancangan, masih lambat lagi, namun jika terkeluar dari mulut kamu yang hal-hal perkahwinan itu masih lambat, buat apa difikir-fikirkan. sedih dan kecewa aku yang mendengarnya. entah kenapa. aku pun tak tahu kenapa aku kecewa.
hanya perempuankah yang asyik memikirkan masa hadapan? terlalu jauhkah masa depan tu? setahu aku yang jauh tu masa lalu, bukan masa depan. kalau tak difikirkan masa depan, mana nak merancang. ye, semua orang tahu, kita hanya mrancang, ALLAH yang mnentukan. sebab tu kita kena RANCANG! rancang bajet, duit poket untuk masa dpan, keluarga, perancangan utk memajukan diri.. banyak lagi. soal kahwin, salah satunya. (serius sangat ni- da wajib kawin kot)
apa-apa pun, sekarang ni, saat ni aku hendakkan ketenangan dan mengharapkan perutku ni dapat diisi secepat mungkin. aku lapar ni.. jangan dekat!
p/s: prot pun nyanyi2 lagu "semua tntang kita". kira blum hardcore lagi la ni...
Saturday, January 15, 2011
happy couple sehhh
OLEH KERANA aku bakal menjadi seorang guru, aku rasa sedih bila tengok orang-orang sekarang ni. kalau yang dewasa banyak ragam, budak-budak? Malaysia makin maju sekrang, tp akhlak budak2 makin jadi cam haram lak (eh, macam tak cermin diri sendiri lak). tapi oleh sebab aku bakal jd pendidik sekarang, aku dah baik dah. takkan nak stay perangai budak-budak and memberontak lama-lama. bila nak sedar kalau gitu. aku nak ajar anak orang, bukan baby binatang. nak jadi role model yang baik. but i'm still sedih tengok budak-budak zaman sekarang.
p/s: melalut lak aku. haha
Thursday, January 13, 2011
moga cepat sihat!!
aku concern tentang kamu, aku mahu kamu sihat selalu, usik aku selalu, happy selalu... benar, kalau kita sudah bernikah, mesti aku akan temani kamu sepanjang malam, jaga kamu. aku mahu kamu happy and mahu kamu tahu, aku takkan biarkan kamu sorang-sorang. aku akan cuba jaga kamu dengan sebaik baiknya.
apa apa pun, aku harap kamu akan jaga diri kamu baik baik. aku risau bila kamu tak sihat sebab kamu jarang jatuh sakit. ok? moga cepat sembuh! =)
Wednesday, January 12, 2011
Goldfish =)
If I said my heart was beating loud, If we could escape the crowd somehow...
then, aku, ririen and kecik going to CIMB utk keluar some money. after dat, pergi ke summit. berjalan-jalan dan bercanda bersama-sama. then pergi ke celcom centre tapi malangnya tutup. lastly pergi ke MK (mat kepong) beli makanan utk makan malam.
walaupun keluar sepanjang hari, aku rindu bangat sama kamu sayang (cewahh, nak romantik sekali sekala). aku ingat pada kamu sepanjang masa. kalaulah kamu tahu macam mana perasaan aku yang sebenar, pasti kita akan lebih bahagia. maaf ye sebab pernah buat kamu terluka. i'm very-very-very-very sorry dear...
p/s: ("3('_') you always makes me smile, just like this ---> =)
Monday, January 10, 2011
siapa sebenarnya Aidid Mu'addib?
yang mengagumkan aku, dia tak gentar walau sikit pun walaupun dia lantang bersuara tentang MLM ni. fenomena yang mana aku lihat sangat berleluasa sekarang ni. even aku pun hampir terjebak. dalam aku tengah mempertimbangkan penglibatan aku, aku ambil masa lebih setahun fikir nak masuk ke taknak, lastly aku terjumpa blog Aidid ni hasil penemuan my bf. OMG. banyak yang aku tak tahu sebelum ni terbongkar satu persatu. nasib baik tak terjoin. after that, dengan penuh yakin aku katakan TIDAK pada rakan-rakan aku yang menarik aku masuk. (takpe takde duit sekarang ni, asalkan tak menyesal kemudian hari)
hasil penulisan dia sangat2 aku kagumi, walaupun bahasanya agak kasar. namun penggunaan bahasa dia tak mampu nak menandingi apa yang dia cuba sampaikan kepada masyarakat sekeliling, khususnya orang-orang MELAYU. (aku bukan melayu).
kalau aku diantara salah seorang yang tersedar benda ni, mungkin ramai jugak yang dah sedar jugak. kenapa aku buat entry ni? supaya orang-orang sekeliling aku pulak sedar perkara ni. aku tak boleh la nak ulas semua tentang blog aidid ni. cuma nak share dengan kawan-kawan to stay away from MLM. biar jadi musuh MLM asalkan tak makan duit orang =)
p/s: blog yang lain aku suka hanyalah blog2 personal kawan2 aku. nak tau, tengok je link kat sebelah. =)
Sunday, January 9, 2011
kalaulah...
kalaulah dia tahu hati aku berdebar, berdegup dengan kencang jantung aku sampai sakit dada aku bila dia dekat dengan aku... tak kira la dia duduk depan ke belakang ke sebelah aku.. pasti aku menahan rasa debar di hati ni supaya dia tak perasan. kalaulah dia tau bila aku cakap aku suka dia, aku gunakan seluruh kekuatan yang ada dalam diri aku untuk luahkan perkataan tu. haish, susahkan bila dah suka kat seseorang??
kalaulah dia faham semua tu... hurm...
bosan kan bila asyik bercerita pasal love ni?? hahahaha... tapi nak buat macam mana? aku selalu teringat kat dia walaupun hampir tiap hari aku jumpa dia. hahaha.. tak bosan ke hari2 jumpa? bagi aku tak! (aku tanya aku sendiri jawap)
p/s: payah bila jatuh cinta =(
Friday, January 7, 2011
mana satu pilihan hati?
aku berasa beruntung kerana memiliki kamu. disamping kamu, keluargaku yang menyokong aku dan perhubungan kita amat aku hargai. mungkin aku boleh dapat yang lebih baik daripada kamu. namun hanya kamu pilihan hati aku. kenapa? kerana hanya kamu yang banyak bersabar melayan kerenah aku, kenakalan aku.
aku hanya mahukan kamu merasa bangga, bahagia, dan beruntung kerana bersama aku. aku mahukan apa yang telah kamu korbankan seperti kesetiaan kamu, kasih sayang kamu, masa dan wang kamu berbaloi untuk perhubungan kita. oleh kerana itu, aku berusaha untuk membahagiakan kamu.
p/s: big thanks to my family kerana menyokong dan MERESTUI hubungan kami =)
Thursday, January 6, 2011
sungguh aku menyayangimu
aku menyayangimu sepenuh hati aku. kalau kamu tahu.. sungguh tiada yang lain selain dirimu seorang. kerana tiada insan yang lain akan sama macam kamu. aku hendakkan kamu seorang, jadi tekadku hanya akan bersama kamu sahaja. hati aku tekal. namun ketentuan Tuhan takkan aku persoalkan sekiranya kamu bukan milikku. seharusnya akan aku berbangga kerana aku berusaha sehabis baik untuk menjagamu sepenuh hati aku. maaf sekiranya kadang kala aku terlalu mengikut emosiku, akal tak rasional aku apabila aku bertindak di luar batasan seorang perempuan, namun aku mahu kamu tahu.. hanya pada kamu aku letakkan harapan.
jangan sesekali kamu mengganggap aku membelakangi kamu. kerana aku sentiasa mengutamakan kamu, selain dari keluarga ku. tahukah kamu, apabila aku menjaga keluargaku sebaiknya, aku akan mampu menjaga kamu sebaiknya. kerana tanpa keluargaku, siapalah aku.
hati dan perasaan boleh berubah2, kerana ada pasang surutnya. namun aku mahu kamu tahu juga, aku hanya setia padamu. aku berharap kamu akan menjadi suamiku dan seterusnya menemanimu seumur hidupku..
p/s: hati dan perasaan bukan untuk dipermain2kan